//

Thursday, March 24, 2011

perbincangan laman sesawang

dari blogspot bertukar blog. dari blog tukar lagi biar kasi sedap didengar iaitu belog. nak glamer lagi apa kata kite guna istilah yang tak pernah DBP guna iaitu laman sesawang. mungkin kite tau website itu ape ? tapi tau tak laman dan sesawang tu ? apa kaitan sesawang dengan laman ?

Laman, bila kita bayangkan mesti sebuah kawasan lapang rumah kita yang cantik dan penuh dengan pokok - pokok bunga yang ibu kita tanam dengan tertanam sendiri.


sawang pula sering di gambarkan sebagai hasil dari labah-labah akibat tiada jagaan dan ditinggalkan lama.


credit : mohdikramal


menurut DBP, DBP melalui Kamus Dewan Edisi ke-4, dan Kamus Pelajar Edisi ke-2 masih menggunakan istilah laman web untuk terjemahan website. bukan laman sesawang.


ade yang suka ade yang membantah penggunaan istilah tersebut. aku pula ? aku tak cukup pengalaman dan info-info berkaitan untuk menguatkan pandangan aku mengenai isitilah ini. yang aku masih ingat hanya sekali 2 aku guna itupon aku main tibai je tulis sebab based on aku bw blog-blog orang. eh, sedap la. tu sebab aku guna. tapi maksud sebenar aku tak tau. tapi sampai ke hari ni aku dok fikir kenapa sawang menjadi kaitan dalam topik ni ? kenapa kenapa ? kenapa ditambah "se" pula ? aduh ! bingung ! kalau lah aku tau siapa pelopor istilah ni dah lama aku interview si gerangan ni.. tapi sayang tak tercapai dek akalku.. nak bahaskan ? eh, jangan dengan aku. aku tak bisa melawan kata2 bisamu. biarlah aku menajdi pendengar setia pembaca setia agar dapat aku peroleh sedikit ilmu..help me !


nak tau lebih lanjut lawat sini : kredit : laman sesawang

sila like banyak2! www.tips-fb.com

1 comment :

Mawe said...

saya rasa sekarang ni istilah "laman web' sudah diterima pakai secara umum bagi mengantikan laman sesawang untuk mengistilahkan "website" dalam bahasa Ingeris..

Say juga budak baru belajar.. kalau silap tolong betulkan...

Related Posts with Thumbnails