//

Sunday, September 19, 2010

alkisah kau laksana bulan & cerita2 adaptasi dari novel alaf 21

salam syawal buat pembaca blog fatihahanapi. dah lama rasa tak update blog. maklumla baru balik dari kampung beraya dengan sanak saudara dan keluarga. tak sempat nak beraya dengan kawan-kawan lama kerana sibuk membuat persiapan kawen abang sulungku.di sini maaf sekali lagi buat kawan - kawan yang bersusah payah mengadakan reunion raya warga farisian tapi aku tak dapat nak hadir.maaf ye.

cerita kau laksana bulan

alkisah nye.sangat la segan nak berkongsi di sini kerana cerita kau laksana bulan yang bersiaran di RTM tv2 pada mei lalu baru je aku tengok masa beraya kat rumah. punye la lama cerita ni da habis tapi baru je tengok.sibuk kerana kelas dan exam aku abaikan keseronokkan menonoton tv. terima kasih buat kakakku kerana bagi aku tengok dalam laptop dia.hehehe.nasib baik kawannye download cerita ni.dapat aku tengok sampai habis. kalau tengok kat tv mesti tak puas di sebabkan iklan yang berjela-jela panjang dan lama, dan bersanbung-sambung tu. sangat leceh!

menurut aku cerita ni sangat menarik. buktinya aku tersengih-sengih bila part romantisa.dan berderaian air mataku bila si suami, firas buat dek je masa ana mohon maaf kat rumah firas. aku bagi 4 bintang. nasib baik aku da baca habis novelnya masa aku di alam persekolahan. masih ingat jalan ceritanya.toink2! tak dapat nak bagi 5 bintang kerana ada la sikit kureng cerita ni. kalau nak tahu ceritanya agak boring. tapi novelnye memang bez giler. kalau tak percaya korang perasan tak banyak scene sama je.yang di ulang - ulang. contohnya mak nye tak habis - habis membebel kat sofa ngan ayah dia.kan banyak scene tu. then aku tak puas hati ending cerita ni.habis camtu je. aish...


pelakon - pelakon pula giler hebat sangat. cam aku tak dapat beza realiti ke lakonan.menjadi sangat. lebih- lebih agi kat zulhuzaimy. memang salute habis.tahniah!wataknya cool cam dalam novel. dia ni la bakal pengganti rosyam nor.hero malaya. dan bukan remy ishak ye seperti yang di uar-uarkan. ayu raudah memang la ayu. bukan cam watak bertudung yang dia selalu bawa. kadang- kadang cam confuse betul ke ni raudhah?

sape-sape tak sempat tengok cerita ni boleh la download kat sini.klik di sini

cerita tak tercapai akalmu

drama ni di siarkan kat tv1. masih ingat? dah lama dah. Tak Tercapai Akalmu pernah ditayangkn di Tv1 pd penghujung 2006 dahulu bermula jam 11.00 pagi hingga jam 12.00 tghari. drama ini diadaptasi dari novel  alaf21 cinta pertama. nama hero yang unik, karl zafran yang jatuh cinta dengan nurul iman. watak nurul iman di bawa oleh lisdawati.

adi putra bawa watak karl zafran

sinopsis cerita tengok kat sini klik di sini

cerita dari mata arissa

“Dari Mata Arisa” ini merupakan sebuah drama adaptasi dari novel “Kau Sayangku” nukilan Cik Bikash Nur Idris yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd, yang ditulis semula oleh Puan Sujiah Salleh ke dalam bentuk drama bersiri. Drama "Dari Mata Arisa" mengandungi 40 episod terbitan Bright Network Sdn Bhd. watak arissa sekali lagi di bawa oleh ayu raudhah seorang gadis yang banyak melalui liku- liku hidup dan penderitaan.

sinopsis cerita klik di sini

filem ombak rindu

tak sabar bila asanye filem ni siap dan di tayangkan. aku sanggup pergi sorang - sorang kalau tak ada sape yang nak temankan aku pergi tengok kat pawagam.hahaha.tengok betapa berpengaruhnya cerita ni. aku da khatam 3 kali novek ombak rindu. memang tak jemu baca novel ni.seperti yang di hebohkan maya bawa watak izzah, lisa watak mila dan aaron aziz sebagai hariz. ramai yang kata maya tak sesuai langsung bawa watak utama,izzah. kenapa? kalau belum tengok jangan suka buat andaian sendiri. nanti da tengok kita sama-sama kritik sama ada bagus tak maya berlakon sebagai izzah.

serba sedikit info filem ombak rindu klik di sini

*lepas ni kalau baca novel bleh la imagine para plakon kita yang cun dan kacak2 ye.hehehe

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Tuesday, September 7, 2010

salam aidilfitri muslimin muslimat

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin"

alamak!da nak raye openye! baju den tak siap pasang manik agi..tak berayo la den jawabnyo..nasib tiket ado ni eh nak balek kampung..kalo tak nangis tak berlagu den..ehehehe..

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya……

*yeay esok teha nak balik rumah!sangat2 tak sabar..uih..org2 kampung..aku balek r esok..ekekeke!tunggu je kepulanganku..ccewah!sangat rindu senyuman manis org2 kelantan sane..hu3

penyimpan mohor besar raja-raja,dengan ini aku selaku wakil dan admin belog fatihahanapi.blogspot.com mengisytiharkan hari raya jatuh pada hari selepas hari terakhir bulan ramadhan.arap maklum..heeeee....

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Monday, September 6, 2010

im totally buzy!!enough!

Tuzki Bunny Emoticon
yeay! ari ni last lecture untuk midsem. so, maknanya da boley balek n stat cuti raya n cuti midsem... hurrayy..!

excited gila2 nak packing.haahaa.tapi bila teringat assignment yg bertimbun2 tak siap, terbantut niat suciku..huhuhu....FYI, ade 13 assignments k.. I wish I can finish up all the assignments before i back home..da taw da kalo cuti mesti tak buat nye..so, b4 aku lebey hanyut melalut kat sini better aku stop sekarang..jangan ganggu gua r...MYOB k!! kalo tak, tak dapat duit raya dari aku..muahahaha!

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Saturday, September 4, 2010

selamat pulang anak2 perantauan!!


p/s: balik dengan selamat,beraya dengan penuh kesyukuran dan nak duit raya dengan penuh muka 2posen!

hohohhohhooo balik kampung!!


sila like banyak2! www.tips-fb.com

jasadku d sini tapi jiwaku d rumah!!

http://zaazu.com
waaaa..!esok de klas..hari isnin pon ade klas..pe cer??orang nak balik raya agak2 r..tengok kawan2 aku sume da blah da ari ni n esok..panas giler hati der...sape nak tolong chill kan..jawab2..huh!
sila like banyak2! www.tips-fb.com

shopping raya was accomplished!!!

hari ni officially dah abis exam!!alhamdulillah..i want to refresh my mind..he3..get some peaces..juz let da horrific moments gone!!.

abis exam:10.30am
start perangai gila2:10.30.59am

kitorang da plan maw shoping raya memandangkan persiapan raya untuk diri,suami dan anak2 (ngeh3) belum lagi selesai..sibuk ngan exam..destinasi pilihan ofcoz jalan TAR! macam - macam ada.mata pon da jadi blurr..situ cantik sini cantik..ahhh!!harganya OMG!!jalan-jalan lagi..boleh dikatakan sangat penat.asyik jalan..orang punye la ramai.dalam panas terik lak tu..air cendol kat tepi jalan tu memang telan air liur r sangat2 dehidrated!!kaki takley cakap r sakit..tu r sape suh pakai higheels..padan muka!hu3.
macam2 kedai kitorang terjah..sonok main terjah..dari maju junction ke gerai2..dari gerai masuk kedai balik..pastu masuk gerai balek..sesat tak jumpa jalan turn balik..hahaha..last2 sekali masuk first lady..aku tibai 1 pasang..muahahaa..
yeay akhirnya baju raya yg ke bape ntah dah bli..mission seterusnya maw cari tudung r..kriteria mesti match ngan kain kan...adoiyaa...seb baik iman masih kuat dalam cuaca panas dan segrombolan manusia yg ramai..kawan2 aku bli shawls..auww..ayu ye korang..aku?biarla rahsia..heee...hasil pemborongan..weeee~

dah nak petang masuk SOGO..singgah kat surau je k..membuta la jap kan..penat sangat2..bila da petang alamak nak bukak puase kat ne weh??..aigooo2..misteri tol tempat makan yg bertuah tu kan..las sekali dapat kata sepakat dengan 9 org kawan2 nak makan buffet kat restoran yg pemes ngan bekpes 1 hinggit tu..haa..pandai pon restoran ukhuwah la..memang mengeratkan ukhuwah la kan..bak kata niza pemes la sangat..aku jawab: sangat la pemes..korang lak jawab:la..pemes sangat..alololo..pandainya..*clap2..hahaha..lauk-pauknya bley le tahan..sedap..matlamat utama makan sampai kenyang tanpa bukit kat pinggan..hahaaa..last sekali masuk maju junction untuk solat maghrib..lepak2 kat sogo jap n balek...



...makan..makan..makan....




sila like banyak2! www.tips-fb.com

Wednesday, September 1, 2010

oh..aku tidak lupa! merdeka di hatiku.....

www.khkopi.com Pictures, Images and Photos
salam 1 malaysia
salam ramadhan
salam perpaduan


aku tak pernah lupa. aku tak pernah buat2 atau sengaja lupa
yang kita dah merdeka selama 53 tahun
dah setengah abad kita merdeka dari penjajahan kejam
alhamdulillah.aku dapat hidup di bumi ambia dengan penuh kenikmatan dan syukur padaMu..
tapi aku mengeluh...

kenapa kita sering lupa atau buat2 tak perasan yang kita sebenarnya di jajah sekali agi..tanpa peperangan,kesengsaraan,kekejamam macam zaman jepun dulu,tapi kita berdepan pula dengan penjajahan minda yang sedang bermaharaja lela. galak menjajah minda kita dengan bangganya melalui media elektronik, cetak, music dan aktiviti tak bermoral.apa reaksi kita?menyokong dan fanatik bukan?aku sedar itu..kecewa?tapi kudrat aku tak sehebat mana untuk melawan kemungkaran tersebut seorang diri..ya Allah jauhkanlah aku dari segala tipu daya kemewahan duniawi dan tipu daya dari orang2 kafir dan syaitan laknatullah..
tak pernah terfikir? fikir2lah wahai jiwa muda-mudi sepertiku..sedar dari sekarang..sama2 kita bebaskan diri kita,masyarakat,agama dan negara tercenta!salam ramadhan...


frust tak dapat tengok live
celebrate merdeka kat tv..hu3
terlajak study nye fashal
..ekekee..

sila like banyak2! www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails