aku memang bertudung. tetapi kenapa hatiku masih tidak tenang?
alhamdulillah aku sudah selesai meng-delete gambar2 yg mengepose aku yang tidak menutup aurat dengan sempurna. proses meng-delete mengambil masa disebabkan post yg makin banyak ratusan entry. perlu dilihat satu persatu. keje leceh tapi kepuasan akan dirasai apabila usai.
kaki tidak berstokin, berlengan panjang tapi hakikatnya tarik keatas bak lengan 3 suku dan tudung saiz bidang biasa tapi ditarik2 belakang supaya singkat dan menampakkan dada! masyaAllah aku dulu!
aku ada berkira2 untuk meng-delete blog, ttp sungguh tidak sanggup memandangkan blog ini hasil usaha aku. ku pikir dalam2. kenapa mahu delete jika kita mampu menulis sesuatu yang tidak membawa kepada kemudaratan dan masih berlandaskan dijalan yg betul?
dulu, aku merasakan bahawa diriku yg terbaik, pilihanku terbaik. tetapi hakikatnya orang lain jauh lebih baik dan begitu istiqamah & sentiasa berijtihad. persoalannya, mampukah aku mengejar agar seiring dengan mereka?
aku hanya kasihan abahku. bagaimanakah beliau mampu menjawab dihadapan Tuhan kelak jika ditanya mengapa kau tidak menyuruh anak perempuanmu menutup aurat dengan sempurna?
kerana aku milik abah! dosaku abahku pikul!
syukur ya Allah hanya kami berdua adikberadik perempuan dan ummi milik abah. aku sedih bila si ayah mempunyai 10 orang anak perempuan dan kesemuanya tidak menutup aurat. kesian si ayah menanggung dosa - dosa anak perempuannya. tidakkah kau kasihan dengan ayahmu yang tercinta?
orang sanggup berhijrah (bertudung) selepas berkahwin kerana niat mereka ingin mentaati suami dan menjadi isteri solehah. (ya itu sungguh mulia) tapi bapamu sebelum kamu berkahwin, dialah menggalas dosamu yg mana impianmu hanya dimulut ingin menjadi anak solehah ttpi dosa tidak menutup aurat kau sedekahkan buat ayahmu.
aku sungguh bangga dengan diana amir. jadikan dia sbg pembakar semangatmu wahai gadis2 dan aku juga untuk dijadikan teladan.
wassalam
jika masih ada gambar yang tidak sepatutnya diletak sila bagitaw sy ye. sy mohon. :)
No comments :
Post a Comment