//

Wednesday, April 25, 2012

JANGAN MENYUSAHKAN HIDUP SENDIRI SEMATA - MATA KERANA FESYEN !



Assalamualaikum pipel!


banyak sangat nak cerita tapi sudah lupa, entry ni ditulis pon sebab sudah lama entry baru tidak dipublish dalam blog fatihahanapi. tapi apepon alasannya, entry ini ditulis dengan penuh keikhlasan ok! seperti kata nabi Muhammad SAW, berdakwahlah kamu walaupon 1 ayat. 

semua manusia suka akan keindahan. suka perkara yang cantik - cantik. maka, sebab itulah manusia lebih rela berhias cantik - cantik demi mendapatkan keredhaan manusia lebih dari keredhaan dari Allah SWT. sedar atau tidak itulah hakikatnya. betul tak? keredhaan manusia tu contohnya, ingin mendapatkan pujian dari teman - teman, si perempuan mahu dilihat cantik oleh si lelaki2 yang memandangnya walaupon terpaksa menyusahkan diri sendiri.

menyusahkan diri sendiri dari sudut apakah ?


shawl ombak rindu. (tak baik ye adik kakak sekalian buat sanggul tinggi (bonggol unta) macam gini. ada tertulis dalam hadis Nabi kesayangan kita tau!)
  • semua pon harap maklum, sekarang berbagai jenis tudung dijual dipasaran tempatan. shawl terutamanya. shawl perlu dipakai dengan melilit2 kepala beberapa kali mengikut kesukaan masing2. berbekalkan beberapa jarum peniti dan brooch, maka satu seni pemakaian shawl telah pon siap. nak siap menjadi 1 seni pemakaian shawl tu berapa masa yang diambil ye tuan puan sekalian? selagi tidak berpuas hati selagi itulah lilitan dibuka semula dan dililit semula. paling cepat pon 3 minit dan boleh jadi 30minit dan sejam. orang yang berfashion mesti marah gile dan terasa hot ggillller dengan aku masa baca entry ni.betol tak? takde lama pon.dah biasa.lagipon kejap je lilit bukan lama pon. ya betul itu jawapan kamu! tapi kamu harus ingat sedar atau tak masa tengah jalan2 shoping, kalau terjumpa je mirror tak kira la pintu kedai ke atau pon toilet ke, misti betolkan tudung supaya inginkan bentuk tudung yang dingini. tak leceh ke setiap masa kena betulkan sebab shape ombak2 dah tak comel? hihihi 
  • aku bercakap bukan seperti seorang lelaki yang tidak memahami wanita tetapi aku juga ex-fan shawl. so, aku bercakap dari my own experiences dan juga kawan2 aku. dulu aku seorang yang begitu shopaholic terhadap shawl. dulu la. sampai sekarang banyak shawl aku beli tapi masih tidak dipakai. shawl pon kadang2 dipakai dengan inner. dahla shawl jenis pashmina itu tebal bila dipakai bersama inner tudung lagila, masyaAllah rimas sebab mesia tersangatla panas dan pastinya berpeluh2. kalau yang nipis dan jarang tu sampai anak tekak nampak, terpaksa betolkan2 supaya tak kasi jarang. dan bila aku terpaksa berhenti kat surau untuk solat, nak pakai semula shawl memang melecehkan. sebab take time ye tuan puan lagipula cermin semestinya dikongsi dengan orang awam bukan boleh buat harta sendiri. kalau shawl itu singkat (tak tutup dada maknanya tu) rasa tidak selesa untuk berjalan dengan confidennya. so, buat apa kita nak cantik tapi pada masa yang sama kita rasa tak selesa panasla, kena sentiasa betulkan dan rasa nak tarik2 tudung tu kasi panjang siket.see lecehkan......
  • aku sekarang lebih suka tudung awning. ala tudung keras (ready - to wear). sebab apa aku suka? senang dipakai, cepat tidak sampai 1 minit, tidak jarang sama sekali dan tidak singkat (cover depan belakang) tapi seharusnya saiz M dan ke atas. stil boleh berfesyen tapi tidak menyusahkan diri aku. lagi senang adela. tidak perlu untuk melihat cermin selalu kerana bentuknya tidak akan berubah. kalau bujur bentuknya bujurlah sampai keesokan hari.hihih. aku ni lebih suka benda yang simple tapi menarik. bila naik monorel / LRT aku tengok sudah ramai wanita yang memakai tudung awning atau tudung2 lain selain shawl berbanding dulu yang ramai wanita tengah tergila2 kan shawl termasuk aku, huh ! see pipel.... ape itu maksud menyenangkan diri...
  • baju pulak harap maklum la tuan puan banyak sangat beraneka jenis fesyen kat pasaran. blous dari korea la cina la vintage la. sume ada. dan semestinya jika wanita yang sukakan fesyen seperti ni, dekat TS pastinya berlambak. dan awak2 semua kena tahu blouse2 macam ni tidak sesuai dipakai untuk wanita muslimah. terutamanya sleeveless. pasti owner kedai akan cakap, kamu pon bole pakai ma dengan inner baju. tkda masalah, saya boleh bagi kamu discount ma. cantik ma, rare plak ma.... bla bla bla. so, beli la akhirnya dan terpaksa kena pakai inner then bungkus la tubuh dengan inner. bagi yang tubuh gempal n banyak lemak dekat lengan cam aku ni, pastinya inner tu pakai cam bungkus nangka muda ye dak. mesia ni memang sangat panas cuacanya memang basah la ketiak hangpa sume.KAHKAH

  • sampai sekarang aku tak paham dengan pengantin2 muslimah ni. perlu ke pakai tudung dan dimasukkan kedalam baju pengantin?? supaya nampak manik2 berjuntai lip lap ke kat bahgian dada?? aku ase sangat la pelik. asal kawen je pakai camtu..kenapa masa kuar ngan boypren tak pakai macam tu jugak?emmm..stil tak paham...nak buat tontonan bagi semua tetamu yang bertandang ke rumah ke?hmm...
like this??

or 

aku suka yang ni.manis dan sopan.dan sangat menyampah yang diatas. stil cantik ape. lagipula kita nak dapatkan keredhaan Allah bukan manusia.ingat tak? keredhaan manusia pon bole tapi depan suami udahla..


ingat keredhaan manusia sangat la senang untuk kita dapat. pakai la cantik secantiknyapon orang pasti puji. terutama pujian dari lelaki. tapi yang tidak cantik, pakai selekeh pasti orang pandang jelek. tapi keredhaaan Allah sangatlah susah untuk kita dapat melainkan peraturan yang telah ditetapkan-Nya. tapi biasalah manusia (termasuk aku juga) sentiasa khilaf dalam menurut perintahNya. contohnya mudah saja. peraturan & undang2 yang telah ditetapkan oleh kerajaan pon orang tak leh nak ikut. sebabtu wujudnya anggota polis, rompak, rogol, liwat, bunuh dsb. apatah lagi perintah Allah dan kita tak nampak isi api neraka yang begitu dahsyat sekali.wallahua'lam.

terngiang2 kat telinga masa SYAM KAMIKAZE datang bagi ceramah kat kolej aku, menyentuh bab2 dalam mencari keredhaan Allah. bagaimana dia dulu dari seorang shopaholic terhadap kasut dan fesyen tapi datang hanya memakai kopiah, jubah dan sepatunya. setiap bicaranya juga bagai seorang ustaz yang telah belajar bertahun2 lamanya namun kita semua maklum beliau masih baru dalam mendalami ilmu Allah. see bagaimana Allah bagi rahmat dan hidayahNya kepada hamba yang disayangiNya...

sangat best dengat petikan gitar dari lagu KCB.


k la, berjela panjang entri ni. ingat ye kawan2 sume jadilah kita sebagai contoh tauladan yang baik terhadap generasi akan datang iaitu kepada cahaya mata kite sendiri. bagaiman kita, begitulah ikutan kepada anak2. semoga apa yang kita lakukan setiap hari mendapat reda dari Nya. amin. 




sila like banyak2! www.tips-fb.com

1 comment :

Tinsyaz said...

salam. sangat setuju. tinsyaz prefer semua tudung, bawal, pashmina and shawl. cuma yang shawl tu, pakai ja yang tutorial satu jarum. xambek masa lama mana pun, paling kejap 3 minit. apapun, asalkan tudung aurat dengan handsocks and stoking. :)

Related Posts with Thumbnails