//

Sunday, April 24, 2011

kerana dia , aku ada di sini...


kredit : cikgu azemi

ni cikgu biologi aku masa dekat faris petra. cikgu ghazi. terasa rindu menbuak - buak bila tengok wajah yang penuh jasa ni. tak ubah bagai seorang bapa sebab seusia dengan abah aku. beliau ajar aku bio masa form 5. and truly, aku tak bersyukur langsung dan tak menggunakan peluang yang sebaik mungkin masa aku di SBP. yes ! aku admit ! sebab aku pemalas gile2. takde pon kesungguhan nak study. sebabnya 1 je aku ase down gile bila dikelilingi orang2 pandai. sebab masa sekolah kat luar bandar merangkap kampung dulu (sekolah rendah) tak ramai pelajar pandai. so, kita rasa kita hebat. tapi bila kat faris rasa loser gile. and rasa tak layak masuk SBP pon ada. yes perasan tu sampai form 5 la menghantui aku.

setiap kali trial aku down. down subjek2 killer bio, addmath, kimia and paling aku paranoid gile ngan fizik. alamak tak comel gile result bila tengok gred fizik. down sebab aku study ala kadar, tak bersungguh dan sekarang aku nyesal gile. dats why masa aku kat matrik aku struggle gile3 untuk dapat kos yang aku nak. takkan nak dapat kos lelong kot. baru kat situ aku berfikiran agak matang. sebab berkait dengan hala tuju dan masa depan aku.

dan berbalik pada cikgu ghazi aku tu, beliau memang terer seterernye ilmu bio. beliau ngajar langsung tak guna slide, direct guna transparent plastic A4 pastu dia lakar2 diagram pastu enlarge kat skrin. so, aku tak ngantuk langsung time bio sebab penerangan beliau mcam seorang prof. beliau pernah menerima tawaran guru cemerlang bio tapi beliau tolak sebab jadi guru cemerlang sibuk, glamer. beliau tak nak sume tu.

ok berbalik pada result bio aku, first2 masa form 4 aku dapat E8. wow ! naik form 5 ok la dapat D, C5. trial dapat C. time perjumpaan dengan parent, banyak gile beliau sindir aku depan abah umi aku. malu2 ! maruah aku hilang bai! haha.. tapi beliau tak putus2 nasihat suruh usaha lebih usaha lebih. and semua kuasa tuhan, result SPM aku bio dapat A. alhamdulillah sangat2. aku sendiri tak percaya. berkat doa guru2 aku. dan addmath jgak dapat A1. cume fizik je bbolok ! habis result aku hancus sebab fizik. dan sebab bio lah aku amek aliran sains hayat masa di matrik. and aku jatuh cinta dengan bio ! baru aku tau tak susah pon blajar bio. sebab subjek bio bukan subjek menghafal ! lebih kepada mekanism dan perkaitan. tapi hafal tu ade gak takkan tak hafal nama2 saintifik, ye dak ?

sebab aku suka sangat dengan bio lah bidang aku amek ni sal health. aku bersyukur sangat2 dengan apa yang aku ada. pada cikgu2 tak kiralah cikgu ghazi ke cikgu yang pernah mengajar dari darjah 1 sampai matrik, terima kasih banyak2. doa buat cikgu tak pernah putus. teruskan perjuangan mengajar anak didik, sesungguhnya berkat ilmu itu ada ditangan cikgu. kerana berkat ilmu cikgu2 lah aku berada di ukm.

walau kat mane cikgu sekarang, 1 je aku pohon.. berkatilah hidup cikgu2 aku sehingga akhir hayatnya. semoga mereka dikalangan orang2 yang soleh.. aminn... -__-
sila like banyak2! www.tips-fb.com

No comments :

Related Posts with Thumbnails