//

Friday, September 30, 2011

kawan - kawan saya pon pandai masak juga. tak caya? udah..

malam ni kan malam yang paling cool berbanding malam - malam yang lain sebab esok kan weekend... weeeee ! so, daripada buat perkara yang tak berfaedah, lebih baik aku selaku blogger yang tak bertauliah ni update entry baru ! -__- ekceli takda idea sesangat ni. wuwuwuw ! tapi nak share somting yang memang enjoyable ! dat's why aku 100% tak menyesal apa yang aku involve sekarang. sebabnya kat sini lah bermula segalanya..........


dari tak tau basic at last tau cara nak masak yang simple2
dari masak yang simple2, masak dalam kuantiti yang banyak untuk dijual
dari dah pakar masak, create plak menu yang lazat hingga menjilat ibukaki macam kat bawah ni...

homemade cooking by my kosmates n include me la. heeee..

1. MENU INDIA



2. MENU CINA



3. MENU BARAT



4. MENU MELAYU



semua tengah sibuk discussing menu masing2. bukan senang nak masak menu ikut berat, kalori dan exchange portion yang betul. sebab ia melibatkan pengiraan formula yang sangat unik. kalau nak tau camane begitu uniknya formula ni, kena la involve sekali. hev fun la, aku sendiri jamin. tapi disebalik happiness tu perlukan pengorbanan dan kepahitan kan..baru la bole sukses ! ahaks

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Tuesday, September 27, 2011

resepi nasi kerabu kelantan & ayam goreng berempah. (lupa nak bagi hari tu)

rasa - rasanye belum letak lagi kan my resepi nasi kerabu hari tu. (DEKAT LINK NI) ekceli bukan resepi saya pon sebab ini resepi mymom. dia yang ajar saya macam ni macam ni nak hasilkan nasi kerabu sesedap yang kat bawah tu. rasa bangga diri siket hehee. sebab masa jual hari tu, Dr. suhaina datang kat booth kami sambil promote kat sorang staf suruh beli nasi kerabu saya le. n guess what staf tu cakap :

"emm da beli dah. baru siap makan. saya bagi 4 stars la."


ommaigod depan2 saya dia cakap macam tu. mau kembang kempis hidung ! heee... n Dr rohee plak datang. dia cakap ape tau

"oh kat sini rupenya nasi kerabu. puas saya cari dari hujung sana. ni bape ringgit ni?saya nak 1 bungkus, nak plastik sekali..."

ok aku layan je even dia tak nak yang aku pilih. dia nak amek sediri. k fine sebab dia Dr yang comel ! lagi pulak semua staf lab diet tu awal2 dah tempah nasi kerabu untuk breakfas.hehee. Dr suhaina pon sama. 1st yang dia beli n makan pada pagi tu adalah nasi kerabu. n dia makan depan saya yang sedang sibuk bungkus nasi kerabu untuk dijual. dia komen la jgak. katenye nasi kerabu sedikit lembik. takdelah semua ok je.. nasi masak dengan sempurnalah Dr... heeee....

k la sape nak cuba boleh copyright je resepi ni. terserah kamu aja deh.....



Bahan - bahan :


bahan A

3 biji bawang merah

2 biji bawang putih

Segenggam lada kering

Secubit belacan

Halia

Ulaman –

Kubis

Bunga kantan

Timun

Kacang panjang

Daun kesum

Serai (kalau nak terserah kamu deh)


Cara – cara :

Nasi – basuh beras dan letakkan daun limau purut yang di koyak – koyakkan. Titikkan pewarna biru dan kacau hingga warna menjadi sebati. Kalau nak guna bunga nasi kerabu lagi bagus. Warna lebih biru gelap. Daun limau guna untuk wangikan lagi nasi.

Tumisan budu – semua bahan A di blend. Tumis bahan yang di blend tadi sampai masak dan naik bau. Masukkan santan. Kacau sampai mendidih. Masukkan budu, garam dan gula secukup rasa.(kalau budu masuk agak banyak tak yah letak garam dah sebab budu dah masin :)) Masukkan 3 keping asam keping.

