//

Sunday, September 19, 2010

alkisah kau laksana bulan & cerita2 adaptasi dari novel alaf 21

salam syawal buat pembaca blog fatihahanapi. dah lama rasa tak update blog. maklumla baru balik dari kampung beraya dengan sanak saudara dan keluarga. tak sempat nak beraya dengan kawan-kawan lama kerana sibuk membuat persiapan kawen abang sulungku.di sini maaf sekali lagi buat kawan - kawan yang bersusah payah mengadakan reunion raya warga farisian tapi aku tak dapat nak hadir.maaf ye.

cerita kau laksana bulan

alkisah nye.sangat la segan nak berkongsi di sini kerana cerita kau laksana bulan yang bersiaran di RTM tv2 pada mei lalu baru je aku tengok masa beraya kat rumah. punye la lama cerita ni da habis tapi baru je tengok.sibuk kerana kelas dan exam aku abaikan keseronokkan menonoton tv. terima kasih buat kakakku kerana bagi aku tengok dalam laptop dia.hehehe.nasib baik kawannye download cerita ni.dapat aku tengok sampai habis. kalau tengok kat tv mesti tak puas di sebabkan iklan yang berjela-jela panjang dan lama, dan bersanbung-sambung tu. sangat leceh!

menurut aku cerita ni sangat menarik. buktinya aku tersengih-sengih bila part romantisa.dan berderaian air mataku bila si suami, firas buat dek je masa ana mohon maaf kat rumah firas. aku bagi 4 bintang. nasib baik aku da baca habis novelnya masa aku di alam persekolahan. masih ingat jalan ceritanya.toink2! tak dapat nak bagi 5 bintang kerana ada la sikit kureng cerita ni. kalau nak tahu ceritanya agak boring. tapi novelnye memang bez giler. kalau tak percaya korang perasan tak banyak scene sama je.yang di ulang - ulang. contohnya mak nye tak habis - habis membebel kat sofa ngan ayah dia.kan banyak scene tu. then aku tak puas hati ending cerita ni.habis camtu je. aish...


pelakon - pelakon pula giler hebat sangat. cam aku tak dapat beza realiti ke lakonan.menjadi sangat. lebih- lebih agi kat zulhuzaimy. memang salute habis.tahniah!wataknya cool cam dalam novel. dia ni la bakal pengganti rosyam nor.hero malaya. dan bukan remy ishak ye seperti yang di uar-uarkan. ayu raudah memang la ayu. bukan cam watak bertudung yang dia selalu bawa. kadang- kadang cam confuse betul ke ni raudhah?

sape-sape tak sempat tengok cerita ni boleh la download kat sini.klik di sini

cerita tak tercapai akalmu

drama ni di siarkan kat tv1. masih ingat? dah lama dah. Tak Tercapai Akalmu pernah ditayangkn di Tv1 pd penghujung 2006 dahulu bermula jam 11.00 pagi hingga jam 12.00 tghari. drama ini diadaptasi dari novel  alaf21 cinta pertama. nama hero yang unik, karl zafran yang jatuh cinta dengan nurul iman. watak nurul iman di bawa oleh lisdawati.

adi putra bawa watak karl zafran

sinopsis cerita tengok kat sini klik di sini

cerita dari mata arissa

“Dari Mata Arisa” ini merupakan sebuah drama adaptasi dari novel “Kau Sayangku” nukilan Cik Bikash Nur Idris yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd, yang ditulis semula oleh Puan Sujiah Salleh ke dalam bentuk drama bersiri. Drama "Dari Mata Arisa" mengandungi 40 episod terbitan Bright Network Sdn Bhd. watak arissa sekali lagi di bawa oleh ayu raudhah seorang gadis yang banyak melalui liku- liku hidup dan penderitaan.

sinopsis cerita klik di sini

filem ombak rindu

tak sabar bila asanye filem ni siap dan di tayangkan. aku sanggup pergi sorang - sorang kalau tak ada sape yang nak temankan aku pergi tengok kat pawagam.hahaha.tengok betapa berpengaruhnya cerita ni. aku da khatam 3 kali novek ombak rindu. memang tak jemu baca novel ni.seperti yang di hebohkan maya bawa watak izzah, lisa watak mila dan aaron aziz sebagai hariz. ramai yang kata maya tak sesuai langsung bawa watak utama,izzah. kenapa? kalau belum tengok jangan suka buat andaian sendiri. nanti da tengok kita sama-sama kritik sama ada bagus tak maya berlakon sebagai izzah.

serba sedikit info filem ombak rindu klik di sini

*lepas ni kalau baca novel bleh la imagine para plakon kita yang cun dan kacak2 ye.hehehe

sila like banyak2! www.tips-fb.com

8 comments :

Emilia Emira said...

mcm mnarik jea cite neh..klu buat ikut novel btul2 msti bez..

::fatihahanapi:: said...

cerita yg mane satu?kalau kau laksana bulan memg ikut novel betul2...

S@hB@Nu-BaNuu said...

x sabar gak nak tgk filem ombak rindu tuh..moga2 best giler laa hendaknya hehe..

::fatihahanapi:: said...

moga-moga la ye ^__^

Black_roses92 said...

urmm..harap best la. takut jadi macam ayt2 cinta... huhu

Fakhrur Razi berkata said...

sume citer2 nih amik dari novel ke?
hebak2 @@
cter yg last nih cmbest jer ;P

::fatihahanapi:: said...

black_rose92: teha x bca novel ayat2 cinta.hu3..tp cceritanye bez je..


fakhrul: yup le...bese la laki x suke bce novel kan?kalo x mesti taw sume2 cerita tu..he3

Anonymous said...

Suka tengok kau laksana bulan dan dari mata arissa. BEST walaupun kurang publisiti

Related Posts with Thumbnails