//

Wednesday, December 28, 2011

Kami tetap pertahankan KPOP malaysia dulu, kini & selamanya !

kesahnya budak - budak sekolah zaman sekarang tengah hot - hot layan kpop jambu kat sekolah. semua nama orang korea yang jambu - jambu tu dorang ingat. maklumle zaman kpop sekarangkan.  dulu, zaman sekolah menengah aku layan kumpulan indon, masa tu fenomena lagu - lagu indon jiwang.. dealova la peterpan la. tapi paling syok masa sekolah rendah dulu. tahun 90 - an. ingat tak korang - korang yang lahir zaman 90 - an.. masa ni zaman rock tangkap leleh fuh bukan main jiwang. xpdc, lagu isabela, ukays..sume feveret. peminat setia lagu jiwang macam aku ni siap print dari internet lirik - lirik pastu failkan. haha.. masa cikgu takde dalam kelas, kitorang nyanyi sesama. sweet! :)


tak lupe juga, zaman aku adalah zaman nana & acik spin (allayarham), ella, ziana zain, ezlyn, elly mazlen, new boyz, phyne ballerz, boboy, baji  lagu hot (AIA) yang  Rarare rara rera rara rare rara tu. ingat? masa tu dorang tengah hot. pastu timbul irama pop. meletup letup la masa ni. macam korean pop la meletupz nye. korang pon masih ingat kan? reverse balik k k. putar balik kita pada zaman 90 - an.. kpop kita dah lama bertapak kat malaysia dek! tak caye ke adik - adikku? kitorang femes dengan kumpulan feminin,x -factor, A to Z, KRU, Erra fazira & tak lupa juga kumpulan feveret aku, ELITE.

bila ada je konsert depa kat tv akulah yang paling setia tercongok kat tv. sape tukar siaran, siapla aku ngamuk. bila dorang nyanyi, menari bagai aku ikut nyanyi dan menari sama. Sweet! :) pastu bila time habis cerita nak tunggu masa program lain start mesti ade pasang klip video lagu. masa tu memang aku setia lagi la. dok nyanyi. pastu sambil berangan dengan harapan suatu hari nanti aku nak tubuh kumpulan sendiri pastu kuarkan album macam kumpulan elite. pastu berangan nak jadi macam era fazira. sebab bila time dia nyanyi konfiden habis la. fesyen dia buatkan aku tak lena tidur. konfiden je dia. 

baru kini aku paham. kenapa parents aku beriya mempertahankan lagu - lagu & artis 70-an. zaman pop yeh yeh. sebab? sebabnya zaman depa membesarkan. pasti  ada artis idola masing -masing. umi aku sejak dulu minat sharifah aini. abah aku plak saloma & p ramlee. aku cakap dalam hati, lagu punye le lambat pastu macam berpantun, tu pon ulang 2x 2x. macam tu pon best ke? nyanyi plak kat batang pokok? abah aku siap cakap takde sape artis wanita yang boleh tandingi kelunakan suara saloma. biarlah zaman depa kan. oh oh baru aku paham kenapa depa cakap muzik sekarang ntah ape ape ntah. sebab zaman muzik aku pon dah lama berlalu. rindu kalau ingatkan balik. nanti zaman muzik anak anak aku nanti bagaimana ye?? misti dorang siap ejek lagu2 zaman aku dulu.hahaha..

jom kita layan lagu lagu best dari elite..boleh korang imbau masa anggota elite yang masih anak dara. ahakz! walopun ada orang dok ngate elite kumpulan janda, ikut depalah, hal masing- masingkan..depa dianggotai oleh abby abadi, azza, fiza, shasha, hana, watie & linda rafar.


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Tuesday, December 27, 2011

Pasangan - Kenapa Saya Terlalu Memilih ?


asaalamualaikum...

till jannah..

soalan yang common bila rakan - rakan disekeliling bertanyakan :

  • wei ko ase tak loser ke hidup takde pakwe? -(tak, hidupku aman)
  • eh ko tak kapel ke? -(tak). iyeke? iye iye je pedahal ade kat luar kan kan.. -(-_-)
  • ko bile nak kawen? (lambat agi) iye iye je. tengok - tengok ko dulu. -(-_-)
bagi aku, hubungan perkahwinan itu perkara yang serius, bukan bahan ketawa atau senda gurau. sebab itu bila kawan - kawan dengan ceria bercerita impian masing - masing bila tamat pengajian, nak kawen bila da dapat kerja, nak dapat anak selepas setahun, nak pakai baju kaler pink nanti sanding, dan bla itu bla ini dan bla bla bla aku hanya diam, takut hendak menyampuk.

