Thursday, March 31, 2011
asignment officially off today..
Wednesday, March 30, 2011
kasih seorang suami yang tak berbelah bahagi...
Sunday, March 27, 2011
resepi nasi maqluba (from jordan)
Nasi maqluba dari Jordan
BAHAN-BAHAN
NASI
10 cwn beras
30 ketul ayam peha
3 biji terung bulat
1 biji cauliflower
6 biji kentang
4 sudu kecil rempah kurma
6 sudu kecil jintan putih
4 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
6 biji bawang besar (dimayang)
4 biji bawang putih (dikisar)
¼ halia (dimayang)
Sekuntum bunga lawang
2 biji cengkih
3 biji ketumbar
Minyak untuk menggoreng
SALAD
3 batang timun
6 biji tomato (kecil)
Daun ketumbar
2 biji lemon
Garam
SAMBAL SALSA
5 biji Tomato
1 batang Lada hijau dan merah
2 biji cili padi
3 ulas Bawang putih
Garam dan gula
Sedikit air
CARA MEMBUAT
1. Basuh beras dan rendamkan seketika selama 10-15 minit. Kemudian toskan.
2. Goreng kentang dan terung.
3. Tumis bawang besar,bawang putih,bunga lawang,ketumbar dan cengkih sehingga naik bau.Masukkan ayam dan rempah-ratus.Gaulkan sehingga sebati.
4. Masukkan 22 cawan air (anggaran mengikut beras) ke dalam ayam tadi dan biarkan mendidih.
5. Setelah itu,asingkan air rebusan ayam ke dalam bekas yang lain.Tinggalkan ayam di dalam periuk tadi.Lapiskan terung dan kentang di atas ayam.kemudian masukkan beras.
6. Seterusnya masukkan air rebusan ayam tadi untuk memasak nasi.Masak nasi diatas api yang besar untuk beberapa minit.Setelah nasi kering,perlahankan api.Tunggu sehingga nasi betul-betul kering.
7. Setelah nasi masak,terbalikkan periuk diatas dulang.Sedia dihidang bersama sos salsa,salad dan yogurt(jika suka).
Friday, March 25, 2011
jom cuba resepi SANDWICH CHOCOLATE CAKE yang paling sedap pernah saya rasa..
apa yang aku dok bicara kat atas ni lain tak bukan pasal food festival itu hari la.. yang aku dok pomot poster food festival kat ukmkl tu. apa yang eksaited sangat sampai aku update kek coklat dulu ni sebab aku beli kek ni sepotong ni tapi tak cukup. yes sumpah tak cukup ! nak lagi.... sedapnye aku boleh komen la kek punye toping tak manis sangat, rasa coklat yang sedap sebab tak cair. dan kek nye pon tak rasa manis, rasa lemak kek tu yang aku kagum.. dalam banyak2 makanan yang dijual tempoh hari semua makanan sedap! boleh la aku puji ikhlas semua kawan2 aku yang korang ni memang pandai masak ! hehee..tapi aku nak update sal kek coklat gak dulu.. sila jangan jeles makanan lain ye..he3..next entry aku sambung lagi. i pomis uu....
Bahan-bahan kek :
240 g tepung gandum
60 g serbuk koko
300 g mentega
300 g gula kastor
6 biji telur
2 camca teh baking powder
Cara menyediakannya :
1) Lanserkan tin pembakar dan lapikkan dgn kertas mnyk serta panaskan ketuhar
2) Ayak tepung bersama koko dan baking powder
3) Putar majerin dan gula hingga kembang serta bwerwarna krim
4) Masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar lagi
5) Kaup balikkan campuran tepung ke dalamnya degn sudu loga.(kaup baik no 8)
6) Masukkan dalam tin pembakar dan bakar selama 80-85 minit atau hingga kek masak.
Bahan-bahan ganache:
130 g susu segar
330 g coklat masakan
37 g whipping cream (guna unsweet cream dan jgn over mixed, tak boleh frozen)
Cara-caranya:
1) Panaskan susu dan tuangkan ke dalam coklat masakan yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sebati.
2) Akhir sekali campurkan bahan-bahan diatas dengan whipping cream. Kacau rata.
3) Masukkan ganache ditengah kek yang dibelah dua dan ratakan selebihnya pada keseluruhan kek.
ni la dia team buat kek coklat. kalo dah berbelas2 kek depa jual, fuhh memang untung banyak la depa ni.. kayo! kayo ! huhuhu.. yang gambar bawah ni la cik anim.. punye komited jadi tukang kek..anim, nanti grad seksok bukak la kedai kek sendiri kalo dah fedup keje kat spital ye..hehehee....
tahniah SBP faris petra !
Thursday, March 24, 2011
Ya Allah........
perbincangan laman sesawang
Laman, bila kita bayangkan mesti sebuah kawasan lapang rumah kita yang cantik dan penuh dengan pokok - pokok bunga yang ibu kita tanam dengan tertanam sendiri.
sawang pula sering di gambarkan sebagai hasil dari labah-labah akibat tiada jagaan dan ditinggalkan lama.
credit : mohdikramal
menurut DBP, DBP melalui Kamus Dewan Edisi ke-4, dan Kamus Pelajar Edisi ke-2 masih menggunakan istilah laman web untuk terjemahan website. bukan laman sesawang.
ade yang suka ade yang membantah penggunaan istilah tersebut. aku pula ? aku tak cukup pengalaman dan info-info berkaitan untuk menguatkan pandangan aku mengenai isitilah ini. yang aku masih ingat hanya sekali 2 aku guna itupon aku main tibai je tulis sebab based on aku bw blog-blog orang. eh, sedap la. tu sebab aku guna. tapi maksud sebenar aku tak tau. tapi sampai ke hari ni aku dok fikir kenapa sawang menjadi kaitan dalam topik ni ? kenapa kenapa ? kenapa ditambah "se" pula ? aduh ! bingung ! kalau lah aku tau siapa pelopor istilah ni dah lama aku interview si gerangan ni.. tapi sayang tak tercapai dek akalku.. nak bahaskan ? eh, jangan dengan aku. aku tak bisa melawan kata2 bisamu. biarlah aku menajdi pendengar setia pembaca setia agar dapat aku peroleh sedikit ilmu..help me !
nak tau lebih lanjut lawat sini : kredit : laman sesawang
It is not the destiny but the journey will be evaluated by Allah.
Dalam melalui jalan menuju Allah, kita jangan mengalah walaupun berkali-kali kalah dengan kejahatan. Allah tidak akan jemu jika kita tidak jemu. Allah pula tidak menilai EFFECT tetapi Allah menilai EFFORT. Carilah pergaulan yang soleh, ikhlas dalam pergaulan, menyayangii kita kerana cintakan akhirat. Cinta makhluk hanyalah alat untuk cinta Allah, cinta makhluk bukanlah tujuan.
Cintailah yang mencintai kita, jangan kita cinta orang yang kita cinta.
Ingatlah Allah itu menyintai kita, maka cintailah Allah dihati kita.
Sesuatu kebaikan itu akan hanya lahir dari satu kebenaran. Pembohongan, penipuan tidak akan melahirkan sesuatu kebaikan. Untuk berubah kepada kebaikan, nafsu ibarat bayi yang menyusu. Jika dipisahkan dari menyusu, maka dia akan menangis, meronta, mengamuk. Jika kita diamkan dan biarkan dia meronta, maka satu hari nafsu itu akan jinak.
credit to : iluv islam
Wednesday, March 23, 2011
bukan semua yang suke kite...
Saturday, March 19, 2011
memorial of 5 stars Sheraton Imperial KL Hotel
date : 14th march 2011
event : JabatanPemakananDietetik annual dinner
dress code : white, black and silver
Let's Beat It....!!
the best event ever ! i enjoyed every single performance from our juniors. uols rock r beb! gimics from final yer oso made me laugh n laugh ! uols memang teror r tiru gaya prof, doc..
about food i give 3 over 5. i dunno wats wrong but i canot finish ol my food. i noticed a lot of food are creamy either main meal and dessert. aiyyoo! but i cannot calculate how much i eat and how much calories in there..so far, i really2 enjoy that night. thanks to ol my 2nd yer frens for organizing the amazing dinner for us !
Friday, March 18, 2011
Friday, March 11, 2011
hidup kembali aman sebab pembentangan tesis dah habis !
thanks for reading this entry ^__^