

sempena ulangtahun yang ke 56 yang jatuh pada 22 safar 1432 hijrah bersamaan 27 januari 2011, aku bingung mencari sesuatu untuk diberikan hadiah yang sangat bermakna agar dia tak lupa akan aku yang sentiasa menyayangi dan merindui dirinya. oh apakah ? tolonglah....
aku fikir tak lama. dan benda yang aku cari selama ini dah ku jumpa. dan aku hadiahkan kepadanya dengan penuh keikhlasan hati tanpa merungut dan mengungkit di kemudian hari. dan inilah hadiah buat insan tersayang dan yang amat ku cintai selama ini.
" ya Allah aku panjatkan doa buatMU yang Maha Mengetahui. aku memohon padaMu ya Allah agar panjangkanlah umurnya kerana aku mahu hidup bersamanya, agar dapat diperuntukkan waktu untuk aku teruss berbakti kepada insan yang aku sayang. limpahkanlah kasih sayangMu ya Allah kepadanya agar kehidupannya dikelilingi dengan orang yang mengasihinya serta rezeki yang melimpah ruah. kurniakanlah kesihatan yang baik dan jauhkanlah dari segala malapetaka. Engkau ampunkanlah dosa2nya dan tempatkanlah dia dikalangan orang yang soleh ya Allah wahai Tuhan Yang Maha Pengampun dan lagi Mengasihani hamba2Nya.amin.."
inilah hadiah yang aku ingin sangat2 berikan kepadamu, Abah. selamat hari jadi Abah !. engkau hero dihatiku.... aku sayang abah ! T_T
belah kiri, encik napi pada awal 30-an. segak bergaya. belah kanan encik napi pada usia 50-an bersama isterinya. masih bergaya, mutu dan keunggulan.
thanks for reading this entry ^__^
tetibe terpanggil untuk join di saat2 last.. mane tau orang yang last bawak tuah.. hehee..
sesape nak join sempat agi jangan isau (memandai je). terus saje ke sini, blog BA.. cepat..!! sampai hari ni je ok.
meh kita gegarkan blogg!!
nak makan samosa sedap ? tapi tak pandai nak buat ? meh sini teha ajar. orang bujang pon boleh buat walaupun tak cukup bahan. boleh dikatakan samosa ekspres sebab cepat siap dan simple. kuih samosa ni teha buat kat rumah kawan teha kat triang sempena cuti taipuCam. untuk breakfast pagi.
macam biase kena ada cukup bahan - bahan nak buat inti dan kulit popia. tapi ini versi tak cukup bahan. tapi belum cuba belum tau. :) rasanya sangat marvelous!
kulit popia boleh dibeli di supermarket bahagian frozen. teha cari yang segi 4 tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. boleh pilih sebab ade banyak saiz.
untuk inti :
guna 1/2 kilo ubi kentang. (buang kulit dan potong dadu)
bawang merah+bawang putih+lada kering(blendkan)
disebabkan ayam kat dalam peti dan ambil masa lama nak bagi dia tak beku, teha ganti guna 2 biji telur je.
daun sup takde. dah habis stok. so kawan teha buat idea bernas guna kacang panjang!! :) sebab nak kasi ade kaler hijau. tapi guna daun sup lagi sedap sebab baunya lebih wangi. :( ok kacang tu potong halus2 ye.
cara nak buat :
dah bersihkan ubi tadi masukkan dalam kuali. panaskan. tambah air 1/2 gelas. bila naik wap masukkan bahan blend tadi. kacau kacau biar sebati. dan kacau lagi. bila air dah nak kering, pecahkan telur 2 biji. sebiji tu asingkan kuning telur dan simpan sedikit untuk dibuat gam kulit popia nanti.
kacau lagi. masukkan garam secukup rasa. tambah seasoning nak bagi rasa umpphh. lada sulah dan knorr secukup rasa. kacau sampai mendidih. siap!
ok cara nak isi kat kulit popia, ikut suka hati la nak buat camane. teha buat macam popia je. sebab tak jadi2 buat 3 segi.. hahah! siap gamkan hujung kulit popia dengan kuning telur.
engkau tengok yang sebelah kiri tu, itu yang awal2 try tapi haram tak jadi. so harus bungkusnya dengan cara yang senang agar tidak berlaku pembaziran.. :)
tara!! da siap. ini yang telah digoreng secara deep fry. walaupun tak masukkan isi ayam dan daun sup tapi jangan dipertikaikan plak rasanya. memang licin la weh..sume kata sedap. nenek dan makcik2 kawan aku tu kata sedap. he3. ini resepi dan chef bersama. saida, niza dan ain.
selamat mencuba resepi samosa orang bujang :)
abang blogger kita yang pemes dan bapa penyayang tu, Ben Ashaari ajak blogger2 muda yang bergelar mahasiswa/siswi buat entry khas sempena kempen Segmen : Blogger gegarkan 'U' !! yang dianjur oleh beliau sendiri..menarik bukan? aku dah baca entry abang ben siang tadi.tapi masa tu blogwalking siket-siket je sebab tengah buat kerja asignment dekat pusat komputer.ade la nak edit-edit siket sebwlum disubmit.begini la life sebagai seorang mahasiswi cam aku..kejar masa.rasa-rasa sempat agi kot nak join. yela da lewat sangat dah.habis kelas pukul 5.15petang tadi..naik bas dan jalan jem pukul 6 baru sampai kolej kediaman..harap2 abang ben datang sini jenguk..tolonglah abang ben saya nak join jugak aktiviti ni...!-mintak simpati
tanpa berleter panjang jom kembali ke tujuan asal..seperti kata abang ben dia nak kita buat entry khas pasai jadi student unibersiti..sonang jo ni...nak kenal2 sama kita ea..boleh sangat sangat..
1. Belajar mana ? Jurusan ?
ok kita belajar dekat national universiti of malaysia..ala UKM la.. nak spesifik lagi saya belajar di tengah2 kota metropolitan..kiranya bukan di ukm bangi sebagai kampus induk..tapi kampus saya terletak di kuala lumpur..ukmKL..dak2 bangi panggil UKMedic..ape2 jela.. kita ambil degree dietetik. ape tak tau dietetik tu ape? dietetik dibawah fakulti sains kesihatan bersekutu. kalo nak senang paham DIETetik ni orang panggil juga medical nutritional therapy.makna kata kalo korang masuk spital disebabkan sakit jantung aku la bigboss tolong jaga makanan korang sepanjang tumpang di hospital..pada masa sama aku bagi kaunseling supaya balik rumah nanti korang ikut nasihat diet yang aku bagi..paham dah?kalo yang sehat tapi nak dapat tips diet sila la berjumpa dengan nutritionist bukan dietitian ok..?
2. Tahun ?
saya dah tahun 2 merangkap 4 sem dah.. tinggal 2 tahun lagi untuk bergelar dietitian.he3.iAllah!
3. Asal mana ? Umur ?
ok tentang hometown saya datang dari jauh..kalo naik bas, mengeram telur pon boleh menetas.haha..saya ore klate! anak jati klate..walopun ramai yang tak suka ore klate tapi sya tetap berbangga lahir disana..ccewwah! baru berumur 20 tahun..anak dara sunti lagi..kikiki -_-v
4. Kenapa amik jurusan itu ?
sebab ape saya amek jurusan ni sebab saya suka makan.so, dengan amek kos ni pelbagai jenis menu saya kena blajar. dapat la kursus memasak sebelum kawen..jadi saya pasti tidak akan mengecewakan suami tersayang untuk makan dirumah sedap2..hahah..tapi yang heran ni..ini 2nd last choice yang saya isi masa upu dulu..mintak doktor tapi tak dapat..nasib baik tak dapat rupa2nya takut darah!hahah
5. Cita cita .. peewwittt ..
cita2 mase kecik nak jadi cikgu..bila saya mengajar kat papan hitam dirumah semua abah, abang,umi dan kakak jadi anak murid saya. bila tengok tv keluar orang yang bergelar prof berwawancara kat tv1 rtm tu tetiba nak jadi profesor madya..aku pon tak tau madya tu ape.so, sebab profesor pendek dan profesor madya lebih panjang ejanya jadi saya pilih prof madya. 3rd cita2 nak jadi model. setiap kali pakai skirt setiap kali tulah bercatwalk depan ibu..he3..kalo pakai kain sengaja lipat kasi tinggi bia jadi skirt..nampak peha yang hitam.wahaha..itu la cita2 khaayalan saya..
