//

Tuesday, September 27, 2011

resepi nasi kerabu kelantan & ayam goreng berempah. (lupa nak bagi hari tu)

rasa - rasanye belum letak lagi kan my resepi nasi kerabu hari tu. (DEKAT LINK NI) ekceli bukan resepi saya pon sebab ini resepi mymom. dia yang ajar saya macam ni macam ni nak hasilkan nasi kerabu sesedap yang kat bawah tu. rasa bangga diri siket hehee. sebab masa jual hari tu, Dr. suhaina datang kat booth kami sambil promote kat sorang staf suruh beli nasi kerabu saya le. n guess what staf tu cakap :

"emm da beli dah. baru siap makan. saya bagi 4 stars la."


ommaigod depan2 saya dia cakap macam tu. mau kembang kempis hidung ! heee... n Dr rohee plak datang. dia cakap ape tau

"oh kat sini rupenya nasi kerabu. puas saya cari dari hujung sana. ni bape ringgit ni?saya nak 1 bungkus, nak plastik sekali..."

ok aku layan je even dia tak nak yang aku pilih. dia nak amek sediri. k fine sebab dia Dr yang comel ! lagi pulak semua staf lab diet tu awal2 dah tempah nasi kerabu untuk breakfas.hehee. Dr suhaina pon sama. 1st yang dia beli n makan pada pagi tu adalah nasi kerabu. n dia makan depan saya yang sedang sibuk bungkus nasi kerabu untuk dijual. dia komen la jgak. katenye nasi kerabu sedikit lembik. takdelah semua ok je.. nasi masak dengan sempurnalah Dr... heeee....

k la sape nak cuba boleh copyright je resepi ni. terserah kamu aja deh.....



Bahan - bahan :


bahan A

3 biji bawang merah

2 biji bawang putih

Segenggam lada kering

Secubit belacan

Halia

Ulaman –

Kubis

Bunga kantan

Timun

Kacang panjang

Daun kesum

Serai (kalau nak terserah kamu deh)


Cara – cara :

Nasi – basuh beras dan letakkan daun limau purut yang di koyak – koyakkan. Titikkan pewarna biru dan kacau hingga warna menjadi sebati. Kalau nak guna bunga nasi kerabu lagi bagus. Warna lebih biru gelap. Daun limau guna untuk wangikan lagi nasi.

Tumisan budu – semua bahan A di blend. Tumis bahan yang di blend tadi sampai masak dan naik bau. Masukkan santan. Kacau sampai mendidih. Masukkan budu, garam dan gula secukup rasa.(kalau budu masuk agak banyak tak yah letak garam dah sebab budu dah masin :)) Masukkan 3 keping asam keping.

Kelapa goreng/kerisik – kepala parut di goreng tanpa minyak sampai semua sebati bertukar kekuningan. Jangan sampai hangit, nanti tak sedap.tutup api. Tumbuk lada hitam dengan bawang merah, Masukkan garam dan gula secukur rasa. Tumbuk pula isi ikan selayang yang telah direbus(buang semua tulang dan kepala). semua bahan yang ditumbuk tadi digaul dan bercampur dengan sama rata. Panaskan balik dan goreng untuk yang telah bercampur tadi.

Ulaman – semua ulam dipotong nipis dan kecil. dan gaul kesemuanya ok.

Sambal cili – blendkan cili, belacan, garam dan gula secukup rasa dan perahan limau nipis.

Lauk – keropok digoreng dan telur masin direbus hingga masak dan hiris.

ayam goreng berempah

ayam perap dengan garam, kunyit dan rempah kari. Bahan seperti bawang merah, bawang putih,lada hitam, halia dan serai di potong kecil-kecil untuk di kisar. (kalau nak lagi sedap rasa serai lebihkan). Gaul bahan yang dikisar tadi dengan ayam. Tambahkan serbuk lada sulah dan serbuk jintan manis secukup rasa. Masukkan sos cili. Gaul semua bahan sama rata. Lagi lama perap lagi sedap. pastu goreng deepfry.

hidang bersama hirisan limau nipis..

SELAMAT MENCUBA !

sila like banyak2! www.tips-fb.com

4 comments :

Miss A said...

alamak aku tak mkn nasi kerabu la.. sayang2.. tp xpe.. ayam berempah tu nnt nk try buat. thnx utk entry ni :)

::melur:: said...

try2 la mkn..sedap wohh...he2 anw, u'r wlcme :)

Norhaizan said...

Tq for the resepi ,kak zan nak buat juadah berbuka posa..

::melur:: said...

sama2 kak zan. slamat berbuka puasa bersama famili :)

Related Posts with Thumbnails