Kelapa goreng/kerisik – kepala parut di goreng tanpa minyak sampai semua sebati bertukar kekuningan. Jangan sampai hangit, nanti tak sedap.tutup api. Tumbuk lada hitam dengan bawang merah, Masukkan garam dan gula secukur rasa. Tumbuk pula isi ikan selayang yang telah direbus(buang semua tulang dan kepala). semua bahan yang ditumbuk tadi digaul dan bercampur dengan sama rata. Panaskan balik dan goreng untuk yang telah bercampur tadi.

Ulaman – semua ulam dipotong nipis dan kecil. dan gaul kesemuanya ok.

Sambal cili – blendkan cili, belacan, garam dan gula secukup rasa dan perahan limau nipis.

Lauk – keropok digoreng dan telur masin direbus hingga masak dan hiris.

ayam goreng berempah

ayam perap dengan garam, kunyit dan rempah kari. Bahan seperti bawang merah, bawang putih,lada hitam, halia dan serai di potong kecil-kecil untuk di kisar. (kalau nak lagi sedap rasa serai lebihkan). Gaul bahan yang dikisar tadi dengan ayam. Tambahkan serbuk lada sulah dan serbuk jintan manis secukup rasa. Masukkan sos cili. Gaul semua bahan sama rata. Lagi lama perap lagi sedap. pastu goreng deepfry.

hidang bersama hirisan limau nipis..

SELAMAT MENCUBA !

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Entry Masak Memasak lagi. Kali Ni Ikut Saranan Kalori Plak !


assalamualaikum..

hari ni ada lab diet lagi. bila ada upacara memasak ni memang la hepi sebab dapat makan free, dapat tapau balik bilik lagi. dan dapat buat balik bahan mentah lagi kalau ada yang lebih. boleh masak2 kat bilik kan..not my room la.. dapur aku kat kafe la 100%. heeeee....


so let's begin.... menu hari ni spesial lebih la sebab menu aku n my partner ialah kami kena masak masakan melayu untuk sarapan pagi + minum pagi bagi 1 orang makan. so, our prof da bagi tajuk beserta syarat2 nye sekali. kena masak menu untuk sehari. SEHARI? tak la.. bagi2 la kan.. total kalori 2500 kcal. banyak tu.. so bincang punya bincang, gaduh punye gaduh, at last kami sepakat nak masak nasi lemak dan cucur udang.. jeng jeng......



ini dimasak oleh chef terkenal tanah air. teheee... lain tak bukan chef fatihah..
kalori nasi lemak 284 kcal je.. siket kan..
sebab pandai2 modify la jadi healthy siket. kate nak jadi pakar dietitian kan... heheheee...
yang dalam gelas tu skimmed milk.. totally 0% of fat. sila minum ye tuan puan..




mypartner yang buat. ssssedappp ! siap dengan teh 0 lemon lagi.. tapi takde gula la. sori la kalau suruh aku minum..



ni la makanan untuk sehari = 2500 kcal. dimasak dalam 1jam setengah. tapi 3 grup la. kalo 1 grup je mak ai pengsan !
aku punye grup sarapan pagi melayu dan minum pagi.
yang tengah tu lunch. kebaratan wuuuu...
yang tepi tu dinner n supper versi china.



ni other grup. tak silap aku 1000 kcal je kot.. ntah tak ingat.

k la jumpe next lab plak. ntah ape kena masak plak. got nervous la.huuuu...

good job everyone !


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Saturday, September 24, 2011

INTRO

assalamualaikum



memandangkan agak annoying disini, terbit rasa malu tapi ditebalkan muka sedikit dapatlah aku mengisi sedikit masa terluang yang ada ni nak tulis entry. 1 malaya pon dah tahu aku tak tulis apa-apa kat blog aku ni dah beberapa bulan dah. >__< bukan apa rasa malas yang agak optimum ni, so takpelah cukup sekadar aku tak miss bukak beautifulnara cukup dah kan.



ni jes intro je sebab no interesting story nak share. banyak tapi entah nape 1 harem pon aku dah lupa..sekarang ni pon hidup tunggang langgang. tapi alhamdulillah tengah2 tenat ni aku dah selesai megerjakan ibadat puasa 6 hari ni. naseb baik sempat!



oh lupa aku dah 3rd year..maksudnya ada 1 year agi. lepas 1 year tu boleh la ready2 nak masuk minang aku. >__< (wth)


k la bubbye people !


sila like banyak2! www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails