//

Monday, April 11, 2011

disaster ! disaster !

kalau boleh nak blog ni berupdate tiap - tiap hari. tapi nak buat macamane real life lebih perlukan aku. lebih - lebih lagi sekarang perlukan komitmen yang tinggi dari aku untuk tidak tidur lebih dari 6 jam sehari, tidak terleka dengan keindahan alam maya lebih dari biasa, dan tidak itu tidak ini. freedom aku dah hilang ! terpaksa lebihkan mengadap nota -nota yang aku sendiri kadang - kadang tidak paham. dan aku sendiri was - was pernah diajarkah dalam kelas @ lecturer terskip untuk mengulas dengan lebih lanjut @ aku yang terskip untuk fokus ? aduh pusing deh..

tadi, exam imunologi pemakanan tu macam bangang je (bak kata nabil Mraja lawak bukan aku yang kata ok ). panas line btol la ! panas line, panas line ! addoi.. wahai pensyarah - pensyarah yang arif lagi bijaksana, kalau ia pon tak nak kasitau soalan mana kuar kat final tak perlu la beriya - iya suruh kitorang baca dan hafal mekanism HS tu. dah la terang tang - tang kata dari 4 jenis mekanism ni 1 akan kuar esei. 4 - 4 mekanism aku hafal siap buat framenote tapi haram 1 pon tak kua tadi. yang kuar tajuk yang tak diduga dan tak berkaitan sama sekali dari pensyarah yang selalu dodoikan kitorang waktu kelas. aku rasa aku macam ditipu hidup - hidup. tapi mungkin bukan salah dia tapi salah aku yang tak reti nak paham notes. sebab tu tak leh jawab. T_T


tapi kalau nak difikir balik bukan salah kitorang juga. (backup2) 2 jam kredit tapi blajar detail gile. sebab tu notes begitu mampat dan menyeksakan batin. bukan aku sorang je der terseksa batin tapi kawan2 aku pon sama.. alahai kesian...



memang tak nak kalau boleh 2 paper 1 hari. boleh jadi demam ! dengan paper biostatistik lagi. biostat lagi seksa. ari tu midsem takde terpaksa la kerah tulang 4 kerat ni baca notes yang tebal dan gile banyak. naseb baik hari ni je 2 paper. hari lain 1 paper je walau susah lagumana pon takpa takpa cek tak kesah asal kepala cek tak pecah dek penularan neuron - neuron otak dikala bulan exam ni. jarang sel - sel otak aku nak berkembang. 2 kali setahun je, kalau tak waktu midsem final la. -__- sebab tu la sekarang susah gile nak tido.. kalau time tido je insomnia datang. takkan kes otak aku tengah aktif tak boleh tido ? -__- kalau hari - hari lain otak aku layan benda lain je. benda apa tu tak perlu nak ambik tau. jaga tepi kain sendiri ok agar tidak terkoyak !


oh lupa nak habak mai yang emm.. survey dari BAKAR ke atau student (tak sure la) yang buat pasal kemunasabahan pembelajaran 2 jam kredit dikurangkan isi kandungan pembelajaran agar setimpal dengan jumlah jam kredit yang ditetapkan (bm aku memang down tapi spm A1, harap maklum). cam tak paham je kan ? ok aku ringkaskan depa buat kajian nak tahu student setuju tak subjek 2 jam kredit tak perlu belajar banyak2 sebab tak berbaloi. dapat A pon bukan boleh nak bangga sebab tak menyumbang CGPA yang banyak pon kan.. penat ade la. so, aku harap sangat2 isu ni diketengahkan bukan dok diam ja pihak ukm. kena kesah, kena kesah !!!


kebajikan pelajar - pelajar yang bijak pandai perlu dijaga. dah la yuran mahal. haa kan da bebel 5 bakul. tak habis bebel agi ni. bukan sal apa pon sebab hati panas study banyak2 tapi tak leh jawab exam. kang malang tu ! bala bala.. nak nanges pon ade tak nak nanges pon ade. senang cerita speechless. rasa down sangat2 ! bila kuar exam, tak leh blah muka sorang - sorang. ko tengok aku mulut muncung, aku tengok kau mulut termuncung jugak.. alahai.. seb baik ade DaeSung yang tolong pujuk aku yang tengah layan sedih ni. timekasih DaeSung sayang.. sayang awak ketat2 ! baby don't cry, baby don't cry... wahh sooooooo sweet ! baik2 ! saya tak sedih lagi ye babe.. hahaha..


sila like banyak2! www.tips-fb.com

3 comments :

misz moja said...

Setuju....kadang2 subjek 2 jam kedit lebey bnyak songeh dri 3 jam kedit..sanagt xberbaloi utk membuat student stress dgn bende2 mcm ni..hehehe

~miss dyana~ said...

salam..singgah dari blog Pembawa Wacana and follow u..nice blog =)

::melur:: said...

@moja yea ! kito bako ! jum2..

@dyana hai2.. :)

Related Posts with Thumbnails