//

Thursday, July 25, 2013

Kuih Tradisional Daripada Pumpkin


Assalamualaikum wbt
salam ramadhan yang ke-15. semoga bulan yang penuh suci ni mendapat penuh barokah dari-Nya


rasanya dah lama tak update. dan ini entry terbaru untuk bulan puasa. slamat berpuasa ye semua.
bila time bukan bulan puasa masuk maghrib je mesti bising suruh angkat kain la tutup semua tingkap umah la n bla bla tak habis-habis bising je mak. tapi bila bulan puasa ni rileks je bebuka dengan tingkap2 terbuka macam tu je. yela iblis syaitan n segala family syaitanirrajim kan diikat. mane ade dorang nak kaco kite. so bio je la tingkap terbuka. takde dah mak nak bising2. cuma bising suruh hidang lauk pauk je takot tak sempat dah nak dekat waktu berbuka hehehe


so, sempena khas dibulan ramadhan ni tak sah kalo hari-hari dok pikir nak masak ape kan untuk berbuka. nak buat kuih ape untuk pemanis waktu bebuka or appetizer. ni sy nak nak share la ape yang korang boleh buat kalo tetibe pergi kat dapur dan tetiba terpandang sebiji labu cuba nak menyembunyikan diri kat kat tepi dinding, ape yang korang bleh buat kalo jumpe benda alah ni? dan sy pasti tak semua orang suka membeli kuih dekat bazar dan lebih suka buat sendiri. sebab buat sendiri ni lebih rasa lemaknya, manisnya pendek kata secukup rasa tak macam yang dijual dekat bazar kan.


ok berbalik pada labu tadi, labu sebenarnya boleh dibiarkan macam tu je untuk seberapa lama sebab buah labu lambat sangat nak rosak. tapi kalo dibiarkan lama tanpa buat ape2 rugi plak lebih baik kita buat kuih. sebenarnya macam2 bleh buat dengan labu ni. dan rasanye pasti sedap. kat bawah ni antara kuih2 yang sy buat dekat rumah, 




 kalo kat negeri kelantan, kuih ni dipanggil pengat butir nangka. biasanya kalo butir nangka kalernya hijau sebab dari extract pandan. tapi disebabkan kita guna labu memang original kaler kuning keemasan siap gleaming agi taw. ditambah dengan sagoo pasti lebih sedap dan enak untuk berbuka ^__^





 kuih bengkang labu/ bingka labu
tengok gambar pon rasa  nak makan lagi. hehe sebab ni antara kuih feveret ^___^





rasenye jarang orang buat onde-onde labu / kuih melaka labu
sedap sangat kalo guna labu. makan saploh biji pon nak lagi. hehehe



slamat berpuasa semua.
thanks for reading this entry ^_____^




sila like banyak2! www.tips-fb.com

Friday, April 19, 2013

openya aku dah kahwin..hikhik



Assalamualaikum..wbt

salam hujung minggu.yeay yeay. memandangkan malam ni malam hujung minggu, memang la masa diluangkan untuk berjimba-jimba ya. hehehe.

sejak dua menjak ni kira dalam seminggu 3 minggu ni kerap sangat kakitangan hospital yang saya praktikal, memanggil saya dengan panggilan 'puan'. agak sentap disitu memandangkan saya memang anak dara pakcik napi. tak pernah pakcik napi buat kenduri untuk anak dara dia yang sorang ni. so, bila staf2 panggil dengan panggilan tersebut memang la sentap. yela, pergi follow-up patient dekat icu sengsorang, mula la panggil aku dengan 'puan'. 

helo, tak boleh ke stat panggil aku dengan panggilan 'cik'. pastu kalo aku dah kawen mesti aku jawab balik, "saya puan ya". cceh saje nak naik darah orang. mana taknya, semalam sorang yang panggil puan. hari ni dekat hukm 2 orang panggil aku puan. memang muka aku ni muka orang dah kawen ke? omak!! tolong la den..huhuhu



memang muka macam ibu dalam pantang eh?
patotla.. takpela aku reda & pasghah. dah tua openya aku ni.hukhuk


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Friday, April 12, 2013

Candle light Dinner



Assalamualaikum WBT..


awak, dah makan ke belom? jom dinner sama2

Allahummaba-riklana-fima-rozaktana-waqina-azabannar
aminnnnnn



ini je yg mampu sy masak. masakang orang kampung, serba ringkas je hehehe
 alhamdulillah rezeki pemberian dari-Mu ya Tuhan.



sebetolnya saya rindu masakan bonda sy :(
setiap kali nak balik kl, pasti ummi masak masakan feveret anak bongsu dia untuk ditapau.
(kasih ibu membawa ke syurga.)




thanks for reading this entry ^__^


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Sunday, March 24, 2013

Jalan - Jalan Malacca


Assalamualaikum wbt

termasuk hari ni cukup seminggu tinggal kat muar. so far memang seronok sebab orang muar memang peramah dan baik. hehehe. betul.... baru sehari kenal ngan housemates macam rasa dah kenal lama. tu baru housemates belum cerita pasal staf2 kat dapur dan dietitians. depa memang sempoi. hehe. rasa syukur sangat2 lecturer letak aku dekat sini. rasa macam sehati sejiwa gitu. oh ye, bila sampai sini banyak gile aku baru tahu. kalo orang sini dah besa la kot tengok orang jual roti guna lori. kira buat kedai tepi jalan je. sebab aku slalu tengok orang jual roti guna motor, petang2 bunyi loceng orang jual roti da datang. cepat2 mintak duit kt mak sebab nak beli roti (tetiba teringat zaman kecik2) keh3. kot2 la aku je yg tak pernah tengok (malu!). kalo nak cerita memang banyak la pasai duk kat sini termasuk praktikal aku. tapi macam besa la boring kot benda sama je buat hari2. pagi petang ward round. huhu.

itu cerita weekday punye cerita. hehe. weekend cerita lain plak. disebabkan sini dekat sangat ke melaka dalam 45 minit gitu, memang bes la kalo nak lepak2 dekat melaka. masuk yang ni dah 3 kali dah sampai dekat melaka bandaraya bersejarah. tapi dah lama sangat tak pergi rasa lain dah kat melaka. ye eh org melaka? kehkeh. walopun kejap je singgah tapi rasa puas la. dah lama kot nak pegi. waktu sampai dalam waktu asar gitu. sebab pergi shopping dulu, memang dah nak maghrib la sampai dekat kota a famosa. so, takde la lama sangat kat situ ambil gambar gedung gdeng dah blah pergi solat. 


introduce u wif my new housemate, cik yan. comel2 gitu.







shopping lagi. duh! kekadang shopping tu bende yang paling best tapi boleh jadi bende yang paling sedih. sob sob

teruja nak p naik melaka river cruise. ehehehe

jom tengok suasana waktu malam, meriah weh kat sini. dulu sampai kul 3 pagi pon macam suasana kat KL je. 









hehe ni la sungai melaka. air yang tenang jangan disangka takde buaya. memang takde buaya pon tapi bau airnya macam bau air kat tasik titiwangsa. hehe. seb baik ada kesabaran yang tinggi kena beratur panjang tunggu turn. huhu. naseb pegi ngan member kalo pegi ngan family maw sampai seminit bapak cakap jom balik!!








cek naik cruise. cek teruja gile. kiri kanan mata melilau tengok suasana malam. tapi tu untuk 20 minit pertama. next tu dah kroh kroh kroh! 







 si yan ni nafsu makan kuat. makan pon tak habis. sanggup order 1 pinggan RM10. hmmm..

ok dah la tu. tak bes kan aku cerita. hehehe. malas punye pasal. sampai hari ni kempunan mee bandung yang kawa dekat muar. huhuh. bile nak kasi angkat ni! seb baik masa pegi dinner kat  melaka tak order ngan pakcik tu mee bandung muar. mau kasi polompang. -___-

bye-bye


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Sunday, March 10, 2013

within 10 hours



Assalamualaikum ^_____^

semalam kuar date ngan my sis. memandangkan dia tinggal dekat i, so before i pergi muar kami kuar sesame.
   pergi sogo, jalan tar, lowyat, ts semua kami tawaf samp kaki sakit tak larat. air habis 3 botol sebab dehydration + makan high protein. (selingan: makan tinggi protein, badan perlukan lebih banyak air untuk membantu perkumuhan urea iaitu bahan buangan dari proses katabolisma protein drpd pengambilan diet)

pecan butterscoth faveret i


japenese soba tak sesedap yang pernah i makan dulu sob sob


kriuk kriuk kriuk


chicken chop



tq sis. choc untuk my birthday. ssso sweeet!! tetibe craving. nyum nyum


n for my sis n other people who want to try cheese naan yang paling sedap abad ini terletaknya dekat jalan tar. i memang recommend ni sebab sedap sangat. tapi disebabkan saiznya agak besar n bercheese lagi so, order 1 share la 2 orang hokeh. elakkan membazir ye. sebab cheese cepat rasa muak. sayangla kalo tak habis.

credit: google image

credit: google image
kuah curry memang sedap. 1 piring macam dalam rm2. berbaloi sebab sedap. curry dia rasa macam dia guna turmeric yang dorang order khas dari mana2 ntah.

credit: google image
chicken tandori. serve dengan chutney. (selingan: chutney = sos ala indian style)

bye2. u make my day sis. ^^


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Monday, December 31, 2012

membebel untuk kali yang terakhir


assalamualaikum

dan salam sejahtera ^__^

ada beberapa jam lagi untuk tunggu dan lihat fireworks masa midnite nanti ditengah2 ibu kota. 
so, when people talk about 2013, the great moment for me on 2013 is i will finish my studies on june. insyallah. sebetulnya. aku takde story pon nak dikongsi. hidup ku sepi. sesepi seperti hari2 yang berlalu. wah gitu amek kau. so, aku dah decide nak merapu je untuk entry ni supaya aku bleh berletiakk panjang2. hehe. 

sejak 2 menjak ni facebook aku kena hack ke apa aku pon taktau. berpenat lelah aku cari solution. gilak ah fb. ni la risiko bila guna. ak rasa down. tak jadik nak study. rasa nak delete fb. n rasa macam2. aku tak suka privacy aku orang geledah macam tu je. aku guna fb bukan untuk menunjuk2 supaya satu dunia taw aktiviti aku tiap2 ari. aku guna pon untuk kemudahan aku. group discussion memang menjadi keutamaan. pendek kata keutamaan aku untuk berdiskusi dan mengetahui sebarang update terkini untuk course aku je. yg lain2 untuk connect dengan kawan2 n families aku yang dok jauh2 je. dats all. so, klau korang memang fanatik giler dengan fb ni terima la risiko untuk dihacked oleh insan yang tak bertanggunjawab ok. be happy je. sekarang aku da chill semula. hehehe.

dan yang kes2 kene hack dengan kawan sendiri tu, pendek kata kita tak log out fb, n kawan2 yang berspesis nakal sikit mula la tulis status kita macam2. contoh: aku nak kawin dengan orang kaya. haha. so, solution yang paling tepat adalah post balik dan cakap aku kena hack!!! huh. ataupun hack balik kawan tu. ye dak? haha bukan aku la tu. kalau aku buat macam tu aku ase aku pon macam budak2. tak matang kot. solution yang terbaik bagi aku maafkan je la si kawan tu. kalau kita tak balas, nanti dia akan segan n takkan buat lagi. ye dak? haha aku pon taktaw. taktaw aku merapu ape. so sad.

ok dah2 la tu. ni aku nak gtaw memang feveret aku godek2 video. haha. selalunya music video kot. dah jadi habits. orang lain kalau nak buat playlist lagu ke hape misti download je mp3, aku mesti kena download MV. haha. so, bila aku tengok balik runningman episod 106 yang guest heroin drama rooftop prince, han ji min yang dalam episod ni mission dia nak cari true love. so, memang kena romantik2 la. ost untuk episod yang ni pon memang memang romantik habis. nak taw tak? deli spice chau chau. best woh. sebenarnya kalau dengar pon bukan best sangat lagu ni sebab vokalis dorang aku ase tak power pon suara dia. cam biasa2 je. tapi pelik kenapa lagu ni buat orang macam lentok je dengar? tapi tak dinafikan band ni memang power pon kat korea. lagu ni pon yang part paling best time bila dia sebut:

nowi moksoriga dul ryo nowi moksoriga dul ryo
 i hear your voice 2x


yang buat lagu ni best music dia sendiri. cara dorang bawak band dorang. sebab kalau nak ikutkan dorang nyanyi besa2 je.  ini just opinion aku je. part yang ulang banyak kali tu la jadi sebab utama kenapa orang suka dengar dan nak ikut sama2 nyanyi.


kalau korang ingat agi lagu gadisku dalam koma memang iras2 lagu ni la. music best. cam sedap je layan. tak puas2. tapi orang yang bawak lagu tu bukan best pon. tak pecaya dengar la sediri. lagu ni waktu sekolah dulu femes la. dengar dorang jamming lagu ni best jugak. music je lebih. suara hampeh. haha.



yang part best nak ulang2, gadisku dalam koma seriuskah keadaannya.. tu je kan buatkan lagu ni so special. hehe




jom nyanyi sama2
TonightWe are youngSo let's set the world on fireWe can burn brighterthan the sun

k la aku tak nak merapu lagi. ni yang last aku membebel untuk tahun ni. aku janji ok. bye2

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Wednesday, December 26, 2012

palestine kami bersamamu!!


Happy New Year Everyone!
im getting older, is not cool beb -_-

selamat kembali alam nyata. ucap kat diri sendiri.tehee..as my fren said, welcome back to the real worl. bye2 clinical world. seriesly, masa tunggu turn exam klinikal dunia tunggang langgang langsung tak focus kepada dunia nyata. baju2 tak berlipat, buku2 bersepah. hidup hanya untuk study, makan, tidur dan selingan fb. hihihi

dan sekarang bila clinikal exam da setel, dunia aku kembali pulih. bilik kemas. GREAT! meja study kemas. rak kasut kemas. hehehe. tapi jiwa rasa kosong. tiada pengisian. semua housemates bersenang lenang dengan family kat umah. orang pahang, johor bleh la balik gitu. den orang nogori kelatam ni say bye2 kat dorang dengan menitis airmata. haha konon. malam siang maraton movie, drama, RM, AH. tapi stil boring. 

so, untuk hilangkan kesunyian tu, kami pergi ke program demi palestine dekat tv alhijrah. bertemankan GPS yang suka cakap merapu2 n kasi jalan jauh tu, kami berjaya sampai dengan mengambil keputusan x nak ikut GPS yg ngarut tu. bila tak ikut, rasa dekat je nak sampai sana. hampeh punye GPS.

sampai2, hok aloss ramai punye orang nak cari parking pon sosah. tapi seriesly, kebanyakan yang datang orang2 yang sejuk mata memandang. u get what i mean? yup betol tu. mungkin pengisiannye yang berbeza sebabtu orang yang datang pon semuanya ehem..^__^ semuanya berpakaian sopan dan bertudung labuh, berkopiah, dan bermafla. heheh. 

sebab kami pon sampai dah petang, aktiviti dah tak banyak dah waktu petang. tapi booth2 stil meriah. ada yang tunjuk duit israel la, bercerita kawasan2 di bumi palestine dan banyak lagi la. dekat booth jugak aku jumpa aida rahim, zain saidin yang amat hensem kalo tengok depan2, dengan muka pan asianya. pasangan dena & suaminya pon ada. sarat dah si dena tuh bawak perut. hehe.

durian crepe krip krip. hehe. buat pengalas perut. sedap bangat. kerana durian crepe ni lah huhu haru jadinya. nanti aku citer. sabo yo..


teruja depa ni. nanti tengok la.. jeng jeng..


awan mendung mula berarak selepas asar. sampai last tak jadi hujan pon. alhamdulillah.


get redy for konset malam demi palestine. live kat tvalhijrah. nak berkonset pon, solah jemaah dulu. syukur sangat2 dapat solat berjemaah di masjid negara. dapat bersalaman dengan muslimat2 yang lain. ^__^


tepat pukul 9 mlm gamat sungguh pentas. kumpulan nasyid yang aku minat dari kecik pon ada. teruja sangat sebab dapat dengar live sore depa. haaa yang aku nak cite tadi pasal duyyan crepe tu time ni la. nak tunggu sampai pukul 9 dan sampai habis seksa bebeno. yela nak sendawa sikit punye susah. mula la haruman duyyan semerbak bau. huh! nyesal makan. kalo taw gini jadinye tak hingin gue nak makan waktu2 camni. haha dan satu lagi sekarang kan gadget canggih manggih lake. sume pakat kuarkan gadget canggih2 tu untuk tangkap gmbar. huhu. aku ni dah la anak kampung tiada pelajaran lagi. kuar jela kamera cikai aku ni nak tangkap gambar. cikai pon cikai la. huhu -__- 


penuh penghayatan sungguh heliza bersajak. yang seat depan aku ada la sorang pemuda ni. dia always redy dengan gadget dia ni nak tangkap gambar. habis 1 gambar terus ulpod instagram. aku panas je sebab jeles.huhu. pastu terkantoi la BG gadget dia ada gambar heliza. high taste gila mamat nih. time orang lain perform dia dok tengok je. time heliza kuar perggh semangat gila tangkap gambo heliza. haha. tak ngumpat ea. agipon aku tak sebut nama dia pon. nama pon tak tahu weh bahahaha. yang sebelah mamat tu plak ade la pasangan suami isteri ni. aku bukan nak ngumpat tapi nak cakap pakcik tu bawak 2 bini. semua bini dia bertudung labuh dan mengamalkan sikap toleransi dan berkasihsayang gitu..pakcik ni plak baik & romantis terhadap bini2 dia. muehehehe


power gila sore nash. hehe


selain in-team, hijjaz pon ada. sore munir best sangat2. time skolah memang selalu dengar. dan pada malam tu dia nyanyi lagu sumaiyyah.


sempoi je nubhan nyanyi lagu dealova. dah la suara gemersik. sebenarnya banyak lagi pada malam tu yang nyanyi. sebab semuanya merdu2 belaka tak sempat nak amik gambar dok kusyuk dengar. alyah siap bertudung agi, dakmie, n etc tak ingat den.


yang part last ni tak masuk tv pon. satu dewan jerit allahuakbar. khaibar ya yahud. jaishu muhammad. saufa ya'ud. khaibar2!! di ketuai oleh amin idris. yang tengah2 tu wakil saudara kita dari palestine tak silap aku omar seyam yg bersama2 sepanjang malam tu.

last but not least aku letak sekali vid afdlin shauki yang aku pasti setiap orang pasti menitis air mata mendengar bait2 kata dari isi hati beliau. semoga allah permudahkan urusan beliau menuju reda allah. insyallah!


TERUSKAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL.
tak mati aih tak makan mcd. burger bakar abang burn singget je lagi sedap dari burger mcd yang buat cikai2 je tuh.
tepuk dada tanyalah hati
sekian


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Sunday, December 2, 2012

nostalgia



banyak kenangan lagu ni dalam jiwa aku
hmmm
hepy weekend guys.
sila like banyak2! www.tips-fb.com

Thursday, November 22, 2012

BOIKOT MCD




aku malu jadi orang malaysia yg sanggup beratur panjang untuk dapatkan burger free. dah la negara yang kaya dengan makanan. melimpah ruah. beratur macam hidup kat palestin tak cukup nak makan. tolonglah. malu! sikit tak rasa sedih tentang nasib saudara sendiri. dah la tak menderma untuk orang gaza tapi dok asyik  derma dekat orang israel. yang tu ke jawapan ko nanti Allah tanya kelak apa yang ko buat untuk tolong saudara ko? 

ada segelintir pihak yang mempertikaian kenapa tak boikot barang israel yang lain sibuk dok boikot mcd. hello bro! benda ni dah lama dah. tapi aku ase sekejap je panas pastu hilang. then, ini 1st time kita boikot secara besar-besaran. tu pon masih ade yang nak burger free. kita boikot 1-1 dulu. kalau  berjaya, kita teruskan usaha kita. sebab nak boikot barang israel yang memang kita dok beli selalu susah bro. tapi dengan cara ni orang yang tak sedar jadi sedar. kita berubah sedikit demi sedikit la. itu pon nak merungut. kalo tak nak join takpe tapi jangan pertikaikan kenapa. orang sekarang tak bodoh menilai unless yang memang tak sedar2 diri.

ok peace. save for gaza. lenyapkan israel dari muka bumi ya Allah-amin-
sila like banyak2! www.tips-fb.com

