//

Friday, January 21, 2011

kuih samosa versi chef bujang

nak makan samosa sedap ? tapi tak pandai nak buat ? meh sini teha ajar. orang bujang pon boleh buat walaupun tak cukup bahan. boleh dikatakan samosa ekspres sebab cepat siap dan simple. kuih samosa ni teha buat kat rumah kawan teha kat triang sempena cuti taipuCam. untuk breakfast pagi.

macam biase kena ada cukup bahan - bahan nak buat inti dan kulit popia. tapi ini versi tak cukup bahan. tapi belum cuba belum tau. :) rasanya sangat marvelous!

kulit popia boleh dibeli di supermarket bahagian frozen. teha cari yang segi 4 tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. boleh pilih sebab ade banyak saiz.

untuk inti :

guna 1/2 kilo ubi kentang. (buang kulit dan potong dadu)

bawang merah+bawang putih+lada kering(blendkan)

disebabkan ayam kat dalam peti dan ambil masa lama nak bagi dia tak beku, teha ganti guna 2 biji telur je.

daun sup takde. dah habis stok. so kawan teha buat idea bernas guna kacang panjang!! :) sebab nak kasi ade kaler hijau. tapi guna daun sup lagi sedap sebab baunya lebih wangi. :( ok kacang tu potong halus2 ye.

cara nak buat :

dah bersihkan ubi tadi masukkan dalam kuali. panaskan. tambah air 1/2 gelas. bila naik wap masukkan bahan blend tadi. kacau kacau biar sebati. dan kacau lagi. bila air dah nak kering, pecahkan telur 2 biji. sebiji tu asingkan kuning telur dan simpan sedikit untuk dibuat gam kulit popia nanti.

kacau lagi. masukkan garam secukup rasa. tambah seasoning nak bagi rasa umpphh. lada sulah dan knorr secukup rasa. kacau sampai mendidih. siap!

ok cara nak isi kat kulit popia, ikut suka hati la nak buat camane. teha buat macam popia je. sebab tak jadi2 buat 3 segi.. hahah! siap gamkan hujung kulit popia dengan kuning telur.


engkau tengok yang sebelah kiri tu, itu yang awal2 try tapi haram tak jadi. so harus bungkusnya dengan cara yang senang agar tidak berlaku pembaziran.. :)


tara!! da siap. ini yang telah digoreng secara deep fry. walaupun tak masukkan isi ayam dan daun sup tapi jangan dipertikaikan plak rasanya. memang licin la weh..sume kata sedap. nenek dan makcik2 kawan aku tu kata sedap. he3. ini resepi dan chef bersama. saida, niza dan ain.

selamat mencuba resepi samosa orang bujang :)




sila like banyak2! www.tips-fb.com

1 comment :

RHI said...

haha....bolehlah tu, ada dua perasa lagi popia dan samosa, kalau nak lihat resepi lauk yg simple, singgahlah di blog akak

Related Posts with Thumbnails