alhamdulillah. sejak 2 menjak ni bizi mengalahkan pm najib. ke hulu ke hilir. dengan midsem exam yang baru habis. memang tak konfiden langsung menjawab. lepas paper paling last, lepas biokem habis ada proposal presentation untuk projek mini tesis biostatistik. memang keje giler ! bayangkan maklumat2 kumpul masa seminggu exam, masing2 buat part yang diarahkan. lepas paper last hari jumaat ada gap antara sembahyang jumaat tu baru nak siapkan slide show presentation ! bayangkan kerje yang amat penting ! cuak sangat sebab presenter pilih randomly antara ahli grup. dalam pukul 1 pm baru siap slides dan terangkan pasal present kat semua ahli. dalam pukul 2.30 pm da stat. tapi alhamdulillah tiada cacat cela, nampaknya kerja kami diterima walopun ada sedikit percanggahan. tapi paling bersyukur sebab bukan aku presenter kalo tak memang hancus. hehee
da habis pasal exam. tawakkal je la. dalam bizi minggu exam ada sesi testing acara masak - masak untuk jualan minggu hadapan. kena naik pasar bli ikan beras ulam budu nak buat nasi kerabu. korbankan masa study untuk siapkan masakan kami. program ni sempena food service yang kami sedang belajar. cara nak hasilkan jualan, keuntungan, belanjawan semua diambil kira disamping memasterkan lagi skil memasak.
kumpulan aku yang dinamakan KUALI EMAS akan jual nasi kerabu kelantan, tart nenas, onde-onde n aku taktau namanye ape nanti aku tunjukkan gambar ok. rindu terubat bila dah lama dan tetiba dapat masuk lab diet yang merangkap dapur untuk pelajar prasiswazah dietetik dan pemakanan membuat amali masakan.
dapatkan nasi kerabu kelantan dengan harga RM 2.00 sahaja !
tarikh : 16 februari 2011
hari : rabu
lokasi : foyer Dewan Kuliah 1 fakulti kesihatan UKM kuala lumpur. (bersebelahan dengan HKL dan berdekatan chow kit )
masa : 9 pagi - 12 tgahari
kami juga menyediakan nasi kerabu spesial dengan lauk ayam 'wing' goreng dengan harga RM3.00 sahaja. hanya terdapat di booth kami sahaja !
(gambar diatas kami guna ikan celup tepung untuk hari pra penyediaan sahaja)
hasil masakan kami. sedap tau !
aku sebagai ketua masakan nasi kerabu yang dibantu oleh saudari rahmah. semua kawan2, lecturer dan asisten lab cakap nasi kerabu aku sedap ! weh, sebenarnya aku tak pernah buat kat umah ! tolong2 siket ade la. bila da decide nak buat baru sibuk nak tepon emak untuk salin resepi. sampai bawang pon aku tanya nak guna bape ulas, tumis nak sampai pecah minyak ke ? hahaha. tapi 1st attempt menjadi la, alhamdulillah.....
aku terpaksa edit gambar aku tu sebab muka berminyak giler. dok dapur dari pukul 10pagi hingga 2 petang. almaklum comot giler !
1. tart nenas - memang gebu ! di sediakan oleh saudari saidah
2. bombay toast - terbaik dari ladang ! rasa cam cekodok pisang tambah gebu roti dan krim susu. sangat sedap ok ! 100% guna pisang.
3. onde- onde @ kuih melaka - disediakan oleh pei wei. baru tau chinese makan benda ni. for malay makan time puasa kan. kalo rasa rindu nak makan meh bli. 8biji RM1.
4. ini bombay toast gak. tapi cara lain. roti dicelup dalam tepung pisang dan goreng. rasa memang sedap. sumpah tak tipu sebab aku dah habiskan 3 keping ! dimasak oleh saudari hui lin.
yang ini antara masakan dari booth kawan2 aku yang lain. jom meriahkan jualan JPD tahun ini ! ingat tau minggu depan 16 feb ye !!
7 comments :
huhu..
x prnah makn nasi kerabu..
haha..
sbb nasi nye pelik wrne biru...
sye pnh try tp mmg x leh trime la..
hahaha
sedapnyer nasi kerabu..
kenapa takde daging slaai??
lagi sedap ade daging...hehe..
laparnyer...hurmmm
nasi kerabu best! :)
arrrggh lapar pulak
org luar bleh masuk ke
slm kunjungan
nice blog;)
blog apisv2
Masak mcm2 jenis tu, jual sampai tengah hari je ke?
Post a Comment