//

Monday, October 31, 2011

tutorial letak widget gambar slideshow (GIF animated)


ramai yang tanya pasal tutorial blog kat aku, tapi maafla aku kena buat statement jujur hari ni.

bukan tak nak buat tutorial untuk ubaisuai blog @ share knowledge yang ade ke hape, sebenarnya buat tutorial ni perlu rajin lebih bukan rajin siket. ok aku bagi contoh kalau nak buat transparent header perlu copy paste setiap 1 screenshot, alamak aku malas!

then, kena explain 1 by 1 supaya orang akan mudah faham. totally failed! sebab tu i hate being teacher. dari awal memang dah tolak masuk maktab bila tawaran datang menjelma. xoxo

ada yang tanya pasal camane nak buat date widget aku tu, header guna software ape, nak letak slide gambar camano? bukan kedekut ilmu, tu la bila nak buat tutorial slalu pospone pospone n pospone. n last last aku lupe. bila lupa dan dah ingat balik, nak cari sapa yang request tu, tak jumpa jumpa. dan akhirnya aku terignore selamba je macam tu. sori sangat guys......


ok hari ni kakak nak ajar camane nak letak widget gambar yang berslide tanpa ada URL link. url link tu maksudnya bila kamu klik pada widget kat blog seseorang tu, secara autonya kamu akan pergi ke website dimana widget tu dipublishkan.. faham tak? huhu

tapi bila disabled, orang takkan dapat nak tengok dari mana kamu amek widget tu bila mereka klik ye dak?dan itu lebih cool!!

resize image

tapi kena ingat kalau kita copy paste code HTML dekat page element, widget ni boleh right click terus ke website widget tuh, melainkan anda tag ke url anda sendiri. so, kalau right click pon pasti bukak website anda bukan website widget tu. paham tak?huhu

so, nak lebih selamat ccewah, guna picture kat add gadget, bukan HTML javascript. bila guna picture, anda kena letak url widget kan. so, kat picture pon boleh letak file gif selain jpeg. gif file dapat buat animasi. so, effect yang dihasilkan sama macam letak html code tapi step ni lagi cool!

1 tips lagi bila anda add sebarang widget, pasti dorang letak link widget tu. cth : bawah widget tu, dorang link make your own & etc. so just remove the wasted thing ok.



anyway, blog aku berwajah baru. suka tak ?hehee

till then, thanks for reading this entry, bebye..


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Saturday, October 22, 2011

kombinasi citarasa cina dan india

2 minggu lepas, saya kena masak masakan indian vegiey. tapi saya 0% tak reti masak indian style + vegiey lagi. tapi saya bedal je. semua yang saya & my partner masak totally TAK SEDAP!
so, malas nak tulis resepi. layan je la gambar. tiap2 minggu masak tiap2 minggu la kena ambil gambar untuk dimasukkan dalam report. tapi sekarang masuk dalam repot blog juga. hehehee

::HANDVA::
plis la jangan terpedaya nampak macam sedap. bila makan alamak tak comel betol rasa handva ni. nape la dalam banyak2 resepi kat tenet tu handva jugak yang kami pilih.


::YELLOW SPICED RICE with INDIAN VEGEIY SOUP and KACHUMBAR (salad )::
mungkin ini kegemaran indian vegey. tapi siyes biji sawi memang wajib ada untuk masak masakan india. dan biji sawi bukan my taste. tak sedap!!


ini je yang yemmyyy !
::APPLE JUICE::


minggu lepas pulak saya kena masak masakan cina. dan semua sedap! thumbs up kat my partner sebab dia yang masak sume lauk.saya cuma masak chicken dumpling.

::CHICKEN DUMPLING::
ni boil method. nak pan fry or deep fry pon bole. nak guna kulit wantan yang sedia dijual kat kedai lagi senang. tapi saya guna wholemeal flour untuk pesakit diabetic.

resepi dumpling:

untuk inti :
isi ayam, isi udang, daun kucai, daun saderi, bawang merah, lada hitam, lemon, kicap manis, garam, gula, kubis cina, halia, minyak bijan dan tepung jagung.

untuk sos :
kicap cair, asam jawa, lemon, halia, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun kucai, tomato.
semua potong dadu kecuali halia & bawang putih tumbuk.

gaul semua bahan ni pastu letak 1 sudu makan inti atas kulit wantan.tutup kemas2, letak la putih telur untuk lekat.


brown rice with steamed lemon chicken & stir-fry mixed vegiey

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Sunday, October 16, 2011

berselisih dengan Aaron Aziz, ' eh macam kenal ! '

semalam, hari sabtu wa ade klas. sob sob..hmm weekend sabtu pon ade klas jugak..so lepas kelas nak g lepak2 dekat halal fiesta (halfest) 2011 yang berlangsung dekat pwtc. so, malam sabtu tu aku pulun habis2 buat asignment n lab repot.alhamdulillah setel walopun wifi bengong sekali.berbekal iman dan kesabaran yang tinggi bole jugak aku siapkan dan sangat teruja nak p fiesta tuhh.. yelah ari sabtu artis jemputan datang. lain tak bukan hero nora elena, shiela majid & jaafar on. teruja doh!


kami berlima. tapi berpecah2. aku date dengan mar. bila masa 5 sekawan bertembung dalam ribuan manusia, maka terjadilah adegan bergambar bersama - sama.


niat utama dan target adalah nak merasa semua tester makanan yang ada sampai kenyang. aleh2 duit terbang sebab shopping banyak barang. takpe 3 in 1. dapat makan sampai kenyang + shopping + jumpa aaron.

view dari tingkat atas. gile ah nak pergi serbu kat bawah tuh..mati tak bernafas aku..masa ni tengah tunggu aaron masuk. ramai gile ! ohoho siyes lelaki2 macho pon teruja n berebut2 nak amek gambar aaron dari dekat.

dengan kuasa zoomes, aku dapat amek gambar aaron yang kiut miut lambai tangan kat fanclub dia dari tingkat atas. siyes dia sangat macho dan body tough gile.


aaron disuruh parut kelapa. ore klate panggil paghut nyo guno koghe..haha
bila ditanya apa yang dia pandai masak, dia ckp goreng telur, masak megy je..
last2 chef tu yang tolong dia buat kari, dia dah menggelabah sebab tak pandai buat.
haha tengok dia kacau kari dalam periuk je la. bajet pandai masak!

masa ni dah turun bawah. menyambung mencari makanan yang boleh dimakan. siyes aku lahap banyak gak r kat booth dimsum dumpling. tester dorang seketul2..besar gile.kenyang.pastu aku lahap meggy 3 cawan kecik tuh..belinye idok!
pic atas tu aaron teruja dapat hadiah dari fan dia.sonok lettu!

tak sabar2 nak bukak !

ntah sape yang kol. kekasih gelap kot.haha. gambar candid pon stil macho!

aku suke gambar ni. kira berjaya ah angkat kamera tinggi2 n snap dia dicelah2 ribuan fan dia.
bersungguh gile! bahahaa


::alkisah mase nak balik::
ondway nak cari jalan kuar dari pwtc tuh, berselisih dengan Aaron Aziz. hoho.. mase tu dekat selekoh. dont know la y dia masuk semula ditemani staf2 halfest as bodygurds sedangkan dia dah nak balik dan menuju ke kereta. so kat simpang belok tu, aku just jalan tetiba aku tertoleh kat Aaron, dengan selambanya dan spontan aku cakap "eh macam kenal" (sambil jari telunjuk tunjuk tepat kearah dia). waktu tu bebetol depan dia dan terstop dan sepi sejenak untuk seketika. dia jes senyum manja kat aku sambil meneruskan perjalanan dia. mesti dalam hati dia, dia bermonolog macam ni "gile budak pompuan ni x nak amek gambar dengan aku ke?"


n lepas tu baru tersedar dari mimpi indah. aku dan mar(partner aku) masing2 pandang. eh asal kite tak mintak nak amek gambar ngan dia ah? dah mase tu tak de orang.. dah la si mar tu sah2 memang pandang dari jauh dan sedar dari awal yang mamat tu aaron aziz. aku plak baru terperasan bila betol2 selisih sebelah menyebelah dengan aku. ohohoho aaron2..



sila like banyak2! www.tips-fb.com

Thursday, October 13, 2011

quick update !


versi orang yang malas nak buat chicken chop tapi stil beriya nak jual mahal !



versi tak cukup sayur.mungkin bagi dia sayur tu mahal !


sekian
sila like banyak2! www.tips-fb.com

resepi siakap stim masak 3 rasa


resepi ni khas buat si comel, nana.

lebih kurang sama je dengan resepi asal, cuma lebih low calori, high fiber dan lebih attractive untuk pediatrik. pendek kata lebih healthy, ahaks!!

SIAKAP STIM MASAK 3 RASA

(penyediaan 2 orang makan)

note : garam n gula x letak sebab sos ikan memang dah masin. sy letak 1 sudu makan je. sos dan kicap dah manis. sy guna soy souce yang lebih manis. sos2 ni calori tinggi, so kurangkan ye.

A. Untuk stim


1. Siang ikan siakap. Bersihkan. hiris ikan untuk ambil isinya sahaja. (khas untuk kanak - kanak)

2. Tumbuk halia dan bawang putih. Lumurkan pada isi ikan beserta sos ikan dan sos tiram.

3. Perap 15 minit.

4. Panaskan periuk. Masukkan 1 cawan air dan ikan serta semua bahan perap tadi.

5. Stimkan ikan sampai mendidih dan tutup api.


B. Untuk menumis


1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, cili kering dan tomato.

2. Rendam mixed vegey yang beku dalam air dalam 15 minit.

3. Panaskan kuali. Masukkan minyak. Tumis bahan kisar sampai masak.

4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.

5. Masukkan mixed vegey , daun limau purut dan serai.

6. Masukkan kuah stim yang lebihan stim siakap.

7. \Biar sampai mendidih dan tutup api.


C. untuk hidang


1. ambil isi ikan dan letak dalam pinggan.

2. curahkan sambal 3 rasa di atas ikan.

3. hiris daun saderi dan daun kucai, tabur di atas sambal.

4. tabur bawang goreng.

5. sedia dimakan.



bayam merah masak air

didihkan 2 gelas air dalam periuk. masukkan bawang merah dan lada hitam yang telah ditumbuk.

masukkan ubi kentang yang telah dipotong bersama kacang kuda. biar sampai lembut ye. kacang kuda tu better rendam dulu sebelum masak.

masukkan 1 cawan bayam dan bawang merah yang dihiris halus2. jangan lupa secubit garam.

biar mendidih dan tutup api.

hiris daun saderi dan tabur atas sayur. bawang goreng pon tabur jugak.

tadaaaa dah siap!



ini rojak buah.. hmm sos siket sangat buat, x memadai..
x guna kacang tanah, sebab tinggi lemak. so, modify kepada multi grain cornflake.

wuhuuu sedapnye. meleleh air liur den. yang ketul2 tu asam boy. sepatotnye asam boy tu kisar banyak2. tapi ada 2 biji je. jadi la rupa macam ni.

beras basmati. adik2 mesti suke ni. ye dak ye dak ?
huhu..

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Monday, October 10, 2011

menu yang sangat cute !


jeng jeng jeng



OnyOnyOnyO cute le....
khas untuk pediatrik


ni la resepi kami
cam nak letak resepi je n share kat korang..
sebab resepi kami sihat2..
sebab kes budak ni dia tak sihat n overweight..
nanti la next entry nak bagi jugak..
doremon tu my partner yang buat.
C.O.M.E.L sungguh le!


hari yang sangat menjimatkan sebab aku makan semahu-mahunya.hehe
our lunch yang sangat cool!
semua grup masak makanan yang sangat lazat n kreatif.
kreatif sebab berjaya memodifykan resepi asal ke lebih sihat..


k esok extra nervous..
wuwuwu kena masak makanan india..
watdehe..
takot do...
amma appa tolonggggg!

sila like banyak2! www.tips-fb.com

nukilan dari yang terkilan~

bukan simpati yang kupinta
bukan jua untuk dihargai
terdesak jauh sekali
tapi
tak bermakna diamku selama ini
noktah kepada segalanya.
diamku hanya ingin memerhati
diamku hanya menanti
jawapan yang masih samar
tapi..
hampa
walaupun kini jawapan itu jelas ada didepanku
terbentang seluasnya untuk aku mengerti
aku bukan bodoh untuk tidak mengerti apa-apa
ya aku faham!
faham untuk mengerti kau bukan seperti
manusia yang aku dambakan..
namun
aku masih tak mengerti
kejujuran apakah yang kau cuba pertahankan dulu?
janji apakah yang kau lontarkan dulu?
sehingga aku ternanti janji penuh palsu kau
jangan cuba untuk perbodohkan
dengan muslihat yang kau cipta itu
tapi tak mengapalah..
aku faham segala-galanya
dengan mengenali insan yang tak menepati janji
diam seribu bahasa
seolah-olah aku diperbodohkan
tapi sebenrnya
kau telah perbodohkan diri sendiri
untuk mengheret sama orang lain dengan permainan yang kau ciptakan
tahniah dari aku
untuk segala kebodohan yang menemui titik noktah ini
sekian!


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Sunday, October 9, 2011

makanan chim chum di restoran D'Village

tadi pergi kafe untuk makan apa lagi.menu petang hari ni adalah nasi ayam. perggh nasi ayam kafe sedap! tambah2 lagi feveret. hmm setakat ni tiap2 petang dok baham nasi ayam sepinggan. sebab tu badan penuh dengan lemak ayam. haha hamek kau teha, dah gemuk!

berbalik pada cerita asal, disamping makan tu, mata tak berkelip tengok cite kat astro. TERSENTAP MAK NAK! warung kita astro pergi jelajah makan2 kat kelantan plak. (tak tau la siaran ulangan ke hape, dah lame tak folow warung kita) sape agi kalau bukan farouk hussein tu. sume makanan yg dia bedal ckap sedap, over giler kau farouk!

mak bangga giler nak! farouk pergi restoran d'village kat pengkalan chepa. negeri mak yang terchenta! haha.. sebab kat situ menu paling spesel ialah CHIM CHUM.

aku pernah pergi sekali kat situ. tak silap aku tahun 2009 kot, dah lame giler tapi stil tak amnesia.haha. memang chim chum dia terbaik! ekceli aku pon tak tahu kat situ ade bende spesel yang boleh dibaham, sebab 5 tahun belajar kat pengkalan chepa dulu, harem tak tau. inipon di recomendkan oleh kakak aku suruh cuba, apa agi jum tengok ade ape yang spesel sal chim chum.

sesape nak pergi, nah aku kasi alamat,


FOOD VILLAGE RESTAURANT LOT 1184 KG, BAUNG, JLN PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU KELANTAN.

ala tepi jalan nak ke airport je pon..tak susah cari.



naseb baik ade agi gambar yang aku simpan. alang alang jumpa gambar tuh rasa nak buat entry plak.haha.ni la chim chum.sume benda boleh dicampak campak selamba je dalam bekas ni. pastu kasi dia HOT HOT n terus makan HOT HOT. meggy dia aku suka,sedap. yang cecair berkaler oren oren gitu tu stock meggy ayam kot, tapi masin siket r kalau nak hirup hirup. gril daging, sotong n ayam memang sedap la sebab dia punye perap dengan black pepper kegemaran mak!



ekceli kat depan tu my sis n her fren. ni je gambar yang ade.haha.sian kau kak, tak nampak muka sebab fokus adalah benda alah ni. kalau takde ni nampaknye makan raw raw la macam orang korea. hmm asyik asyik korea, nyampah mak!
(mulut kata nyampah, hati kata sayang, ahakz!)


see, ni gambar lame. ni time era selendang chiffon lagi. ala time mula2 shawl tengah HOT!
ok takdek kaitan!


ihsan: google

ekceli, ni buffet. bayar RM13 sahaja, kau boleh bedal dan sumbat segala benda selagi terdaya. selain fishcake sume ni, bole pilih nasi goreng, mee goreng untuk main meal. dessert banyak gak la pulut durian, colek buah, cendol n banyak agi la. tak hengat. nak dipendekkan cerita heaven la buffet chim chum kat sini. tapi, ade gak manusia yang tamak. ade ke pergi curik daging perap yang mentah tu bungkus dalam tisu pastu letak dalam handbag. takdek kesedaran sivic langsung! nak kata kekampungan idok le. setakat 2,3 ketul bawak balik sape la nak makan. membazir je! itu yang aku tengok meja depan aku. nak kasi curik pon jangan kantoi weh!

hmm..bile tengok warung kita tadi, rasa nak makan chim chum plak dah..alahai harap kesampaian....
sila like banyak2! www.tips-fb.com

Saturday, October 8, 2011

tips Diet : MACARON sedap ke sihat ?


macaron adalah cookie yang berasal dari italy dan french yang mana putih telur dan gula menjadi bahan utama untuk menghasilkan macaron. ala google je berlambak pasal macaron. malas nak cerita asal usul macaron, boring ! sekarang ni ramai orang gemar makan ni as snack. belambak2 orang jual.

so, aku berkesempatanlah rasa sebab my cousin beli dan suruh aku try 1. at first aku try ohmmaiGodd! manis sangat2. itupun gigit sikit je dan at last sory aku buang walaupun aku tau macaron kalau nak beli sebiji macam makan nasi sepinggan kat kedai. maaf penggemar macaron, aku sejujurnya TIDAK SUKA macaron! aku takkan tertipu dek kecantikan luaran. so, bolehlah kita buat kesimpulan bahawa bukan semua benda yang cantik2 itu berkualiti, dari segi luaran memang ye berkualiti, tapi dari segi dalaman tak nak kesah ke?
ketuk kepala tanya otak!

yang aku nak share kat entry ini adalah based on ape yang aku cuba cari dalam malaysian punya buku database berkenaan dengan kandungan macaron yang kita boleh kaitkan dengan kesan pada kesihatan kita. berkenaan dengan macaron, ofcoz tak ade kolestrol sebab menggunakan putih telur but for sure contain a lot of sugars ! nak tau berapa kandungan gula dalam sebiji macaron ??

based on aku tengok2 resepi dekat SINI, aku assume je sebab memang tak dapat sumber pon 1 adunan tu dapat menghasilkan berapa biji. tapi kalau ikut resepi tu, dalam 1 adunan bolehlah memuatkan 25 keping macaron atas tray besar tu. kalau salah tolong bagitau ye. so, untuk 1 adunan semestinya 12.5 biji yang terhasil. dalam sebiji macaron mengandungi berapa kalori ?


untuk 12 biji mcaron ok :

bahan - bahan :

buah badam 125 g = 692.3 kcal (buah badam memang tinggi lemak = 60.8 g)

gula 175 g = 697.5 kcal

putih telur 50 g = 25.6 kcal

meringue powder 3 g = 9.7kcal

butter cream =786 kcal

TOTAL CALORIE = 2211 kcal.
total lemak = 138.9g
total CHO = 209.1g



kita tengok sebiji macaron plak berapa :



TOTAL CALORIE = 184.3 kcal
total lemak = 11.6 g
total CHO = 17.4 g

jika dibandingkan dengan makanan sihat yang lain,kalori dalam 1 biji macaron bersamaan segelas susu UHT rendah lemak @ 2 biji limau manis @ 2 biji pisang berangan @ 4 keping pisang goreng.

saranan bagi setiap kali makan hanya SEBIJI aje ok. bukan bedal sedozen, mahal tu cik kak! kalau ikut portion makan, cHo hanya 15 g dan lemak 5 g sahaja. so, korang dah amek 1 portion cHo dan 2 portion lemak dah tu kan. apa yang aku tau orang perancis kalau makan 2, 3 biji, dorang makan dengan kopi@ tea yang tak bergula sebagai snack petang.

tapi orang mesia boleh ke minum kopi @ teh tanpa gula? 2 sudu gula baru cukupkan untuk secawan kopi. tabiat orang kita memang macam tu. so, aku nasihatkanlah tak yah lah makan as feveret sampai tak ingat kesihatan. nak makan boleh tapi sebiji cukup. kalau dah kena kencing manis, darah tinggi nanti susah. khas untuk kanak2, benda camni memang dorang suka sebab menarik, kaleful. so, kat ibu2 awasi lah anak anda tu. nanti gigi rongak tak cantik !!


apa yang aku tulis ni bukan aku nak mengajar sesiapa, tidak ! sebab naluri aku begitu kuat nak tau kenapa macaron manis sangat ! as rujukan for sure la tak boleh nak percaya 100% sebab aku tak rujuk langsung kat jurnal2. as evidence tak ada ! just untuk di share aje ok! rujukan utama aku adalah book of nutrition composition of malaysian 's food.

agak2 golongan mane yang sambar dulu ni ?

:: kurangkan manis dalam makanan,
tambahkan manis dalam snyuman::
sekian......

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Monday, October 3, 2011

having lunch at korean food restaurant ::yummyyum::

semalam kuar date dengan my cezen dan kawannye. dorang ni beriyo benor ajok aku kuar sebab dorang ni nak kua kolompo berduo jo mano dapet sebabnya takut sesat. so, nak tak nak aku kena pergi 'jemput' dorang dekat Klcntral. amboi.... cezen aku tu nama je dok kl. tapi nak pergi kl pon bising. nak naik ape la..jalan ape la.. sume tak tau. hihihi.

so, lepas jemput dorang, kitorang pergi lowyat. cezen aku nak cari hp. tapi agak mahal la hp sane. selepas buat survey kat sume kiosk yang ade.. memang mahal la. ori ke tak itu aku tak pasti. sebab my cezen nak sangat hp macam aku ni. tapi aku beli jaauh lebih murah. ori ke tak pon aku pon tak pasti jugak..hahaaa..

then, waktu tu dah pukul 2. 1 makanan pon aku tak amek sejak pagi tadi. sampai otak aku takle fikir dengan waras. ikut jalan pon salah. sampai my cezen aku tu tegur aku bape kali ntah, cam budak mengong je masa tu, tak betul ! n aku so excited nak makan korean food.heeee..so, budak 2 orang tu ikut je la kemahuan aku as a UNNI. ini yang kitorang order :


ni kimchi jjigye weh..
kimchi kimchi..depa orang korea memang feveret la makanan ni. siap buat bekalan 3 bulan kalau sekali hand-made kimchi.

komen aku : sedap..sampai meletup letup lidah sebab hotttt giler. rasa dia punye masam n pedas..jes nice la makan.. ade tauhu, kubis cina, n mushroom..

ni la dia ramyun..or ramen orang korea panggil. kite orang mesia panggil meggy je !

komen aku: kuahnye tawar r weh..sebab aku selalu makan meggy buh perencah sampai habis.sebab tu masin..wahaha..tapi rasa megy dia lain siket


ni nama dia jjajangmyan. ingat tak dalam coffee prince, yoo eun hye lawan2 makan dengan bf adiknye tuh..n dalam yoo hee the witch, yang bapak jae hee oppa berniaga mee. mee ni dorang panggil jjajangmyan. masa nak makan tu gaul sampai sume itam.

komen aku: yang ni aku order. rasa kicap dia memang tak masin. n rasa lain la, tak macam mesia punye kicap. n mee dia memang nice. rasa likat siket nak kunyah. cam instant laksa pon ade. sebab kat rumah mydad selalu beli instant laksa kalau nak makan laksa kuah putih..



tu dddiaaa kimbap. orang korea buat makan lunch pon ade. hohoho.. cam biasa la rasa cam sushi je..



ddoekbokki / rice cake in spicy sauce
biasenya dijual kat gerai2 tepi jalan kat korea.

komen aku: makanan ni yang paling aku suka. n mungkin menjadi feveret aku kot lepas ni. bila kunyah dia rasa kenyal. buat ngan tepung beras kot..tapi memang yyyyyummyy!



chicken kalguksu

komen aku: tawar gak..ala cam rasa sup je. tapi rasa nye memang berbeza dengan rasa sup mesia..




baru aku tau kenapa orang korea kalau makan tu, kekadang aku tengok dorang kunyah macam tu je nasi tanpa amek lauk pon. sebabnya nasi depa memang sedap. rasa cam beras siam pon ade. cam beras pulut la kot. n guess what aku ratah nasi selamba mcm tu je sebab ssssedaaap!



setiap main meal akan diserve dengan 3 benda alah ni. kimchi, ikan bilis goreng n coleslaw.
kimchi mentah cam ni tak bape sedap la. sebab rasa banyak bawang..huhuh
tapi ikan bilis nye sedap sebab manis !


lepas kuar dari restoran, i dunno la wether that man as tokei kedai or supervisor, but nice when he said aniongsayo, kamsahamida to us...
dia la yang banyak recommend food kat kitorang yang tak tau nak makan ape...
heheee

k, pastu p shopping2. n my cezen bought me baju. onyonyonyo cooo cweet ! suke gile baju tu sebab fit dengan body aku. nex time sis banje u makan ye.. thanks dear...

next, p shooping jalan tar. cari2 tudung. not me la but them.. i jes tunjuk jalan.. terserempak dengan laki tak siuman bukak suar n duduk selamba je macam tu tepi jalan. terkejut mak nak ! dah le hujan mase tu. mak takut nak !


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Saturday, October 1, 2011

my palace


tema kaler tahun ni kaler oren + kuning + coklat.
nak buat konsep royal tapi version orang yang memang failed bab2 interior design la.
hehee bedal je la labuuu...
sebab ongkos nak decorate takde..wuwuw... -__-





bunga sakura pon ade.... kang romantik jika basikal tu oppa kyuhyun yang bawak aku p bersiar - siar .. weewit ! phew !




kerusi oren langsir kuning. teeet !



oit kantoi skodeng opppa oppa BB nyanyi...heheeee


ok nak bagi ucapan n dedicated to my luv K1 :

terima kasih sebab bagi kita duduk K1 agi. even merit kite seciputtt je....alhamdulillah rezeki...
terima kasih letak kite kat tingkat atas sebab dulu kite duk bawah !
terima kasih sebab bagi kite semua perabot baru. sebab tu yuran kite naik sem ni !
banyak barang kite masa tinggal cuti sem ari tu rosak. terima kasih banyak2 sebab x secure kan. terima kasih sebab langsung tak amek kesah student2 yang memang duk jauh...
terima kasih sebab tukar tender cafe baru. sebab tu kite takleh makan yeemee claypot feveret kite agi...sob sob..
terima kasih sebab letak mesin basuh kat floor kite.sebab tu kite takde duit syiling lebih skrg. sume sumbat dalam mesin. kalo dulu kite bayar ikut sem je. takde kene pakai syiling...cian sume mesin individu kena bawak balik dah...
anwy, jes terima kasih banyak2. jasamu dikenang..... (mata keatas, tangan kedada)

sila like banyak2! www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails