//

Wednesday, January 12, 2011

tolong abang! abang gersang..argh argh argh!


engkau pernah dengar orang yang ade otak letak kat kepala lutut atau berotak lembu cakap kat engkau depan-depan macam kat atas tu..atau cakap kat belakang bisik-bisik..sure geli! nak muntah!
before kasi panas isu ni, aku pesan awai-awai ini bukan belog porno..dan aku bukan penulis porno..aku masih suci! takde nak kasi 18sx untuk entry ni..sume golongan adik2 kakak2 abang2 nenek2 pon boleh baca.
berbalik kepada tajuk kat atas, sebenarnya aku nak tanya daripada pengalaman semua la yang memang aktif dengan laman sosial ni kan..pernah tak korang terima mesej cam kat atas tu? tak kesah la kat facebook, tagged, ym, myspace atau skype? ape lagi laman sosial yg ngetop?ape ape je kan..pernah terima? bodoh! bangsat! bangang! betul2 tak dak akai la golongan macam ni..
dan yang aku paling sedih golongan melayu weh..orang melayu sendiri buat keje-keje macam ni..sedih! so pathetic! -_-
banyak kali aku terima mesej camni..sasaran utamanye kepada remaja perempuan dan awal 20-an..macam aku..yang hebatnya dekat skype la..dari mana entah datang, add pon tak tetiba hantar mesej gersang macam tu..wtm??tak de motif..sangat menjengkelkan..untuk menimbulkan respon yang meleleh air liur bila tengok si bangang tu, dia kasi letak profile pic bersama 'barang kesayangannya'.. bluwek! bodoh! konon2 bila perempuan tengok boleh cair r..terus masuk line..dasar kepala hotak lembu..
itu dari pengalaman aku la..tapi aku tak cepat melatah pon bila dapat mesej dari orang macam tu..rasa sakit hati je..orang yang mengaku islam, melayu tapi buat kerja camtu..islam tu kan indah dan mudah untuk diamalkan..nape la nak disusahkan..kalo suka sangat dan memang ada naluri seks yang kuat tu pergi la kawin..tak de duit?islam tak suruh kita membazir untuk sebuah perkahwinan..selesaikan yang wajib dulu..akad nikah..tapi tu la..orang melayu kalo nak kawen sume nak grand2..ape2 jela..aku bercakap bukan orang yang bijak pandai..jauh sekali nak mengajar2 orang..tapi aku sentiasa berfikir +ve..yang salah tetap salah..masih boleh diperbetulkan..
ok berbalik pada mesej yang aku dapat kat skype tu. aku tak cepat-cepat block  dia punye profile. dan aku plak takde la nak hai hai kat dia..aku kasi bende ni je...........


Allah swt berfirman:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS al-Israa’: 32)

Allah swt berfirman:
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS An-Nuur: 2).

Dari Zaid bin Khalid-al-Juhanni ra, ia berkata, “Saya pernah mendengar Nabi saw mnyuruh orang yang berzina yang belum pernah kawin didera seratus kali dan diasingkan selama setahun.” (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 2347 dan Fathul Bari XII: 156 no: 6831)

Dari Ubadah bin Shamit ra bahwa Rasulullah saw bersabda, “Ambillah dariku, ambillah dariku; sungguh Allah telah menjadikan jalan (keluar) untuk mereka; gadis (berzina) dengan jejaka dicambuk seratus kali cambukan dan diasingkan setahun, dan duda berzina dengan janda didera seratus kali didera dan dirajam.” (Shahih: Mukthashar Muslim no: 1036, Muslim III: 1316 no: 1690, ’Aunul Ma’bud XII: 93 no: 4392, Tirmidzi II: 445 no: 1461 dan Ibnu Majah II: 852 no: 2550)

nak tau ape respon dia?hahah..ini yang best nak gitau ni..senyap terus weh..aku tak tau la sama ada dia terkesima atau terkejut ke apa kan..mintak2 la dia tersedar dan bawak2 bertaubat..tapi kemungkinan mencari mangsa seterusnya..wallahua'alm..aku tak tau..lepas tu aku block la skype dia tu..so kepada kaum hawa jangan cepat melatah bila berhadapan dengan situasi cam ni. kita berdakwah kat dia..sekurang-kurangnya kita dah jalankan tanggungjawab supaya saling mengingati antara satu sama lain. tapi kalo kat alam nyata jangan buat cam ni...bahaya! silap2 dia ade pukau ke pisau ke naya kita kan..ape ape pon sentiasa jaga diri hiasi peribadi. :)
sila like banyak2! www.tips-fb.com

2 comments :

chenta hearty said...

pernah dapat sms mcm nie kt hp...hu3

AIMAN said...

bahaya nie.. isk2..

Related Posts with Thumbnails