hai hai.. aku nak update lagi. update laju2 sebab sebab pertamanya hari dah jauh malam, mata pon dah ngantuk, keduanya sebab pagi2 besok dah nak bertolak ke kuantan, menjenguk uncle yang baru lepas operate dan yang ketiganya sebab tak reti nak menulis la. tak tau nak menulis camane dah, makin hari makin worst. sebab tu blog aku dah suam2 kuku tunggu nak down je terus. entry pon jarang berupdate. ok aku mengaku memang aku tak reti nak menulis pon, tapi hati ni masih rasa nak berblog. kalau tulis laju2 at least dalam pale hotak aku ni dapat dicurah2 kan dengan cepat.. T__T
ok ni last entry aku nak habak lagumana life aku kat cameron. bukan hevok sangat pon. aku je yang beriya2 buat jadi grand walhal sedikit pon tidak sebab percutian aku ni bersebab. kira 3 in 1 la. beruntung sangat2. sebab pertamanya boleh bercuti free, kedua berkursus disamping menimba ilmu dan yang ketiga dapat ganti short sem aku dari sebulan lebih hanya dengan 1 minggu. hang habak mai beruntung tak cek ? hah ? kan kan.. kawan2 aku yang tak join terpaksa la pulang balik ke kl untuk buat short sem. takpa2 kawan2..kirim salam kat kl aku dah nak balik kelate dah..hehehe..
ni la tempat aku mandi, tidur, makan & etc
jalan2 sambil mencari pengusaha berjaya cameron. menginterview info2 untuk dimasukkan dalam lampiran RP.
ekceli aku join ukm punye program. depa buat kursus keusahawan siswa untuk student ukm. adela dalam 100++ student ukmkl + ukm bangi. semua student kor suksis dak bangi. dak ukmkl plak dalam 5 orang je senior yang join iaitu lain tak bukan aku and the fren. lain2 sume dak first yer. tak rugi langsung join program cam ni sebab banyak la kami didedahkan tentang dunia perniagaan. margin la, saham la, strategi pemasaran la. untung rugi sume kami dah dapat ilmunya. tapi sedikit lambat la nak masuk pale hotak sebab dari pelajar sains tegar nak ke belajar pasal bisnes.hehehe.
hari last pergi dengar ceramah. kena marah. watdehe kena marah free dengan ketua skuad suksis ?? walhal kawan aka geng sendiri selamba badak je dok belakang tak marah pon. kami ni bukan anak buah depa pon.. tak puah hati bennnnno ! tak faham ea ? ok takpe.. -_-
grup aku, kami plan nak bukak bisnes elite ladies boutique. wow ! bunyi macam grand kan kan ? vouge kan ! yaaa... presentation kami alhamdulillah panel suka. hehe..lepas siap repot RP (rancangan perniagaan) pasni mane tahu rezeki kami kan, repot kami diterima.hehehe.. lumayan lumayan lu !
malam last. dapat hamper besar. heh3. hasil buat iklan elite ladies boutique. ni la geng2 elite. pemegang saham merangkap ahli lembaga bisnes kami. cayelah !
biasa la malam last. balik kol 2 3 pagi pon takpe asal dapat lepak kedai mamak borak2 kosong 2, 3 bakul. jalan2 dalam kedinginan malam bertemankan unggas..owhh ! sssoo swweet !
bersama dengan pengurus budak2 suksis. ni before nak naik bas nak balik dah.. ieka si tudung pink tu suka lettttu dapat berkepit dengan dengan.....ehem2..
ok banyak lagi nak cerita. mata wa dah ngantuk der ! setakat ni la ye.. nantikan tak bangun aku esok. haru haru.. till then, bubbbye..
mungkin ni last entry. kalo ade entry baru pas ni alhamdulillah aku masih seorang blogger, kalo takde maknenye aku bercuti tanpa gaji la..tunggu dan lihat je la ea. k k ill stop now. peace !
sila like banyak2!