sebab angan - angan tersebut terlalu tinggi untuk ku capai. aku perlu matang berfikir hal semasa, lepas dan akan datang. aku perlu belajar berkomitmen. aku perlu persediaan untuk menjadi isteri yang tidak akan dilaknat oleh Allah. aku perlukan semua tu. memang tidak salah. tidak sama sekali. semua orang ada impian, semua orang punya perasaan cinta. tapi cara individu menzahirkan cinta itu yang berbeza. jika tidak bersedia, maka janganlah. jangan kita himpun dosa-dosa kecil dalam tak sedar. bagi aku, tak terlalu mengejar cinta itu tak mengapa. im single im ok, tak loser pon. sebab aku takut menzahirkan cinta dengan cara yang salah. walau aku tahu apa yang aku buat itu betul, tak salah tapi pandangan Allah? aku takut tak dapat keredhaan dari Allah. aku takut cinta aku kepada Allah tersekat. sesungguhnya aku takut. aku takut bila hati aku terlalu berbunga bila sidia memujiku, mengatakan sayang tidak terhingga. aku jadi alpa. aku terlalu taksub dengan cinta sidia. tapi cinta pada Allah aku tak sahut.

bukan ke dulu ko kapel? bukan main...

ya, dulu aku kapel. aku buang masa aku, 3 - 4 jam bergayut sedangkan pada masa itu aku boleh tidur dan merehatkan minda. keluar dating sana sini sedangkan orang ketiga ada ditengah - tengah, berbelanja beli hadiah, prepaid, makan minum sedangkan duit tersebut boleh kusalurkan kepada perkara yang lebih berfaedah. merasa risau, gelisah, curiga bila tidak dihubungi walhal urusan lain perlu didahului. bila mengimbau saat - saat lampau, aku menangis. hiba dengan kedhaifan aku. tapi aku sekarang bukan aku yang dulu. jangan samakan aku dengan yang dulu.

ko tak takut ke jodoh ko tak sampai? at least ko berusahakan...

tak. aku sama sekali tak takut. malah aku yakin dengan qada' qadar Allah dengan jodohku. siapa pilihan Allah aku yakin. aku yakin bahawa Allah pasti menemukan aku dengan jodohku, bakal suami. sama ada cepat atau lambat. Allah akan memberikan aku teman yang baik untuk aku. buat apa aku takut jodoh takde, walhal sudah tertulis dia, jodohku. dulu Allah temukan aku dengan orang yang salah. supaya aku berfikir bukan rupa sahaja yang aku nak. bukan hartanya, bukan jujurnya sahaja, bukan romantik@caring sahaja, bukan kekacakannya dan bukan juga popularitinya.

elleh ramai je yang nak kat ko. tapi ko tu jual mahal. terlalu memilihkan...

ya. im typical. tetapi typical aku bersebab. aku bukan mencari seorang kekasih, tapi aku mencari seorang yang benar - benar mahu memperisterikan aku. sebab perkahwinan bukan untuk sebulan, setahun. bukan 3 tahun, pastu CLASH. biarlah jodohku sampai akhir hayat, TILL JANNAH. bukan kerana rupa. tapi LILLA HITA'ALA.

aku mencari yang berharta, dari keluarga yang kaya? TIDAK! cukuplah dia berilmu dan dari keturunan yang baik - baik. dengan ilmunya dia dapatkan pekerjaan, mencari rezeki halal untuk menanggung keluarga, dengan ilmunya juga dapat membimbing aku bila aku terpesong dari landasan yang salah. membimbing anak - anak & aku sama - sama masuk ke syurgaNya. dan biarlah, setaraf dengan ilmu yang dimiliki. maksudnya bila dikemudian hari tidak akan ada persilisihan faham,kecik hati. sebab dalam kursus kahwin hari tu, ustaz ade cakap, sebolehnya carilah pasangan yang setaraf dengan kamu.

aku mencari yang kacak? TIDAK! cukuplah akhlak yang terpuji. melengkapi keredupan wajahnya. tenang bila menatap wajahnya, supaya hati yang berserabut boleh jadi tenang. menjaga auratnya diluar, menjaga kesihatannya supaya tidak merokok. itulah istilah kacak yang aku nak.