buat kali ke-2 entry untuk tahun baru, sem baru..ok sebelum tu assalamulaikum buat rakyat2 jelata yang sihat walafiat disamping momy, daddy, lalink, adik, anak mama, anak papa sekalian..he3
ok2..ini hanyalah short entry n quick update memandangkan malam sudah menganjak ke pagi..tapi tuan penulis belum tidur..ape cerita?? tak elok anak dara tido lewat2..itu yang selalu saya terima bila berchit chat dengan rakan2 di facebook pada waktu2 begini..ala hillekss la der..kalo ayam da nak berkokok biorkan je la..takkan nak p sembelih ayam tu pulak an..?act, saya da tido tadi..bapak lame..bangun2 da pukul brapa da..mau 4 jam tido..mata pon segar balik la takde nak ngantuk2 lagi..tambah2 jaring wifi malam2 ni tatkala orang asyik tido tak ingat dunia memang laju la..dan kalo nak tau seminggu hidup saya disaster! tak tenteram sebab jaring wifi dok berlumba ngan si kura kura..yang tak boleh diterima si kura kura yang menang dalam perlumbaan tu..bayangkan buat orang teraniaya macam saya..da la pakai wireles free je, tapi haram lembab! helo, saya bayar la yuran untuk guna wifi!! oppss lupa yuran sem 4 belom berbayor..hak3..dah jpa main tarik tali ngan aku! sape suruh! huh! sabor jele...
ok2..nak bebel2 pasal petang tadi..1st joging untuk new year..n sem baru..gempak tak gempak tak?tak pon..hahaha. ni kira pencapaian terbaik la setakat ni.punye la liat nak pergi tasik titiwangsa mengeluarkan peluh bagai nak derma emas kan. tapi at least la kan saya buat senamrobik sendiri dalam bilik petang2. pasang girl's generation punye video kuat2..ha amek ko menari tak hingat dunia..dance babe dance! gee gee gee..aku suka lagu gee!! ade kau kesah?
ok persepsi rakyat mesia tentang senaman..ouh sangat memalukan..termasuk aku..
wanita gedik yang berlindung disebalik scandal org kaya: buat ape pegi joging, pegi slim world lagi bagus..lagipun sugar daddy i can ade nak suport..joging2 x main la,,euwww...!
mak2 surirumah: penat la..lepas masak tengahari tu, penat la..terpaksa tido kejap..da bangun bersiap sedia untuk pergi bergosip di waktu petang..mane ade masa!
anak dara: malu la den..nak joging tempat awam..lari kejap misti ade bunyi weweeet...! menci tau!
aku: ko pergi la dulu kawan..aku nak bukak beautiful nara jap.nak cari gosip baru.eheh!
see kan?ape ape je la kan..tengok statistik rakyat mesia yang obes saban hari memang naik la..kat mana2 misti jumpa golongan XXL ni..saya pon tak terkecuali..badan makin naik..tapi tak de la sampai obes kan..setakat baju saiz s tu boleh lagi muat..seluar pon boleh pakai lagi..cuma perut je gendut..nak butang seluar seksa..hahah..pipi pulak tombam!
ok la before nak stop, saya nak heboh biar pembaca setia blog saya dan include skali silent readers yang selalu baca blog saya tu tau....ok tadi kan..mase joging saya da berjaya lari sampai separuh dari tasik titiwangsa tu..dan berjaya menamatkan seround tasik titiwangsa..capet dong! tasik tu sangat luas ok.. yang selebihnya jalan2 je..sambil cuci mata tengok aweks2 n balaks2 sedang bercengkerama..oh sungguh indah dunia.. "lalink, potong la bebaik kuku abg ni..caket tau!" uwek!!
salam..nak share lagu yang sering aku dengar bila dok sorang-sorang dalm bilik..study or termenung..konfem2 setiap kali dengar stiap kali tulah menitis air mata..sebabnya mungkin penghayatan dari lirik itu sendiri...bulu roma boleh menegak..itu punye power dan pengaruhnya lagu ni dalam jiwa aku..kalau tak pernah dengar, tatau la kan sama ada aku tipu ke tak..ok kali ni serius,tak tipu!! tak caye lagi?
kawan2 blogger boleh add fb saya di sini. hantar la mesej dulu di fb bersama link sekali. iAllah saya pasti approve!! ^^