VSsalam ramdhan..sempena bulan baik,bulan penuh keberkatan marilah kita sama - sama membaca alQuran.tingkatkan amalan kita dengan mengingati-Nya.peroleh ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan berkat dariNya..
3 Fadhilat Membaca al-Qur'an :
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam banyak menyebut dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadhilat membaca al- Qur'an itu, antaranya ialah:
1. Pembaca al-Qur'an hatinya dikurniakan cahaya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan memeliharanya dari kegelapan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu:Maksudnya: "Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta'ala (al-Qur'an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya di hari Qiamat."(Hadis riwayat Ahmad)
2. Pembaca al-Qur'an memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya.
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:Maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Qur'an dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibubapanya mahkota di hari Qiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan (al-Qur'an) ini?"(Hadis riwayat Abu Daud)
3. Pembaca al-Qur'an memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "(Ketika masuk syurga) dikatakan kepada orang yang (sentiasa membaca dan beramal dengan) al- Qur'an: "Bacalah (al-Qur'an), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil (tidak cepat) sebagaimana engkau membacanya dengan tartil di dunia (mengikut tajwid). Sesungguhnya kedudukan darjatmu (di Syurga) sehingga pada akhir ayat yang engkau baca, (darjat-darjat syurga mengikut bilangan ayat-ayat al-Qur'an)." (Hadis riwayat Abu Daud)
Daripada Hazrat Abu Hurairah R.A..Rasulullah SAW bersabda :
"Tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah SWT [ masjid ], membaca Al Qur'an dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan 'sakinah' ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah SWT menyebut-nyebut nama mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya.
[ Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud ]
Dalil al-Quran diturunkan pada Ramadan adalah firman Allah yang bermaksud:
Beberapa hari yang ditentukan itu adalah Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan yang membezakan (antara yang hak dan yang batil).
(Surah al- Baqarah, ayat 185)
2 comments :
fadhilat no.2 tu, kalo tak silap, apply pada anak2 yang menghafal al-Quran, dapat bagi kebahagiaan akhirat utk ibu bapa.
wallahu'alam.
t post kt wall fb nih nk share ngan kwn fb yep..=D
Post a Comment