//

Thursday, July 25, 2013

Kuih Tradisional Daripada Pumpkin


Assalamualaikum wbt
salam ramadhan yang ke-15. semoga bulan yang penuh suci ni mendapat penuh barokah dari-Nya


rasanya dah lama tak update. dan ini entry terbaru untuk bulan puasa. slamat berpuasa ye semua.
bila time bukan bulan puasa masuk maghrib je mesti bising suruh angkat kain la tutup semua tingkap umah la n bla bla tak habis-habis bising je mak. tapi bila bulan puasa ni rileks je bebuka dengan tingkap2 terbuka macam tu je. yela iblis syaitan n segala family syaitanirrajim kan diikat. mane ade dorang nak kaco kite. so bio je la tingkap terbuka. takde dah mak nak bising2. cuma bising suruh hidang lauk pauk je takot tak sempat dah nak dekat waktu berbuka hehehe


so, sempena khas dibulan ramadhan ni tak sah kalo hari-hari dok pikir nak masak ape kan untuk berbuka. nak buat kuih ape untuk pemanis waktu bebuka or appetizer. ni sy nak nak share la ape yang korang boleh buat kalo tetibe pergi kat dapur dan tetiba terpandang sebiji labu cuba nak menyembunyikan diri kat kat tepi dinding, ape yang korang bleh buat kalo jumpe benda alah ni? dan sy pasti tak semua orang suka membeli kuih dekat bazar dan lebih suka buat sendiri. sebab buat sendiri ni lebih rasa lemaknya, manisnya pendek kata secukup rasa tak macam yang dijual dekat bazar kan.


ok berbalik pada labu tadi, labu sebenarnya boleh dibiarkan macam tu je untuk seberapa lama sebab buah labu lambat sangat nak rosak. tapi kalo dibiarkan lama tanpa buat ape2 rugi plak lebih baik kita buat kuih. sebenarnya macam2 bleh buat dengan labu ni. dan rasanye pasti sedap. kat bawah ni antara kuih2 yang sy buat dekat rumah, 




 kalo kat negeri kelantan, kuih ni dipanggil pengat butir nangka. biasanya kalo butir nangka kalernya hijau sebab dari extract pandan. tapi disebabkan kita guna labu memang original kaler kuning keemasan siap gleaming agi taw. ditambah dengan sagoo pasti lebih sedap dan enak untuk berbuka ^__^





 kuih bengkang labu/ bingka labu
tengok gambar pon rasa  nak makan lagi. hehe sebab ni antara kuih feveret ^___^





rasenye jarang orang buat onde-onde labu / kuih melaka labu
sedap sangat kalo guna labu. makan saploh biji pon nak lagi. hehehe



slamat berpuasa semua.
thanks for reading this entry ^_____^




sila like banyak2! www.tips-fb.com

Friday, April 19, 2013

openya aku dah kahwin..hikhik



Assalamualaikum..wbt

salam hujung minggu.yeay yeay. memandangkan malam ni malam hujung minggu, memang la masa diluangkan untuk berjimba-jimba ya. hehehe.

sejak dua menjak ni kira dalam seminggu 3 minggu ni kerap sangat kakitangan hospital yang saya praktikal, memanggil saya dengan panggilan 'puan'. agak sentap disitu memandangkan saya memang anak dara pakcik napi. tak pernah pakcik napi buat kenduri untuk anak dara dia yang sorang ni. so, bila staf2 panggil dengan panggilan tersebut memang la sentap. yela, pergi follow-up patient dekat icu sengsorang, mula la panggil aku dengan 'puan'. 

helo, tak boleh ke stat panggil aku dengan panggilan 'cik'. pastu kalo aku dah kawen mesti aku jawab balik, "saya puan ya". cceh saje nak naik darah orang. mana taknya, semalam sorang yang panggil puan. hari ni dekat hukm 2 orang panggil aku puan. memang muka aku ni muka orang dah kawen ke? omak!! tolong la den..huhuhu



memang muka macam ibu dalam pantang eh?
patotla.. takpela aku reda & pasghah. dah tua openya aku ni.hukhuk


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Friday, April 12, 2013

Candle light Dinner



Assalamualaikum WBT..


awak, dah makan ke belom? jom dinner sama2

Allahummaba-riklana-fima-rozaktana-waqina-azabannar
aminnnnnn



ini je yg mampu sy masak. masakang orang kampung, serba ringkas je hehehe
 alhamdulillah rezeki pemberian dari-Mu ya Tuhan.



sebetolnya saya rindu masakan bonda sy :(
setiap kali nak balik kl, pasti ummi masak masakan feveret anak bongsu dia untuk ditapau.
(kasih ibu membawa ke syurga.)




thanks for reading this entry ^__^


sila like banyak2! www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails