//

Thursday, October 13, 2011

resepi siakap stim masak 3 rasa


resepi ni khas buat si comel, nana.

lebih kurang sama je dengan resepi asal, cuma lebih low calori, high fiber dan lebih attractive untuk pediatrik. pendek kata lebih healthy, ahaks!!

SIAKAP STIM MASAK 3 RASA

(penyediaan 2 orang makan)

note : garam n gula x letak sebab sos ikan memang dah masin. sy letak 1 sudu makan je. sos dan kicap dah manis. sy guna soy souce yang lebih manis. sos2 ni calori tinggi, so kurangkan ye.

A. Untuk stim


1. Siang ikan siakap. Bersihkan. hiris ikan untuk ambil isinya sahaja. (khas untuk kanak - kanak)

2. Tumbuk halia dan bawang putih. Lumurkan pada isi ikan beserta sos ikan dan sos tiram.

3. Perap 15 minit.

4. Panaskan periuk. Masukkan 1 cawan air dan ikan serta semua bahan perap tadi.

5. Stimkan ikan sampai mendidih dan tutup api.


B. Untuk menumis


1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, cili kering dan tomato.

2. Rendam mixed vegey yang beku dalam air dalam 15 minit.

3. Panaskan kuali. Masukkan minyak. Tumis bahan kisar sampai masak.

4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.

5. Masukkan mixed vegey , daun limau purut dan serai.

6. Masukkan kuah stim yang lebihan stim siakap.

7. \Biar sampai mendidih dan tutup api.


C. untuk hidang


1. ambil isi ikan dan letak dalam pinggan.

2. curahkan sambal 3 rasa di atas ikan.

3. hiris daun saderi dan daun kucai, tabur di atas sambal.

4. tabur bawang goreng.

5. sedia dimakan.



bayam merah masak air

didihkan 2 gelas air dalam periuk. masukkan bawang merah dan lada hitam yang telah ditumbuk.

masukkan ubi kentang yang telah dipotong bersama kacang kuda. biar sampai lembut ye. kacang kuda tu better rendam dulu sebelum masak.

masukkan 1 cawan bayam dan bawang merah yang dihiris halus2. jangan lupa secubit garam.

biar mendidih dan tutup api.

hiris daun saderi dan tabur atas sayur. bawang goreng pon tabur jugak.

tadaaaa dah siap!



ini rojak buah.. hmm sos siket sangat buat, x memadai..
x guna kacang tanah, sebab tinggi lemak. so, modify kepada multi grain cornflake.

wuhuuu sedapnye. meleleh air liur den. yang ketul2 tu asam boy. sepatotnye asam boy tu kisar banyak2. tapi ada 2 biji je. jadi la rupa macam ni.

beras basmati. adik2 mesti suke ni. ye dak ye dak ?
huhu..

sila like banyak2! www.tips-fb.com

3 comments :

ZACK ENTRY said...

banyaknya makanan..terliur tengok semua lauk tu..^^,

::fatihahanapi:: said...

tengok dah meleleh dah saliva tu...haha

budakmengong said...

terus rasa lapar.haha

Related Posts with Thumbnails