//

Tuesday, December 27, 2011

Pasangan - Kenapa Saya Terlalu Memilih ?


asaalamualaikum...

till jannah..

soalan yang common bila rakan - rakan disekeliling bertanyakan :

  • wei ko ase tak loser ke hidup takde pakwe? -(tak, hidupku aman)
  • eh ko tak kapel ke? -(tak). iyeke? iye iye je pedahal ade kat luar kan kan.. -(-_-)
  • ko bile nak kawen? (lambat agi) iye iye je. tengok - tengok ko dulu. -(-_-)
bagi aku, hubungan perkahwinan itu perkara yang serius, bukan bahan ketawa atau senda gurau. sebab itu bila kawan - kawan dengan ceria bercerita impian masing - masing bila tamat pengajian, nak kawen bila da dapat kerja, nak dapat anak selepas setahun, nak pakai baju kaler pink nanti sanding, dan bla itu bla ini dan bla bla bla aku hanya diam, takut hendak menyampuk.

sebab angan - angan tersebut terlalu tinggi untuk ku capai. aku perlu matang berfikir hal semasa, lepas dan akan datang. aku perlu belajar berkomitmen. aku perlu persediaan untuk menjadi isteri yang tidak akan dilaknat oleh Allah. aku perlukan semua tu. memang tidak salah. tidak sama sekali. semua orang ada impian, semua orang punya perasaan cinta. tapi cara individu menzahirkan cinta itu yang berbeza. jika tidak bersedia, maka janganlah. jangan kita himpun dosa-dosa kecil dalam tak sedar. bagi aku, tak terlalu mengejar cinta itu tak mengapa. im single im ok, tak loser pon. sebab aku takut menzahirkan cinta dengan cara yang salah. walau aku tahu apa yang aku buat itu betul, tak salah tapi pandangan Allah? aku takut tak dapat keredhaan dari Allah. aku takut cinta aku kepada Allah tersekat. sesungguhnya aku takut. aku takut bila hati aku terlalu berbunga bila sidia memujiku, mengatakan sayang tidak terhingga. aku jadi alpa. aku terlalu taksub dengan cinta sidia. tapi cinta pada Allah aku tak sahut.

bukan ke dulu ko kapel? bukan main...

ya, dulu aku kapel. aku buang masa aku, 3 - 4 jam bergayut sedangkan pada masa itu aku boleh tidur dan merehatkan minda. keluar dating sana sini sedangkan orang ketiga ada ditengah - tengah, berbelanja beli hadiah, prepaid, makan minum sedangkan duit tersebut boleh kusalurkan kepada perkara yang lebih berfaedah. merasa risau, gelisah, curiga bila tidak dihubungi walhal urusan lain perlu didahului. bila mengimbau saat - saat lampau, aku menangis. hiba dengan kedhaifan aku. tapi aku sekarang bukan aku yang dulu. jangan samakan aku dengan yang dulu.

ko tak takut ke jodoh ko tak sampai? at least ko berusahakan...

tak. aku sama sekali tak takut. malah aku yakin dengan qada' qadar Allah dengan jodohku. siapa pilihan Allah aku yakin. aku yakin bahawa Allah pasti menemukan aku dengan jodohku, bakal suami. sama ada cepat atau lambat. Allah akan memberikan aku teman yang baik untuk aku. buat apa aku takut jodoh takde, walhal sudah tertulis dia, jodohku. dulu Allah temukan aku dengan orang yang salah. supaya aku berfikir bukan rupa sahaja yang aku nak. bukan hartanya, bukan jujurnya sahaja, bukan romantik@caring sahaja, bukan kekacakannya dan bukan juga popularitinya.

elleh ramai je yang nak kat ko. tapi ko tu jual mahal. terlalu memilihkan...

ya. im typical. tetapi typical aku bersebab. aku bukan mencari seorang kekasih, tapi aku mencari seorang yang benar - benar mahu memperisterikan aku. sebab perkahwinan bukan untuk sebulan, setahun. bukan 3 tahun, pastu CLASH. biarlah jodohku sampai akhir hayat, TILL JANNAH. bukan kerana rupa. tapi LILLA HITA'ALA.

aku mencari yang berharta, dari keluarga yang kaya? TIDAK! cukuplah dia berilmu dan dari keturunan yang baik - baik. dengan ilmunya dia dapatkan pekerjaan, mencari rezeki halal untuk menanggung keluarga, dengan ilmunya juga dapat membimbing aku bila aku terpesong dari landasan yang salah. membimbing anak - anak & aku sama - sama masuk ke syurgaNya. dan biarlah, setaraf dengan ilmu yang dimiliki. maksudnya bila dikemudian hari tidak akan ada persilisihan faham,kecik hati. sebab dalam kursus kahwin hari tu, ustaz ade cakap, sebolehnya carilah pasangan yang setaraf dengan kamu.

aku mencari yang kacak? TIDAK! cukuplah akhlak yang terpuji. melengkapi keredupan wajahnya. tenang bila menatap wajahnya, supaya hati yang berserabut boleh jadi tenang. menjaga auratnya diluar, menjaga kesihatannya supaya tidak merokok. itulah istilah kacak yang aku nak.

aku mencari yang boleh memahami aku? TIDAK! itu tak cukup. aku ingin mencari yang beragama. dengan agamanya, dia boleh mengajak aku supaya faham akan kehendak Allah, dapat mengimamkan solat denganku,anak - anakku,depan ibubapaku dan depan orang ramai.

bolehkan aku terlalu memilih. ... :)

ala.. bukan semua orang sempurna mcam yang ko nak. bermimpi la ko disiang hari..

ya betul. tidak semua orang sempurna baik sifat, mental dan fizikal. tapi sifat rohani kita boleh ubahkan. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya ” - QS 13:11. berbekalkan iman, insyaAllah.. :) tapi siapa pun jodohku, aku redha. aku terima. sebab aku berpegang pada yang satu, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. jika kita beristiqamah.

ko ni cakap macam orang alim. aku nampak ko tak pon..nak muntah! cermin diri dulu.tak gitu ?

ya, aku akur aku tak semulia saiditina Aisyah mahupun khadijah. akhlak aku masih rapuh. imanku tak sekuat bilal bin rabah. sekejap turun sekejap naik, ade pasang surutnya. tapi jangan sesekali kau patahkan semangat aku untuk mengejar cinta Allah. aku cuba memperbetulkan akidah aku dengan solat, aku sempurnakan dengan sebaiknya, semoga dengan sempurnanya solatku maka yang lain - lain akan menyusul. insyaAllah :) aku berusaha ingin bermujahidah dari perkara yang melalaikan.









sila like banyak2! www.tips-fb.com

5 comments :

eiyzniey said...

Sama2 mencari redha Allah...
Insyaallah..
:)

shahrazali said...

salam...

bersabarlah utk mendapat yang terbaik.... sesungguhnya jodoh kita telah tertulis... tp x salah utk kita mencari kan...

Nik Hafez said...

Bagus teha, salurkan cinta pada yang halal :)

Qib said...

haa.......... betul3. kapel3 semua tu tali halus syaitan kepada manusia =)

::melur:: said...

@ eiyzniey
insyaAllah..ameen

@ shahrazali
mencari tu xsalah. cara kita mengisi pencarian tu yang penting. :)

@ Hafez Ismail
insyaAllah. hope u too..


@ PinQib
kalaulah manusia dapa berfikir waras.......

Related Posts with Thumbnails