//

Sunday, November 14, 2010

follow me on twitter!


teha baru je bukak twitter..
he3..
alamak segan...
pekate kite saling sayang menyayangi..eh eh..silap..
pekate kite kenal2 kat twitter..lagi ramai kawan lagi best..ye dak?
jum bertweet sampai pagi...

twitter cik teha

tweet...
tweet..
tweet....!
sila like banyak2! www.tips-fb.com

Saturday, November 13, 2010

.:semester break:.

esok gua balek kelantan
......home sweet home......
bye-bye KTSN!
jumpa di sem 4 nanti ye..
daa...!
sila like banyak2! www.tips-fb.com

me wearing white coat

maaf! entry ini dibuat sewaktu aku tengah meroyan



urine test... oh thanks God im free from g6pd dx













Concentration and mental toughness are the margins of victory..




sila like banyak2! www.tips-fb.com

Friday, November 12, 2010

HALLOWEEN meriah, RAYA HAJI hambar

ni orang kita....perayaan agama lain sibuk nak sambut, sibuk nak post kat facebook selamat hari halloween la apa la. orang kita yang belajar kat oversea bukan main hebat terkena tempias 'cultural shock'. baru je berapa bulan dok sane tup tup bukak belog mereka buat ucapan halloween...uih siap bergambar gambar agi dengan labu labu yang mereka lukis..muka bukan main happy...

ok aku tak panggil pumpkin ke apa..labu mak aku beli buat pengat labu lagi sedap, ni beli labu korek isi lukis pe ke jaddah.. tolong la peka! jangan jadi cam artis kita yang jahil agama. itu kat malaysia artis sambut halloween..korang p oversea kebanyakan pelajar cemerlang yang terpilih..cukup pelajaran agama dan akhlak..be sensitive la benda benda begini..tak perlu nak sambut perayaan mengarut tu...mak bapak kat rumah harapkan benda baik je..so, jangan la buat mereka sedih..

aku bukan nak bertazkirah tapi aku rasa aku perlu bagitaw kepada sesapa yang tak taw..hukum tetap hukum..kita sebagai orang islam tak boleh nak cakap sambut suka-suka..



hukum ucap perayaan agama lain

tinggal beberapa hari lagi umat islam nak sambut hari raya aidiladha. ini perayaan terbesar bagi umat islam selain hari raya aidilfitri. kita ada sambutan ibadat korban sehingga 13 zulhijjah. marilah kita sama - sama menyambut ketibaannya dengan penuh kesyukuran dengan melakukan solat sunat di pagi raya. jangan kata ini raya biasa biasa, "boring".

sambutan aidiladha sepatutnya diutamakan kerana disertai dengan ibadat korban. takbir rayanya berlangsung 4 hari berbanding aidilfitri. sambutannya SEHARI dan takbirnya dilakukan apabila masuk waktu maghrib akhir ramdhan sehingga solat sunat hari raya pada keesokan paginya. tapi yang aku tengok orang kita lebih kepada aidilfitri. banyak berlaku pembaziran dari menghayati raya itu sendiri. apa - apa pun kedua dua perayaan terbesar dalam agama islam ni kita perlu sambut dengan penuh keikhlasan dan penghayatan bukan hiburan semata-mata.

kepada semua yang beragama islam,

selamat hari raya kurban awak! ^_^



sila like banyak2! www.tips-fb.com

Tuesday, November 9, 2010

raya haji@aidiladha tidak pulang??


aku amat bersimpati kepada mereka - mereka yang sedang memperjuangkan nasib sehinggakan terpaksa membatalkan niat untuk pulang berhari raya bersama keluarga dan meratah daging korban sepuas puasnya..

ok..aku bukan nak 'mereka' yang bernasib malang itu sedih..aku juz nak bagitaw last paper aku 11/11..ini bermakna aku akan menghampiri garisan penamat perjuangan aku untuk sem 3 ni..yahuu..! dan secara logik akal aku akan stat cuti 12/11 dan dapat pulang beraya dengan hati yang tenang tanpa buku di sisi...

apa yang aku nak nasihatkan buat korang yang baru stat exam jangan sedih2..baca buku n notes banyak2..kurangkan blogwalking n update blog..kikiki..yang pasti uni korang cuti raya jap je kan..pastu sambung exam balek..sangat kesian..

mujurla ukm berpikiran global..pes time puji ukm..dapat jugak habiskan semua exam b4 raye..syabbas ukm!.buat warga ukm slamat bercuti dan salam eid-adha mubarak!!




sila like banyak2! www.tips-fb.com

Friday, November 5, 2010

panas!! gara - gara student minat lecturer

 ni kesah benar..gua sediri alami..n gua nak share kat cni..betol betol tak tipu..ni gua punye penulisan..tak ciplak mane mane..ok back to story gua..ekceli bukan gua yang alami..maksudnye bukan gua minat lecturer gua..lecturer gua da berumur la..secara tidak langsung kehenseman pon kuwang da..da jatuh saham! kah kah! not my taste! tapi kan story gua ni memang ade kene mengena ngan budak yang minat lecturer...

ok ok..gua stat citer..lebih kuwang 2 minggu lepas kot gua ade tuka profail pikca fb gua..biase r boring asyik tengok gambar lame je..gambar tu kira panass gak r..2 3 ari lepas tu gua de bukak fb..cek home pe citer hott kan.. tapi yang menarik minat gua nape ramai pompuan add gua nih? minat gua ke? common on la gua jenis straight k.. no belok belok..tak kenal lak tu..ok langkah seterusnye gua cek la wall dia..profile dia..gambar dia...ok la kan cam bukan fake profile..memang tu fb dia..ok la..then gua approve r..nanti dia cakap sombong plak..

owh cop cop..gua was was balek..nape ngan minah minah ni..gua p balek fb dorang..cek info dorang 1 by 1..alamak student bro gua openye..tengok unibercty dorang..kist..sme spelling ngan kiss kan..sesape yg kenal kist bagus la..kalo tak kenal cari kat mr.google ye..untuk mengelak dari sebarang masalah di kemudian hari n malas nak terlibat ape ape kemusykilan gua remove fren..he he he..sori mori ye akak akak n adek adek sekalian..bukan gua sombong taw!


ape la korang ni.. mesti terkejut kan wol fb bro gua ade gambar pompuan..aku le tu..tapi kan tu mahram gua la..kah kah kah..jangan jeles! n korang jangan jeles coz lecturer korang yg korang minat, klakor n slalu buat joke dalam kelas tu da nak kawen da..n awek dia pon cun..merangkap kakak ipar gua..

'

'

'

'

gara2 gambar panasss!

bro gua, halim namenye...

sila like banyak2! www.tips-fb.com

gambaran hari kiamat yang maha dahsyat---renungan & iktibar buat sahabat islam!


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ- Pemimpin yang adil.



ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.



ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".



ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).



ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.





✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.



ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.





Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.







☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



sumber: Amar Sufi
sila like banyak2! www.tips-fb.com

Wednesday, November 3, 2010

moh kite ramai - ramai serbu UO!

wahh..ade tawaran hebat! terpacul sinar kebahagiaan dalam hati walopun hati ni panas n berasap macam makan maggi kari slurpp yang super duper kaw pedasnye. boleh imagine kan kan?he he he.

ok ok. sebenarnye semalam aku dapat mesej.. bersiul siulan hp aku tu..sebab suke lagu jed la..eleanor..ok excited kembang pipi nak tahu sapekah gerangan yg menghantar mesej kat aku. buah hati ea..sayang awak sayang awak..! ngeh ngeh..sambil berjalan ke arah hp yg sedang di cas powernye. ok bukak mesej n heart beat bukan maen laju..ape buah hati aku cakap? i lap u u u kah?ngeh3..tup tup tup! dari uo daa..damn!pasaraya yg pemes tuu.. tuu la..ok fine korang mesti slalu p giant tesco kan kan.aku plak uo la..kes jarak tempat ea..paling dekat. area chowkit..jum nyanyi lagu chowkit road!

asal aku dapat mesej?korang tak dapat?anak emas uo ke?tidak tidak. ngeh3..teka sediri. act, uo ade buat tawaran hebat lorh..statnye hari ni..sampai bile?wallahua'lam..aku tak ingat coz kes geram uo anto mesej aku terus tekan delete mesej daa..ok gempak tak gempak memang ramai la..sume borong sakan. nape aku taw?coz aku pon join sekaki pagi tadi setelah aku bercuti seminggu dari exam.rindu nak jalan jalan kat chowkit. tambah pula stok makanan kat bilik da habis loh. kene topap asap! nanti perut lapo bole isi tyme online cam ni.ngeh ngeh. soal boncit laen cite norhh.pecaye la cakap aku memang ramai..rugi tak datang
tengok tengok..bukak mate luas luas..untuk ahli bagi spesel punyo harga. kat tempat laen takde ye.so cepat cepat p serbu uo yang berdekatan dengan anda.belanjawan 2010 yang hebat!ppergghhh...buy 1 free 1 agi tuu..grrrr...aiskrim aiskrim aiskrim.!!
banyak tak borong?err.. ni bukan sya punyo..sy pokai tak ley banyak banyak..beli keperluan je..elak pembaziran.jadilah pengguna yg berhemah..ayat tiada kaitan tuhh..
saya beli makanan sehat sehat je. ngeh3..grrrr..segar segar dorh...gugat iman!
jap je aku tibai.da tinggal ciket..sori mori ye awak.tak ley nak bagi free..
awak tak nak bagi saya beli sediri lerr..huh! majuk majuk ni..
ok yg ni harganye RM4.99. jimat sehingga RM1.51. perrggghh..bangge!

nahh amek ko! aku ahli uo la..jangan jeles..kalo nak buat p sekarang buat.isi borang.free..tak payah kuarkan modal korang yg ciputt tu.amacam?ataupon korang pinjam aku punyo..boley up kan point kad aku..ngeh3..berbaloi baloi...cepat cepat serbu uo.anda pasti tak kecewa tapi senyum je sepanjang hari!smile yaa bebeh..
dadaaa :)
sila like banyak2! www.tips-fb.com

Monday, November 1, 2010

tange ambo lengoh!

adey..tak ley blaa title entry ari ni..owh yaa hepi novemba kawan - kawan [dengan gaya gedik cef wan yaa]..OMG......! wa ingat la tarikh ari ni..impossibal bebeh! punyo la susah wa nak ingat tarikh [bukan susah maleh nak ingat]..kang musem exam..dan ari ni aku exam daa..dats y ingat..ok ok berbalek pada tajuk kita pada ari ini ye datok datuk n daten daten sekalian..tangan wa sangat lenguh..

abe wehh..tulun la urut..adek lenguh ni [ayat gediks tapi bley blaa]..ngeh ngeh..


camano tak lenguhnye wa kang exam ari ni.2 paper lak tu..pagi petang takde penat..[tapi masih sempat tido dalam gap tu (' ',)v ]..bape kali wa nak bilang weh..aigoo..5 soalan esei..setiap esei 10 markah..total 50 markah..bapak banyak! n bapak banyak wa mengarut! ngeh ngeh..lenguh2..bettoi weh...kalo tak, tak de le wa nak menaip kat sini..

eh kate lenguh tapi bab tulis entry boley plak..tahan je la ni padahal sengal tambah lenguh..kalo mak wa ade mesti tayang gigi kuneng n wat muke sedih suh urut..tapi masalahnye mak wa tak de..dok manje manje ngan bapak wa kat umah nuh..addoii..tolongla wei.. sesape nak urutkan, aku belanje makan free 1 hari kat kenduri kawen.nak tak nak tak?ngeh ngeh..


sila like banyak2! www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails