//

Friday, November 12, 2010

HALLOWEEN meriah, RAYA HAJI hambar

ni orang kita....perayaan agama lain sibuk nak sambut, sibuk nak post kat facebook selamat hari halloween la apa la. orang kita yang belajar kat oversea bukan main hebat terkena tempias 'cultural shock'. baru je berapa bulan dok sane tup tup bukak belog mereka buat ucapan halloween...uih siap bergambar gambar agi dengan labu labu yang mereka lukis..muka bukan main happy...

ok aku tak panggil pumpkin ke apa..labu mak aku beli buat pengat labu lagi sedap, ni beli labu korek isi lukis pe ke jaddah.. tolong la peka! jangan jadi cam artis kita yang jahil agama. itu kat malaysia artis sambut halloween..korang p oversea kebanyakan pelajar cemerlang yang terpilih..cukup pelajaran agama dan akhlak..be sensitive la benda benda begini..tak perlu nak sambut perayaan mengarut tu...mak bapak kat rumah harapkan benda baik je..so, jangan la buat mereka sedih..

aku bukan nak bertazkirah tapi aku rasa aku perlu bagitaw kepada sesapa yang tak taw..hukum tetap hukum..kita sebagai orang islam tak boleh nak cakap sambut suka-suka..



hukum ucap perayaan agama lain

tinggal beberapa hari lagi umat islam nak sambut hari raya aidiladha. ini perayaan terbesar bagi umat islam selain hari raya aidilfitri. kita ada sambutan ibadat korban sehingga 13 zulhijjah. marilah kita sama - sama menyambut ketibaannya dengan penuh kesyukuran dengan melakukan solat sunat di pagi raya. jangan kata ini raya biasa biasa, "boring".

sambutan aidiladha sepatutnya diutamakan kerana disertai dengan ibadat korban. takbir rayanya berlangsung 4 hari berbanding aidilfitri. sambutannya SEHARI dan takbirnya dilakukan apabila masuk waktu maghrib akhir ramdhan sehingga solat sunat hari raya pada keesokan paginya. tapi yang aku tengok orang kita lebih kepada aidilfitri. banyak berlaku pembaziran dari menghayati raya itu sendiri. apa - apa pun kedua dua perayaan terbesar dalam agama islam ni kita perlu sambut dengan penuh keikhlasan dan penghayatan bukan hiburan semata-mata.

kepada semua yang beragama islam,

selamat hari raya kurban awak! ^_^



sila like banyak2! www.tips-fb.com

1 comment :

Ainismaira said...

Kalau kat KElantan mmg meriah Aidiladha ni.. :) btol la.. kan.. dah nak raya pun, tp org kite ramai sbok ngan halloween,, tah ape bestnya jadi antu tu.. :p

Related Posts with Thumbnails