//

Sunday, March 27, 2011

resepi nasi maqluba (from jordan)

ok eksaited punye pashal dapat emel dari kawan aku yang dia dah hantar resepi nasi maqluba. nasi maqluba ni dia buat sendiri tau masa food festival ari tu. dia jual dalam rm3.50 je. kat mane2 misti korang takkan dapat dengan harga tu. mau 5 - 7 ringgit kalo kedai arab kat luar. dan ini resepi family dia. bapaknya orang jordan (hidung tinggi+mancung tuu).

ok aku nak citer somting yang menarik. mase dalam monorel ke titiwangsa tadi, pes time dalam idup aku, aku tengok nyah bangsa india yuu.. comel la kot kalo tanye depa. pakai sari merah ! fuhh hott ! yang aku tau dia nyah tu sebab tetibe enset dia bunyi. pergghh terserlah kejantanan suara kelingnye tu. pastu lepas jawab kol tu dia menguap plak.. alamak sangat tak sopan nyah ni.. tadi kemaing ayu. sekarang nganga bapak luas. hehee. and 1 more thing yang aku kembang kuncup sampai skang aku dok betol2 bertentangan ngan sorang mat saleh ni. encem ! duduk je la.. kalih jap2 je tengok dia. punye la masam. aku pon masam. sorang2 nak senyum kat sape kan.. pastu tiba kat dia nak turun, aku tertengok la mat saleh tu. and dia cam nak senyum kat aku tapi aku buat masam je. aku ape agi aku senyum lebar r. tak baik kan orang senyum ikhlas kita tak balas.. (emm sapa la ajar ni kan) mat saleh tu senyum kat aku weh..eheheh.. senyum lebar lak tu.. makin encem ! misti dia cakap dalam ati manis2 anak dara melayu ni kan.. ok enough da melalut da tu. k last but not least aku ade tinggalkan resepi ni sesape nak cube. rasanye memang sedap dengan wanginye rempah ratus.. terbaik r rahmah !! sebab dia 1 grup ngan aku terpaksa la aku buat sorang2 nasi kerabu. dia plak dok sibuk ngan nasi maqluba..huhu...sabo jele...



Nasi maqluba dari Jordan

BAHAN-BAHAN

NASI

10 cwn beras

30 ketul ayam peha

3 biji terung bulat

1 biji cauliflower

6 biji kentang

4 sudu kecil rempah kurma

6 sudu kecil jintan putih

4 sudu kecil jintan manis

2 sudu kecil serbuk lada hitam

3 sudu kecil garam halus

1 sudu kecil serbuk kunyit

6 biji bawang besar (dimayang)

4 biji bawang putih (dikisar)

¼ halia (dimayang)

Sekuntum bunga lawang

2 biji cengkih

3 biji ketumbar

Minyak untuk menggoreng

SALAD

3 batang timun

6 biji tomato (kecil)

Daun ketumbar

2 biji lemon

Garam

SAMBAL SALSA

5 biji Tomato

1 batang Lada hijau dan merah

2 biji cili padi

3 ulas Bawang putih

Garam dan gula

Sedikit air

CARA MEMBUAT

1. Basuh beras dan rendamkan seketika selama 10-15 minit. Kemudian toskan.

2. Goreng kentang dan terung.

3. Tumis bawang besar,bawang putih,bunga lawang,ketumbar dan cengkih sehingga naik bau.Masukkan ayam dan rempah-ratus.Gaulkan sehingga sebati.

4. Masukkan 22 cawan air (anggaran mengikut beras) ke dalam ayam tadi dan biarkan mendidih.

5. Setelah itu,asingkan air rebusan ayam ke dalam bekas yang lain.Tinggalkan ayam di dalam periuk tadi.Lapiskan terung dan kentang di atas ayam.kemudian masukkan beras.

6. Seterusnya masukkan air rebusan ayam tadi untuk memasak nasi.Masak nasi diatas api yang besar untuk beberapa minit.Setelah nasi kering,perlahankan api.Tunggu sehingga nasi betul-betul kering.

7. Setelah nasi masak,terbalikkan periuk diatas dulang.Sedia dihidang bersama sos salsa,salad dan yogurt(jika suka).

sila like banyak2! www.tips-fb.com

5 comments :

@fitridzulkifli said...

wahhh. nampak best je. share le skt sini. haha

::melur:: said...

dah share cube la. kite pon nak try blek umah nanti..

::melur:: said...
This comment has been removed by the author.
Emiliana Anuyai said...

macam besttt je. mahu try laa. :)

::melur:: said...

try la.... :)

Related Posts with Thumbnails