//

Friday, November 11, 2011

opinion, kenapa raya qurban belah kelantan lagi meriah


hai hello assalamualaikum selamat ari raya wowowoo..annoying sungguh intro!
hari ni dah bape haribulan ye?perasan tak 11.11.11, wuhu sangat cantik. menjadi rebutan teruna dara nak bersanding di pelamin indah. bulan islam tahu ke bape haribulan? dah 15 zulhijjah ok adik kakak. dah habis ibadat korban 10,11,12,13 zulhijjah.

menarik perhatian saya kat sini nak bercerita atau lebih nak berkongsi dari segi pengalamanlah bila tiba musim raya qurban@ haji@ aidiladha. mana mana satu lah. asyik asyik kawan bercerita belah kelate meriah bila raya haji, betul tak teha? aku senyum. pastu terbaca dekat belog orang, mengikut kata merekalah kan belah pantai timur ni merujuk kelantan la kot, lain dari negeri yang lain sambut raya qurban, emm aku senyum jugak.

so, apa yang dikatakan lain?apa yang dimaksudkan meriah?jom saya huraikan.hihihihooo..
biasanya belah kelantan ni bila tiba je raya haji biskut raya, kuih muih bukan satu kemestian lah untuk dihidang. biasanya pagi raya adalah orang buat nasi impit dan yang berkaitan untuk dijamu pada 'pagi' raya sahaja ok. menurut kata mereka, orang belah luar ni @ negeri lain siap je sembelih bagi bagi pastu dahlah, aku aku kau kau masak kat rumah dan baju raya pon pakai masa sembahyang raya, betol tak? sori if salah info...hihihi (gelak takut)

tapi belah kelantan rasa tak macam tu. 2nd day raya pon boleh tengok ramai jejaka masih berpakaian melayu, baju rayalah kita kira naik motor ke kereta, boleh dikatakan ada. nampak suasana raya. memang meriah. kebiasaannya 2nd day raya akan ada baaaanyak sangat undangan makan atau kenduri kat rumah orang. boleh la dalam 3,4 jemputan. family aku la. kenduri tu biasanya orang buat kenduri kawin dan akikah, ambil berkat hari raya. buat makan2 biasa pon ramai kalau tuan rumah tu kurban lembu, ajak sanak saudara jiran2 p makan.

perut kenyang, suka hati..
emm memang suka hati naik rumah orang tangkap gambar kat pelamin..


kami, sefamily hari raya ke2 ke3 mula kehulu kehilir pergi rumah sanak saudara, makan nasi. hmm jimat 2,3 hari beras kat rumah kan.. hahaha haruslah.. sebab orang kelantan ni bila dorang buat kurban je mesti dorang jemput makan. jarang la kalau semua bahagian diagih2kan. mesti ada yang baki buat makan2.

menu hari raya tersangatlah simple tapi seeeeedap! biasanya orang sini akan masak sup tulang/daging dan daging goreng biasa. itu je lauk utama. lauk2 lain ada sambal, ulam/ acar timun dan kekadang orang buat sup perut. betul tak?so, dapat menjimatkan masa tuan rumah untuk masak. dalam pukul 12 lebih dah boleh dijamu pada hari pertama.





ihsan : google

so point yang aku nak cakap kat sini, kami mengamalkan ziarah menziarahi sanak saudara rakan taulan. even kat rumah orang ni baru je makan daging pastu ada lagi jemputan kat rumah orang lain, kami stil makan walau sedikit untuk ambil berkat keikhlasan tuan rumah. sebab apa?dah menjadi kewajipan bila orang jemput kita datang. betul tak? so itulah dikatakan meriah.

negeri lain aku tak berapa tau sangat. yang obvious aku nampak time raya puasa. belah luar memang meriah, sebab depa raya sebulan.sebulan lah balang biskut sentiasa penuh. tapi lain dengan orang kelantan depa tak raya sebulan..seminggu macam tu je. betul tak?based on family aku dan waris2 sume la..hihihi..

apa2 pon sume raya meriah. aku lagi la. zaman remaja dulu raya haji pon dapat duit raya.hehee..
sila like banyak2! www.tips-fb.com

2 comments :

shazmir said...

heheh..sya kat N.S un meriah gak...

manis...

::melur:: said...

wah...orang nagori pon meriah..gud2..

Related Posts with Thumbnails