Monday, November 12, 2012

[11.11.12] TRAVEL pon bawa bekal ^___^


Assalamualaikum.. wbt.. 
hepy deepa semua
syukur sangat2 ada midsem. bleh juga badan & otak rehat dari tension tak habis2.
tahun klinikal sepatutnya enjoy, tapi tension. serius. tahun praktikal masih ada kelas. taktau kenapa jabatan kami suka menganiaya student. masih ada kelas waktu petang, yang terpaksa tergesa2 dari PPukm ke fakulti  yg terletak di chowkit, sanggup merentasi jem pukul 1. kos lain setakat ni takde lagi aku dengar, praktikal bukan 8 jam ofice hour. ditambah lagi dengan seminar yang memaksa student untuk memnuat review jurnal2 bertaraf gred A untuk 2 JAM KREDIT SAHAJA. setiap malam dihabiskan untuk cari jurnal2 yang aku kira bertaraf student master. yes. memang buat review ni memang masa master pon. so, untuk memantapkan ilmu masa klinikal memang tak sempat la. otak penat sangat. 

ok. malas nak merungut. kalau syllabus ditukar pon, junior yg dapat manfaat. untungnya korang. so, untuk hilangkan tension semua tu, kami 1 rumah memang plan nak enjoy puas2. yes. plan memang menjadi. lepas kelas hari jumaat, terus pergi tesco cheras. bli barang2 untuk dimasak. dalam pukul 12pm, lunch hour kami gerak ke KLCC. dekat je pon dari kampung baru. taw2 la kan. pondok kat taman KLCC ni kena fight kalo nak dapat. hehe. pergi buat selamba je duduk kat pondok.lama2 dorang lari la tak selesa kan. so kami dapat la tempat. hehe jahat sungguh. so far, makanan memang banyak. nak je ajak orang lalu lalang join makan. ^^


ini pavlova. hasil tangan aku. 1st attempt. not bad la.

keadaan pavlova lepas naik kereta. habis tunggang langgang. ish3

nasi goreng thai- chef anim

spaghetti bolognese dari saidah. puding milo tu anim yg buat.


scrambled egg. yummy.

Kentucky chicken- french toast inti sardin-


keadaan memang panas. cepat2 gerak ke dalam lepas makan. aircond plisss

hmmm.masuk2 je ada benda ni. tak rasa membazir ke guna beras. banyak ttu..

disebabkan banyak agi destinasi nak tuju, so kami batalkan plan nak tengok istanbul aku datang.so, da tekad nak tinggalkan KLCC selepas solat zuhur.


kami sampai shah alam dalam pukul 5 lebih. jem tak habis2. singgah di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. subhanallah cantik sangat2. kami solat asar dan bawa turun bekal yang tak habis makan tadi.  so, menjamu selera lagi. selera bebeno bila makan beramai2. tambah lagi dekat masjid yang cantik ni.

see. cantik kan bila waktu malam. 


after solat magrib berjemaah beramai2, kami bersiap2 untuk ke ICITY. yeay. yeay tak yeay sangat la sebab gerimis mengundang mula menggila. hujan agak lebat la bila sampai di i-city. mood da swing da waktu tu. datang dari jauh tapi takleh main.banyak game tutup.


tapi waktu hujan pon, scenery stil bercahaya dengan lampu2 kalaful. rasa berada dalam alam fantacy. hasil ciptaan manusia.

beautiful!

super beautiful!!


2 makhluk tuhan super duper beautiful!!


5 makhluk tuhan di alam fantasi.


muka manis, dalam hati moody. hehe

penat berjalan dalam hujan, becak lagi. so lepak di oldtown pekena air secewen. berdoa mintak2 hujan stop cepat2.

rasa dahaga sangat2 memang ta kira waktu hujan da. tetap nak yang cold punye. yummy2.


hujan mula stop. tak de dah semua orang nak berpayung2. kami cepat2 beli tiket untuk main game. so, ni spacewalk. macam game dalam RM yang kena kayuh laju2. tapi tak kayuh pon.sebab enjoy pasang lagu kuat2. last2 orang belakang tolong tolakkan. hehehe. best naik ni. 


wow. kaleful.cantik.perfect.


kalau taman kat rumah mcam ni. kalau la kan..


waktu ni da 12.30am. so, nak tak nak kena balik ke KL. besok pagi ramai kawan2 da nak balik hometown.  hope dapat pergi lagi. memang seronok. besok pagi pulak aktiviti berenang. my super pack schedule! semua benda nak buat dalam waktu yang singkat. tomorrow balik kampung. yippyyy!

babai.

sila like banyak2! www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails