pertamanya, biasa la dah terbiasa dok asrama..wajib ada stok..kalau da dekat -dekat habis seminggu dah redy tulis surat outing kat penolong kanan hem mintak outing. tajuk surat rasminya keperluan makanan seperti maggy sudah habis. kompem dapat. coz pk hem spoting bab - bab kebulur.ha3
keduanya, makanan kat dining/cafe tak ada citarasa langsung! no class beb! makan maggy jauh lebih sedap dari makan kat dining/cafe. tengok pekerja dorang pon tak lalu dah..apatah lagi nak ngorat kita..tolonglah!
ketiga, maggy makanan paling murah tapi sedap. berkhasiat untuk tulang kuat.ha3..duit belanja 30 hinggit sebulan..jadi tolak bahagi campur darab dapatlah belanja 1 hinggit sehari. hujung minggu pujuk pakwe outing belanja makan kfc.kira ok la tu.hari biasa makan maggy.ataupun buat - buat sakit perut coz tak makan. kompem kawan sebilik kesian dan terus pergi beli nasi kat dining. kan bijak dan berhemah tu.berjimat cermat.ish3 ada lagi ke spesis tangkai jering taik hidung masin cam tu??
keempat, untuk gurls memang kena makan maggy la..yela..dorang ni tak pandai masak.so,kalo nak belajar masak kompem belajar buat maggy sup dulu.kan3??..pastu rasa sediri sedap ke tak..sebab tu kena makan maggy. kategori pemalas pon ramai gak.nak masak lagi la.so,makan je la mentah2..rangup..........mari dekat..mari dekat....
kelima, kerana mawi buat iklan mi slurpp..ha3..kerana semangat memperjuangkan mi slurpp apa salahnye bantu dia kan..kata fan dia.so, kena la ikut apa dia buat..buat sekali ngan aksi2 dia makan maggy tu..baru afdal kalo nak jadi bini nom 2..
keenam, bulan ni belanja lebih. angan - angan nak pakai i- phone. terpaksa la makan maggy.. maggy 1 pack 70 sen. 3 kali makan sehari baru rm2.10. darab pula sebulan rm63. kalo orang lain makan nasi dalam rm8 sehari. sebulan pulak rm240.kalo makan maggy dapat la kumpul duit tiap2 bulan.so, dapat la beli iphone.hua3..
ketujuh, kat rumah tak pernah mak masak maggy masa lunch. selalu ayam panggang, stik n chicken chop. bila je masuk asrama kawan - kawan ajak makan maggy 3 packs.buat dalam bekas besar n makan ramai - ramai. masa tu berebut - rebut tak sempat nak makan. dari hari tu mula ketagih. kalo stok habis terus paw kawan punye masa dorang tido..alahai jahatnya..
kelapan, pergi date ngan pakwe. siap pakai baju kapel kale pink lagi..orang tengok nampak cute je. konon - konon pergi date kat genting. kat genting kan sejuk. he3. bila time lunch, jalan - jalan tak jugak singgah makan. last sekali, bf ajak gf dia beli maggy cup. katanya bleh makan panas - panas. emm padahal pokai. nak cover line cakap la persediaan sebelum kahwin. nanti jimat ekonomi rumahtangga. sape la nasib dapat laki macam tu. hari2 masak maggy.
kesembilan, maggy boleh jadi ubat. dats why kena makan. kalo tak makan sehari kompem kena gastrik. alamaknya kelas terpaksa ponteng ler.sakit perut..emm, ada ke orang macam tu ek..
kesepuluh, dah niat nak makan maggy sebulan kalo dapat 20 1A dalam spm. tupp3..dapat 20 1A so, terpaksa la tunaikan niat tu. hari2 kena makan maggy.sampai naik muak..sendawa pun bau maggy.kentut lagi la..ish3..tu la sapa suruh niat cam tu..niat la elok cket..aiyya......
4 comments :
maggy ttp dia hati cmne pon..hehe.
yup3..maggy umpama rokok la kan..walaupun tak bagus ntuk kesihatan, orang stil ambil jugak.he3
makan meggi boleh,tapi ada caranya.Xboleh mengambil meggi selang 3hari.Ini kerana terdapat satu bahan pada mee maggi yang bertujuan melembutkan mee tu,yang jika diambil secara kerap boleh menyebabkan barah.Bahan itu boleh diambil,tetapi selang v3hari supaya dilupuskan oleh badan.sekian cerita saya.
ouwh..ye ea..thanks for da info najib.. :)
Post a Comment