aku mencari yang boleh memahami aku? TIDAK! itu tak cukup. aku ingin mencari yang beragama. dengan agamanya, dia boleh mengajak aku supaya faham akan kehendak Allah, dapat mengimamkan solat denganku,anak - anakku,depan ibubapaku dan depan orang ramai.

bolehkan aku terlalu memilih. ... :)

ala.. bukan semua orang sempurna mcam yang ko nak. bermimpi la ko disiang hari..

ya betul. tidak semua orang sempurna baik sifat, mental dan fizikal. tapi sifat rohani kita boleh ubahkan. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya ” - QS 13:11. berbekalkan iman, insyaAllah.. :) tapi siapa pun jodohku, aku redha. aku terima. sebab aku berpegang pada yang satu, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. jika kita beristiqamah.

ko ni cakap macam orang alim. aku nampak ko tak pon..nak muntah! cermin diri dulu.tak gitu ?

ya, aku akur aku tak semulia saiditina Aisyah mahupun khadijah. akhlak aku masih rapuh. imanku tak sekuat bilal bin rabah. sekejap turun sekejap naik, ade pasang surutnya. tapi jangan sesekali kau patahkan semangat aku untuk mengejar cinta Allah. aku cuba memperbetulkan akidah aku dengan solat, aku sempurnakan dengan sebaiknya, semoga dengan sempurnanya solatku maka yang lain - lain akan menyusul. insyaAllah :) aku berusaha ingin bermujahidah dari perkara yang melalaikan.









sila like banyak2! www.tips-fb.com

Thursday, December 22, 2011

resepi SNEK sihat : Kesari pandan



Assalamualaikum WBT..
hai awak. jarangkan entry blog ni berupdate sejak 2 menjak ni. takde cerita la awak. (tipu!)
sebernarnya betul2 takdek waktu. yelah entry kena panjang2, kalau pendek2, tak cool yaw! bila nak terlebih cool yaw, masa diambil jugak lama yaw! membuatkan saya memberontak akibat masa saya dicuri yaw! ok yaw, apekata sekali sekala kita tukar angin sepoi2 kita dengan menikmati hidangan yang sihat dan lazat. uhuk! LAZATTTTT !

saya berkobar-kobar nak share ni. sebab apa? sebabnya kan, nak cerita kan, minggu lepas kan, grup saya kan dapat pujian yang amat mengharukan daripada prof saya taw taw! 1st time yaw!
dia gtaw suruh bagi fulmark grup saya kat RA dia. terharunya! mekasih! gomasseumnida!!!

usaha keras pasti membuahkan kejayaan. rasa bangga lak guna statement ni. ok, nak cerita, teha aritu plan menu kat patient yang ade hepatic cirrhosis. menu plak india. kira teha ni dah pro la buat masakan india. tiap2 minggu kot. dan yang paling menyedihkan tak pernah boleh menu western, kempunan nak buat trifle. ;(

kami masak banyak sangat ! tapi alhamdulillah masa 1jam 30 minit kira sempat & semput la..



NO SALT ADDED! healthy & energy-densed spinash tomato soup..
jangan risau, walau no NA added, tapi rasanya memang memuaskan kehendak selera kita. kami tambah BANYAK GILER rempah ratus & daun2 beraroma.


salmon baked with tamarind chutney yaw! salmon tuh, ko hado?
chutney = orang kita panggil sos jelah..



potato brown rice
very attractive! very high energy-densed for malnourish/underweight/anorexia.



ok yang ni teha nak share. makanan ni india punye. tapi, orang melayu pon boleh makan sebab rasanya SANGAT SEDAP bila ditambah RASA PANDAN. jangan risau kita tengok camane kita modify kan supaya lebih sihat! KURANG lemak, KURANG gula. KURANG garam. sebab... cer google kesari indian punya.. kaler dia oren k, dan tersangat manis..

healthy Kesari pandan recipe

bahan2:
1cawan tepung suji
1 sudu makan gula
2 cawan susu rendah lemak
1 sudu makan marjerin rendah garam
20g gajus/badam
daun pandan.

cara2:
goreng gajus tanpa minyak kemudian, tumbuk kasar.
goreng tepung suji tanpa minya hingga kekuningan.
blend daun pandan, ambil air pandan je ok.
panaskan susu.tambah marjerin, gula, dan air pandan.kacau sampai mendidih
masukkan tepung suji sedikit demi sedikit.
masukkan gajus.
bila telah pekat, masukkan kedalam bekas ,tekan & ratakan.
biar sejuk, & potong.

(yang teha buat tu sedikit kering, sebabtu mudah rapuh. buat lembap2 k.kalo nampak kering tambah air.)

- selamat mencuba -


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Tuesday, December 20, 2011

my sis's wedding, MABROUK sis... [entry bergambar (s)]


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".

"Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya." - ( Riwayat Ahmad )


11/11/11

my sis, muda2 lagi dah jumpa dengan jodoh beliau. semoga cinta & ikatan kalian sampai syurga. amin..


Kalau cinta Allah diutamakan , keredhaan Ibu bapa didahulukan , insyaAllah cinta abadi sesama manusia sentiasa menanti . - Dena



tanggal 11 haribulan 11 2011, (tarikh yang indah, ehem jeles) kakak aku dinikahkan dimasjid. setelah rukun wajib telah disempurnakan dengan sekali lafaz, abang aku mengimamkan solat hajat, semoga niat suci diberkati Allah..


25 /11/11

inilah walimatulurus yang diadakan secara bergotong royong kat surau berdekatan dengan rumah aku. orang klate panggil 'BEKWAH' or perkataan asalnya 'BIGWORK'. bermula dari sembelih lembu, potong daging, kupas bawang, potong sayur sume dilakukan bersama - sama dengan orang kampung. walimatulurus lebih kepada kenduri kesyukuran dan tidak sama sekali duit bersampul/salam berisi..majlis aku nanti pon aku nak kekalkan gotong - royong macam ni.. ahaks..


pengantin tersipu2 malu. huah2.. heheee... sayang sekali, aku sampai lewat pada hari kejadian.. maka, gambar aku pon takde.. uhuks..almaklum anak perantauan terpaksa meredah hujan lebat (banjir) untuk sampai ke kampung halaman disamping meninggalkan asignment yang berlambak2 di kolompo nuh..

tersangat ramai sanak saudara yang jauh2 datang. yang jauh kita dekat - dekatkan, yang dekat kita erat - eratkan. masa ni la nak kumpul sume saudara mara. lagipon family kami terlalu besar, nak jemput vvvip pon lauk tak cukup, habis makan kat anak beranak je. siyesly ade relative aku yang aku baru kenal..sadis...gambar kanan atas tuh mok ambe dari tranung. sape kabo mok ambe doh tue, memang kene pok la.. orang slalu salah paham. kabo mok ambe nikoh baru bila aboh ambe dok rapat2 dengan mok ambe. demo pakat kate lako duo orang tuh laki bini. padehal aboh ambe anok sulung die. berat nanang.. kang doh kabo mok ambe awek mude..

untung le jadi pengantin dapat sume set baru yang berjenama mahal2. uhuks..

sebelah malamnye plak, riuh rendah umah, buat bihun sup yang super duper sedap dari makcik aku si tukang masak handalan. haha.. sedap sedap. biasakla lepas basuh periuk, kawah, kang lapo.. terutama pengantin baru yang tolong basuh, lagi afdhal! kang siang hari korang jadi retis, malam haruslah kena kaw kaw kami buli. lebih afdhal kan kan !



27/11/11
rombongan sebelah pengantin lelaki plak. yang ni aku pon ade..hehehe nak jadi retis la jap ek ek..


buat masa kini, hanya 3 orang family En. Hanapi yang masih single yang terdiri daripada ayahlong sulung (my baby ammar), astak roy (my love bro) & me (the youngest). lepas ni insyaAllah my astak roy akan menyusul.. me? akan ku perkatakan bila waktunya sudah tiba...

wassalam

sila like banyak2! www.tips-fb.com

Thursday, December 15, 2011

Kempen Obesiti Sifar 1 Malaysia, Tesco Selayang, 18 disember 2011 ini!


salam tuan puan sekalian..

dengan ini saya menjemput dato sri/puan sri, dato/datin & tuan puan sekalian dihujung minggu bersama keluarga memeriahkan ruang legar Tesco Selayang untuk menjayakan dan menyokong kempen obesiti sifar 1 malaysia.

program ini akan dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar tahun 3, pemakanan & dietetik, UKM kampus kuala lumpur.

kami menyediakan pelbagai permainan & kuiz yang menyeronokkan & hadiah menarik menanti anak anda !!!

jika anda prihatin terhadap tahap kesihatan & kegemukan anak anda, datanglah ke kempen kami untuk mencari penyelesaian bijak kerana kami bersedia berkongsi ilmu mengenai penyelesaian & pengurusan obesiti untuk anak - anak anda !!

ceramah yang akan disampaikan mempunyai 2 slot. slot pertama mengenai kenali obesiti &
slot ke-2 menekankan pengurusan pemakanan obesiti serta peranan ibubapa dan anak. pastikan anda tidak terlepas kedua -dua slot tersebut untuk mendapatkan tips dan panduan yang lengkap daripada kami...



see u there !!!




sila like banyak2! www.tips-fb.com

Tuesday, December 13, 2011

Banjir Kilat Dijalan Tun Razak Hari Ni !!



baru dapat berita yang agak mengejutkan. yelah kolej kediaman kami kat belakang perpustakaan negara (berbumbung putih) tu je. Alhamdulillah, tak terkena tempias. kalau tak kami nak pindah kemana ? dah nama banjir kilat, fenomena ni hanya sekejap je.

tadi balik naik bas ukm ke kolej kediaman dalam pukul 4. dalam pukul 4 tu la stat hujan. tak tau plak nak jadi banjir sebab hujan tu kejap je. Kuasa Tuhan ! kalau kami ade kelas sampai pukul 5, 6 tak tau la camane. sebab dah la waktu puncak, jem tersangkut lagi. huhu banjir banjir..

nampak tak bas bumbung hijau tu, tu macam bas eltabina ukm yang angkut student je..hehee..naseb baik boleh lalu lagi kan..
sila like banyak2! www.tips-fb.com

Wednesday, December 7, 2011

tercapai hasrat yang menggunung



"pasghah itu menyeghah, gheda itu ikhlas" - lisa sughihani


da setahun 2 bulan aku ternanti - nanti kemunculan ombak rindu. yes aku pernah update pasal ombak rindu kat entry ni setahun yang lalu.. cerita ni memang ambil masa yang lama nak dipublishkan.

aku bagi 5 bintang cerita ni.y not kan jalan cerita yang best dari penulis yang hebat. memang patutla aku bagi pujian lebih. cuma aku tak berkenan pengarahnye je. sebab cara dia buat cerita lagenda budak setan macam..... langsung tak menyentuh hati. kalau pengarah cerita nurkasih mayb lagi kaw impaknya.

dalam entry yang setahun lebih aku buat tu, aku ade cakap kenapa orang macam tak reda dengan pemilihan maya karin sebagai izzah. why why ? maya karin ade ful pakage yang orang mungkin x nampak: natural beauty, menghayati watak, dan menjadi la sebagai izzah. aku tengok dia dimakeupkan nipis pon stil cantik.dan yang penting dia memang orang yang lemah lembut.

kalau nak dibandingkan dengan lisa, kenapala aku susah sangat nak jadi fan dia. dari cerita adamaya pon aku meluat tengok dia. berlakon pon ntah ape2. aku jes akui dia memang cantik. bab lakonan tak boleh la. n dalam cerita ombak rindu berlakon memang over giler. n aku admit yang dia memang luaran kasar, n sifat tu terbawa2 kedalam lakonan. makeup memang tebal tapi stil x cantik. lebih2 lagi masa scene dekat airport, makeup dia x cantik langsung.
n lakonan over !!!

ending cerita ombak rindu memang ade kelainan. izzah tak keguguran seperti dalam cerita. sweet ending. takkan nak tragis sampai last kan.. nanti tidur tak lena la peminat cerita ni.


dan aku sebagai wanita, persepsi aku senang je bagi cerita. kalau kita sebagai wanita berada dalam situasi izzah aku rasa aku tak cukup kuat untuk hadapi hidup yang sadis tu.
sebab aku bukan setabah 'izzah'. sebab tu kita akan menangis bila tengok. dan air mata yang kuar tu bukan dipaksa, air mata wanita yang menghayati watak izzah dari hati ke hati.
kita juga boleh bayangkan kawan kita yang berada dalam situasi berkenaan bercerita kisah hidupnya dengan kita. kalau kita memang ada bersifat empaty kita akan turut menangis..


sila like banyak2! www.tips-fb.com

Thursday, December 1, 2011

SANI - must - take

yesterday i went to ts, reached there at hunger time. luckily, ticket for twilight saga:breaking dawn part 1 was stil available and finally we grabbed 6 tickets. haha, how is it cool, im telling you, seriesly, the plot was easy to understand. the wedding event, i wanna hev one. nak nangis tengok. deco was superb!! bella's dress was amazing! bella oso, perfectly changed to gojes lady even she did not wear any diamond or necklace.jes perfect!

but mostly the important parts were cut down. probably might not be suitable for malaysian cultural, i think. but who care. yeahh..i need to find the novel. part two?ok..fine i hev to wait.again n again n again. edward, super charming as a husband. same to jake, lonely man but i think he completely has ful package as a protector and husband to bella rather than edward. but the powerful of love between both, he cant do anything, jes givap. jake dun worry u hev renesmee, rite? she was 2-hundred-percents prettier than her mother. but seriesly, u r super duper handsome, ur tough body was teling u r the most admirable man for women, include for my frens oso..hoho..


new season - must - watch

k. my story today is not bella. not edwad. oso not jacob. i wana talk bout sani. because i think i fall in love with sani. yeah since 2 times i choose sani as my first choice to back to myhometown.

seriesly, i as regular customer for skmk ekspres (trans) before, totally dissapointed with their services. i duno why makin lama bertapak dibumi malaysia ni, makin worst dia punya servis. kot dia ingat orang dah lama naik, 200% orang setia pada yang 1. but not me la. series la cakap. as a customer, aku ada hak nak bersuara. plis la update ke lebih baik. semua dapat benefit kan.

series aku cakap, tak pernah 1 kali pon, trans jalan ikut time dalam tiket yang kite beli. beli pukul 10.30 malam, 11 baru sampai. musim cuti, aku tunggu sampai pukul 12.30pagi baru sampai. if nak balik ke kl, sepatutnye bas sampai pukul 11 malam, pukul 1 baru sampai. kesian mydad, tetap tunggu sampai bas datang. walopun mengantuk gile2 n tido lewat not gud for hypertension. naseb esoknye je darah naik.hoho. bila tanye dekat mypartner sebelah seat, dia cakap 1 jam lebih lewat bertolak dari kota bharu, wat the......!

n bila naik dekat bas stop tau2 la, seat yang orang lain punye pon dorang duduk suke hati. bila aku punye seat orang duduk, aku nak duduk mane? tu la mentaliti orang kita. kalo cakap dulu tak belajar mengira, kang ngamok.so, aku terpaksa duduk seat paling belakang. sebab bas da jalan, terhuyung hayang dibuatnya. tu pon dapat sebab ade jejaka kacak tolong tunjuk seat negro anak 3, 3-3 seat dia amek. mboi manyak cantek! kalo bayar seat takpe. n ade lagi penumpang nak naik bila tiba di stesen bas gua musang. dorang memang takde seat langsung.berdiri! tapi tiket bayar! gues what, driver tak hamik peduli pon. dia jes cakap tunggu sampai bas benti rehat kat merapoh baru bole setel.30 minit berdiri tapi tiket bayar! kalo aku ngamuk seh..

bersambung cite td. sesudah benti rehat, driver naik atas cek penumpang. n sah2 datang tempat aku minta tiket. dia cakap nape duduk tempat orang lain? aku salah ke?bongok kau! marah2 aku. aku pon dianiaya. asal dia tak cek dari awal. ade orang nak naik nanti, so sila jangan duduk. benda simple pon x leh cakap. last2 dia tau dia salah, dia suh aku turun duk bawah. sesuke hati dia je. nape x duduk tempat asal. sume keje jadi senang.! tu la dia trans punye servis.


n not for sani. jes perfect. tempat duduk selesa, besar,servis pon elok. if dalam tiket tulis pukul 10.30 malam, 10.30 malam la dia jalan.memang punctual! if tak jumpe bas sampai belakang sana ha dia pergi cari bas n aku folow dari belakang. supaya penumpang sume dapat naik.memang care habis la. trans?ko hado?aku bukan nak kritik habisan, jes learn from ur mistakes la. if memuaskan orang suka, if memualkan orang kritik, biasa la.. malaysia.. :)

n jangan terkejut if sani ade ni....hilang kebosanan ku.. movie banyak. nak layan lagu pon bole. nak dengar ayat Quran pon ade.pendek kate bole layan sorang2 la . dibekalkan sekali dengan headfon high quality kau.. berbaloi bayar sama dengan trans. tapi benefits lebih banyak.

tengah layan unstoppable dalam hujan lebat..hehe..

sila like banyak2! www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails