//

Thursday, November 24, 2011

Baru Kini Aku Tahu Asal Usul Keturunan Nenek Moyang Aku. YES aku bangga!




baru siap buat kerja sekolah matematik. oh tidak zaman matematik aku sudah lama tercampak di gunung tahan. sekarang kerja sekolah aku buat repot. ok dah siap. kepala sikit ringan.

fokus kepada tajuk utama kita, keturunan/heredity. siapa kita?dari mana kita?pentingkan kena tahu.sebab aku baru tahu setelah 21 tahun hidup dibumi nyata. sedihkan?asal usul tak tahu kemana. keturunan nenek moyang melambangkan siapa kita, family kita. dan aku punye cerita menarik mengenai asal usul aku. dan aku mahu share. memang menarik.

masa bercuti hari raya haji hari tu, aku borak2 dengan abah aku. bermulanya dengan topik,

nape dalam rumah kita semua kuning? cat kuning, langsir kuning? aku tak faham kenapa kuning menjadi penting sangat. walhal aku sedikit pon tak tertarik melainkan angry bird kuning, itu cute!

abah aku dengan tenang menjawab,

kita tak boleh meminggirkan keturunan kita. walaupun nenek moyang kita dah takde tapi kita kena pelihara/ambil tahu asal usul kita.

aku memang 0 idea kat dalam kepala. aku tanya lagi,

kita keturunan raja kelantan/siam ke?

bermula la abah aku bercerita.

moyang abah dulu seorang pembesar istana dalam pemerintahan raja pattani. kurun ke berapa? tak tahu plak aku. pada waktu tu, pattani sedang berperang-perang. mungkin boleh dikaitkan dengan sejarah tamadun yang belajar dulu, tapi seriesly tak ingat, tapi sejarah spm dapat A plak.k fine short term memory. ok moyang abah ni memang berasal dari timur tengah, seingat aku dari negara iran. bila pattani berperang, moyang abah melarikan diri ke kelantan. disebabkan moyang abah ni berketurunan iran, memang namanya syed sheikh hazaren (hazaren tak pasti, lupa). bila emelarikan diri ke kelantan, moyang aku menyembunyikan identiti sebenar. takut diburu musuh yang berperang dengan kerajaan pattani. bila beliau berkahwin dengan orang kelantan maka moyang aku dilahirkan dengan nama Abdul wahab.. bermula la hidup baru macam orang biasa, tak ada nama syed sheikh lagi. sehinggalah turun temurun hingga kini. sampai hari ni aku masih ingat wajah arwah moyang aku Abdul Wahab tu. sebab masa tu aku baru berumur 6 tahun :) gud memory plak.

abah cakap, tak mustahillah abah pon ada syed sheikh jugak kat depan namanya. hingga bila aku berkahwin kelak, ketrunan anak aku akan jadi separuh dah. maksudnya dah nak hilang keturunan sebenar aku. tapi memang betul abah aku berhidung besar ala2 orang arab. aku je tak. kakak aku pon hidung besar jugak. huhu.

setelah tahu semua tu, tetiba aku rasa bangga dengan keturunan aku. sebab keturunan aku berasal dari golongan bangsawan istana. ya aku bangga!

how bout you people? :)



sila like banyak2! www.tips-fb.com

Monday, November 21, 2011

wordless monday : can u feel myheartbeat : dup dap dup dap




"PAK" "PAK" " kepong" " kepong"
kompang dipalu....


will update soon............





sila like banyak2! www.tips-fb.com

Wednesday, November 16, 2011

warkah rindu buat kekasihku, ammar!

salam ammar sayang,

tengah buat ape? dengan khbar da boleh meniarap..hehee..ke tengah stat enjin motor (nangis merengek2)..hahaa..wateve la asal ammar suka hati... ciksue harap sngat ammar balik minggu depan.sebab sebab cik su balik rumah.sampai ati beraya haji dekat sabah hari tu..tak raya ngan kita..sob sob sedih tau tau..kalau ammar rindu atuk ammar tu ammar balik..sian kat beliau asyik teringat ammar je.

dah la masa hantar dekat airport hari tu tak kesampaian nak peluk cium. ammar naik flight cepat sangat. walhal kitorang sampai banyak masa agi before belepas. papa ammar cakap musim raya dorang paksa masuk awal. ni sume salah atuk ammar yang beriya nak singgah beraya dekat umah makngah. pastu papa ammar salah impom masa. sedih tak terkata. ciksue nak kuar air mata kat airpot tapi malu sebab ramai orang. bila odwy dalam kereta sume senyap..speechless..lebih2 tokbah..nampak airmuka sedih sangat. sume sedih ammar tau tak??

masa ammar nangis tak berenti hampir sejam tu sume risau. yela malam raya. setan2 sume dah merdeka. mula nak ganggu cucu cicit adam. ciksue nak nangis tengok ammar nangis tak benti. naseb baik ade tokbah ngan ayahngah baca ayat2 doa. pastu ammar benti nangis dan tertido. tapi yang lawaknya ammar, ko beraya dipagi raya dengan mata yang bengkak..haha adan uke!


baju feveret ciksue. . sebab ammar nampak shekshi la..

ammar suka tido tangan keatas, mata pejam ni..


ammar ni baru 3 bulan dah layan cerita movie. Fullamak cucu sape la ni...aku ingat lagi aku layan cerita IRIS, drama korea paling mahal 2009. sebabkan ammar ni dah boring asyik baring je, dio pon mula stat enjin motor. nak tak nak terpaksa la riba dia sambil tengok cite IRIS kat lappy. aleh2 senyap dan kusyuk gile tengok cite tu. korng tau la kan cite tu genre perang2, pistol bagai. dengan muncung dia buat memang feel gile kot. nak dekat sejam mula stat enjin motor lagi..dah letih lettu duduk..so bagi dia susu..

suke kuar lidah dia yang ketod tu..heheee

oh ammar dewiku sangat la cumel!

yang pasti ciksue, tokmi, tokbah, makteh ngan ayahngah rindu ammar! cepat balik! nak dukung,nak peluk n nak cium puas2..hehee..nanti la ko ammar..

bye..
sila like banyak2! www.tips-fb.com

Friday, November 11, 2011

opinion, kenapa raya qurban belah kelantan lagi meriah


hai hello assalamualaikum selamat ari raya wowowoo..annoying sungguh intro!
hari ni dah bape haribulan ye?perasan tak 11.11.11, wuhu sangat cantik. menjadi rebutan teruna dara nak bersanding di pelamin indah. bulan islam tahu ke bape haribulan? dah 15 zulhijjah ok adik kakak. dah habis ibadat korban 10,11,12,13 zulhijjah.

menarik perhatian saya kat sini nak bercerita atau lebih nak berkongsi dari segi pengalamanlah bila tiba musim raya qurban@ haji@ aidiladha. mana mana satu lah. asyik asyik kawan bercerita belah kelate meriah bila raya haji, betul tak teha? aku senyum. pastu terbaca dekat belog orang, mengikut kata merekalah kan belah pantai timur ni merujuk kelantan la kot, lain dari negeri yang lain sambut raya qurban, emm aku senyum jugak.

so, apa yang dikatakan lain?apa yang dimaksudkan meriah?jom saya huraikan.hihihihooo..
biasanya belah kelantan ni bila tiba je raya haji biskut raya, kuih muih bukan satu kemestian lah untuk dihidang. biasanya pagi raya adalah orang buat nasi impit dan yang berkaitan untuk dijamu pada 'pagi' raya sahaja ok. menurut kata mereka, orang belah luar ni @ negeri lain siap je sembelih bagi bagi pastu dahlah, aku aku kau kau masak kat rumah dan baju raya pon pakai masa sembahyang raya, betol tak? sori if salah info...hihihi (gelak takut)

tapi belah kelantan rasa tak macam tu. 2nd day raya pon boleh tengok ramai jejaka masih berpakaian melayu, baju rayalah kita kira naik motor ke kereta, boleh dikatakan ada. nampak suasana raya. memang meriah. kebiasaannya 2nd day raya akan ada baaaanyak sangat undangan makan atau kenduri kat rumah orang. boleh la dalam 3,4 jemputan. family aku la. kenduri tu biasanya orang buat kenduri kawin dan akikah, ambil berkat hari raya. buat makan2 biasa pon ramai kalau tuan rumah tu kurban lembu, ajak sanak saudara jiran2 p makan.

perut kenyang, suka hati..
emm memang suka hati naik rumah orang tangkap gambar kat pelamin..


kami, sefamily hari raya ke2 ke3 mula kehulu kehilir pergi rumah sanak saudara, makan nasi. hmm jimat 2,3 hari beras kat rumah kan.. hahaha haruslah.. sebab orang kelantan ni bila dorang buat kurban je mesti dorang jemput makan. jarang la kalau semua bahagian diagih2kan. mesti ada yang baki buat makan2.

menu hari raya tersangatlah simple tapi seeeeedap! biasanya orang sini akan masak sup tulang/daging dan daging goreng biasa. itu je lauk utama. lauk2 lain ada sambal, ulam/ acar timun dan kekadang orang buat sup perut. betul tak?so, dapat menjimatkan masa tuan rumah untuk masak. dalam pukul 12 lebih dah boleh dijamu pada hari pertama.





ihsan : google

so point yang aku nak cakap kat sini, kami mengamalkan ziarah menziarahi sanak saudara rakan taulan. even kat rumah orang ni baru je makan daging pastu ada lagi jemputan kat rumah orang lain, kami stil makan walau sedikit untuk ambil berkat keikhlasan tuan rumah. sebab apa?dah menjadi kewajipan bila orang jemput kita datang. betul tak? so itulah dikatakan meriah.

negeri lain aku tak berapa tau sangat. yang obvious aku nampak time raya puasa. belah luar memang meriah, sebab depa raya sebulan.sebulan lah balang biskut sentiasa penuh. tapi lain dengan orang kelantan depa tak raya sebulan..seminggu macam tu je. betul tak?based on family aku dan waris2 sume la..hihihi..

apa2 pon sume raya meriah. aku lagi la. zaman remaja dulu raya haji pon dapat duit raya.hehee..
sila like banyak2! www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails