//

Thursday, June 21, 2012

untungla !

untungla habis exam sampai minggu depan semua dah chow. dapat puasa kat rumah plak tu

orang yang takdek final exam macam aku ni kerja berlambak. kena extend untuk dapatkan kulit hijau. puasa kat sini la gamaknya

ade 3 repot perlu disiapkan (tesis, komuniti, rekabentuk kafe) untuk present pada hari yang sama plak tu

ha bebel bebel 

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Monday, June 11, 2012

auratku tanggungjawabku!


aku memang bertudung. tetapi kenapa hatiku masih tidak tenang?

alhamdulillah aku sudah selesai meng-delete gambar2 yg mengepose aku yang tidak menutup aurat dengan sempurna. proses meng-delete mengambil masa disebabkan post yg makin banyak ratusan entry. perlu dilihat satu persatu. keje leceh tapi kepuasan akan dirasai apabila usai.

kaki tidak berstokin, berlengan panjang tapi hakikatnya tarik keatas bak lengan 3 suku dan tudung saiz bidang biasa tapi ditarik2 belakang supaya singkat dan menampakkan dada! masyaAllah aku dulu!

aku ada berkira2 untuk meng-delete blog, ttp sungguh tidak sanggup memandangkan blog ini hasil usaha aku. ku pikir dalam2. kenapa mahu delete jika kita mampu menulis sesuatu yang tidak membawa kepada kemudaratan dan masih berlandaskan dijalan yg betul?

dulu, aku merasakan bahawa diriku yg terbaik, pilihanku terbaik. tetapi hakikatnya orang lain jauh lebih baik dan begitu istiqamah & sentiasa berijtihad. persoalannya, mampukah aku mengejar agar seiring dengan mereka?

aku hanya kasihan abahku. bagaimanakah beliau mampu menjawab dihadapan Tuhan kelak jika ditanya mengapa kau tidak menyuruh anak perempuanmu menutup aurat dengan sempurna? 

kerana aku milik abah! dosaku abahku pikul! 

syukur ya Allah hanya kami berdua adikberadik perempuan dan ummi milik abah. aku sedih bila si ayah mempunyai 10 orang anak perempuan dan kesemuanya tidak menutup aurat. kesian si ayah menanggung dosa - dosa anak perempuannya. tidakkah kau kasihan dengan ayahmu yang tercinta?

orang sanggup berhijrah (bertudung) selepas berkahwin kerana niat mereka ingin mentaati suami dan menjadi isteri solehah. (ya itu sungguh mulia) tapi bapamu sebelum kamu berkahwin, dialah menggalas dosamu yg mana impianmu hanya dimulut ingin menjadi anak solehah ttpi dosa tidak menutup aurat kau sedekahkan buat ayahmu.

aku sungguh bangga dengan diana amir. jadikan dia sbg pembakar semangatmu wahai gadis2 dan aku juga untuk dijadikan teladan. 
wassalam


jika masih ada gambar yang tidak sepatutnya diletak sila bagitaw sy ye. sy mohon.  :)
sila like banyak2! www.tips-fb.com

cinta itu fitrah!


cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah.

namun, apabila ia disusuli tindak - tanduk yang tidak Allah redai, ia akan bertukar menjadi fitnah

Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan

justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan?

bimbang ia jadi tawar dan hambar

hilang barakah, hilanglah kemanisan!

-Fatimah Syarha Mohd Noordin-

"sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid"

(riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)




sungguh indah perjalanan hidupmu FS, 
semakin kuselami, 
semakin kujatuh cinta dengan prinsipmu yang utuh! 
sila like banyak2! www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails