//

Thursday, November 24, 2011

Baru Kini Aku Tahu Asal Usul Keturunan Nenek Moyang Aku. YES aku bangga!




baru siap buat kerja sekolah matematik. oh tidak zaman matematik aku sudah lama tercampak di gunung tahan. sekarang kerja sekolah aku buat repot. ok dah siap. kepala sikit ringan.

fokus kepada tajuk utama kita, keturunan/heredity. siapa kita?dari mana kita?pentingkan kena tahu.sebab aku baru tahu setelah 21 tahun hidup dibumi nyata. sedihkan?asal usul tak tahu kemana. keturunan nenek moyang melambangkan siapa kita, family kita. dan aku punye cerita menarik mengenai asal usul aku. dan aku mahu share. memang menarik.

masa bercuti hari raya haji hari tu, aku borak2 dengan abah aku. bermulanya dengan topik,

nape dalam rumah kita semua kuning? cat kuning, langsir kuning? aku tak faham kenapa kuning menjadi penting sangat. walhal aku sedikit pon tak tertarik melainkan angry bird kuning, itu cute!

abah aku dengan tenang menjawab,

kita tak boleh meminggirkan keturunan kita. walaupun nenek moyang kita dah takde tapi kita kena pelihara/ambil tahu asal usul kita.

aku memang 0 idea kat dalam kepala. aku tanya lagi,

kita keturunan raja kelantan/siam ke?

bermula la abah aku bercerita.

moyang abah dulu seorang pembesar istana dalam pemerintahan raja pattani. kurun ke berapa? tak tahu plak aku. pada waktu tu, pattani sedang berperang-perang. mungkin boleh dikaitkan dengan sejarah tamadun yang belajar dulu, tapi seriesly tak ingat, tapi sejarah spm dapat A plak.k fine short term memory. ok moyang abah ni memang berasal dari timur tengah, seingat aku dari negara iran. bila pattani berperang, moyang abah melarikan diri ke kelantan. disebabkan moyang abah ni berketurunan iran, memang namanya syed sheikh hazaren (hazaren tak pasti, lupa). bila emelarikan diri ke kelantan, moyang aku menyembunyikan identiti sebenar. takut diburu musuh yang berperang dengan kerajaan pattani. bila beliau berkahwin dengan orang kelantan maka moyang aku dilahirkan dengan nama Abdul wahab.. bermula la hidup baru macam orang biasa, tak ada nama syed sheikh lagi. sehinggalah turun temurun hingga kini. sampai hari ni aku masih ingat wajah arwah moyang aku Abdul Wahab tu. sebab masa tu aku baru berumur 6 tahun :) gud memory plak.

abah cakap, tak mustahillah abah pon ada syed sheikh jugak kat depan namanya. hingga bila aku berkahwin kelak, ketrunan anak aku akan jadi separuh dah. maksudnya dah nak hilang keturunan sebenar aku. tapi memang betul abah aku berhidung besar ala2 orang arab. aku je tak. kakak aku pon hidung besar jugak. huhu.

setelah tahu semua tu, tetiba aku rasa bangga dengan keturunan aku. sebab keturunan aku berasal dari golongan bangsawan istana. ya aku bangga!

how bout you people? :)



sila like banyak2! www.tips-fb.com

5 comments :

shah said...

wow!

misz moja said...

patutla mu comot pon,owng siam uponyew..huhu

::melur:: said...

moja: comot versi kiut..hahaa. accep?table?

shah: :p

Anonymous said...

Eh.. Mcm pelik je cerita mu itu. Klu kturunan syed, mu dr kabilah n nasab yg mana? -tengku sharifah kurshia Aljamalullail-

::melur:: said...

jwpn kpd tengku sharifah kurshia Aljamalullail:

kisah keturunan moyang sya dulu2 memang benar. tapi saya tidak tahu sedetail mana pon dan ayah sy tak cerita kat saya dari A sampai Z pon. ayah saya pon dah keturunan keberapa. kalo nak tanya banyak saya tak boleh jawab. kalo saya jawab cerita tak benar nanti boleh menimbulkan fitnah. kalo nak sahih sila tanya orang yang arif macam ayah saya or datuk sy ye. sehingga kini pon sy pon masih ragu2. yela nak kaitkan dengan sejarah yang sebenar dengan yang kita belajar dekat sekolah adakala bukan 100% pon betul. so, yang benar2 tahu penderitaan pada masa tu adalah moyang sy. saya hanya berkongsi secara terbuka dan ringkas sahaja. ok. -fatihah yang tidak bertengku/nik/wan/raja :)

Related Posts with Thumbnails