//

Thursday, December 15, 2011

Kempen Obesiti Sifar 1 Malaysia, Tesco Selayang, 18 disember 2011 ini!


salam tuan puan sekalian..

dengan ini saya menjemput dato sri/puan sri, dato/datin & tuan puan sekalian dihujung minggu bersama keluarga memeriahkan ruang legar Tesco Selayang untuk menjayakan dan menyokong kempen obesiti sifar 1 malaysia.

program ini akan dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar tahun 3, pemakanan & dietetik, UKM kampus kuala lumpur.

kami menyediakan pelbagai permainan & kuiz yang menyeronokkan & hadiah menarik menanti anak anda !!!

jika anda prihatin terhadap tahap kesihatan & kegemukan anak anda, datanglah ke kempen kami untuk mencari penyelesaian bijak kerana kami bersedia berkongsi ilmu mengenai penyelesaian & pengurusan obesiti untuk anak - anak anda !!

ceramah yang akan disampaikan mempunyai 2 slot. slot pertama mengenai kenali obesiti &
slot ke-2 menekankan pengurusan pemakanan obesiti serta peranan ibubapa dan anak. pastikan anda tidak terlepas kedua -dua slot tersebut untuk mendapatkan tips dan panduan yang lengkap daripada kami...



see u there !!!




sila like banyak2! www.tips-fb.com

No comments :

Related Posts with Thumbnails