//

Thursday, January 27, 2011

yes! 56 tahun 1 hari

Ya Allah.. alhamdulillah ! sepanjang tempoh 21 tahun dia masih milik aku. sebuah tempoh yang lama untuk satu perhubungan yang kekal, penuh dengan kasih sayang. aku tak kesah dan juga tak mengeluh walaupun umurnya makin lanjut dan sudah separuh abad. bukan aku yang pinta tapi itu suratan takdir. yang masih hidup pasti melalui kehidupan yang semakin dimamah usia. inilah dikatakan fitrah manusia.

sempena ulangtahun yang ke 56 yang jatuh pada 22 safar 1432 hijrah bersamaan 27 januari 2011, aku bingung mencari sesuatu untuk diberikan hadiah yang sangat bermakna agar dia tak lupa akan aku yang sentiasa menyayangi dan merindui dirinya. oh apakah ? tolonglah....

aku fikir tak lama. dan benda yang aku cari selama ini dah ku jumpa. dan aku hadiahkan kepadanya dengan penuh keikhlasan hati tanpa merungut dan mengungkit di kemudian hari. dan inilah hadiah buat insan tersayang dan yang amat ku cintai selama ini.

" ya Allah aku panjatkan doa buatMU yang Maha Mengetahui. aku memohon padaMu ya Allah agar panjangkanlah umurnya kerana aku mahu hidup bersamanya, agar dapat diperuntukkan waktu untuk aku teruss berbakti kepada insan yang aku sayang. limpahkanlah kasih sayangMu ya Allah kepadanya agar kehidupannya dikelilingi dengan orang yang mengasihinya serta rezeki yang melimpah ruah. kurniakanlah kesihatan yang baik dan jauhkanlah dari segala malapetaka. Engkau ampunkanlah dosa2nya dan tempatkanlah dia dikalangan orang yang soleh ya Allah wahai Tuhan Yang Maha Pengampun dan lagi Mengasihani hamba2Nya.amin.."

inilah hadiah yang aku ingin sangat2 berikan kepadamu, Abah. selamat hari jadi Abah !. engkau hero dihatiku.... aku sayang abah ! T_T

belah kiri, encik napi pada awal 30-an. segak bergaya. belah kanan encik napi pada usia 50-an bersama isterinya. masih bergaya, mutu dan keunggulan.

thanks for reading this entry ^__^


sila like banyak2! www.tips-fb.com

3 comments :

awEEN said...

anak askar pencen rupenye... same la kite hehe...

Kira Kekuri said...

wahhh~ say hepy befday dekat ayah awak :DDD

::melur:: said...

aween : tabik springgg kat awk :) tehheee

kira:okkaaii dear, thnks :)

Related Posts with Thumbnails